My scribbles

Tuesday, December 29, 2009

Rindu

Betapa terkadang aku rindu..
rindu pada suasana itu..
pada kebeningan malam di tepian Yarra River..
pada keselesaan tram and train di melbourne.
pada kedai Hong Kong Clayton
pada butcher di Dandenong
pada pemandangan spring cleaning setiap kali lalu di Moriah St
pada jalan belakang ke Monash Medical Center
pada bunga2 kecil yang gugur setiap kali autumn
pada pagar2 renek yang nanti rasa je ada anjing akan melompat keluar..
pada beaches and the sunset..(padanya gelak tawa kita setiap kali u bersama)
pada travelling yang tak pernah rasa penat.......

argh.. rindunya pada suasana hening di pagi winter..
tatkala menuruni tangga dari Deakin Hall..
burung berkicauan dengan deburan itik-itik di pond uni..
sangat menenangkan..

RINDU..rindu pada suasana alam maya ciptaan ALLAH Yang Esa..
terasa kehangatan cintaNYA pada setiap renungan alam yang menginsafkan..

adakah tiada di sini??
sini juga bumiNYA..
kita berkongsi cita yang sama..
cuma di suasana yang lain..
yang lebih tegar dan tidak mesra alam..
masyarakat yang sepenuhnya islam tetapi confused...
mereka yang menyanyi membuka aurat tetapi juga lincah melagukan quran..
mereka yang menyanyi siulan syaitan tetapi masih tega melagukan azan.
mereka yang bertudung tapi leka dengan zina.
mereka yang terkinja2 menari tetapi culas mengerjakan solat.
mereka yang suka makan McD tanpa rasa bersalah.
mereka yang asyik menyapu krim Johnson&Johnson dengn alasan krim lain allergic.

teringat nasyed di KISAS..
'Wahai generasi dengarlah pesanan ku ini.
Bumi ini bumi bertuah..
suburnya sesubur tanaman di lembah.
menghasilkan insan berjiwa tabah!

Saturday, December 26, 2009

Monday, December 21, 2009

KLS Ganu '09

Seperti biasa request utk cuti tak dilayan buat kesekian kalinya.. antara lain alasan MO tak cukup ( sentiasa nya yang tak cukup) iyolah, laili nak bersalin amik cuti sbb irregular contraction pain sementara fauzan lak nak ditukarkan ke medical plak.. yang tinggal skrang adalah dalam 9-10 MO ..uish..

Dan seperti biasa ummi kena menyempatkan diri di antara syift keja utk attend program. Semalamnya tu nights so esoknya nights off. Sebaik saja jam mencecah kul 8am, ummi pun angkat kaki lepas bye2 kat orang syift pagi ( takdak kes utk pass over no.. sume saya n kerol dah settlekan..yeah)

Start enjin tengok minyak dh nak hampir zero.. alamak, ni tak g amik syifa' lagi ni. Session ummi start kul 10am.. sempat ke ni..

hence terkocoh2 lah ummi balik ke Kubang parit amik syifa' (nasib baik syifa' dah mandi) singgah di stesen Esso utk isi minyak n tukar baju syifa' bagi hensem sikit (petronas jauh tak sempat pusing balik. Ummi tak yah tukar baju pakai baju semalam. (tak masam pun sbb sangat berhati2 tak kenakan darah patient..hehe)

Elok2 sampai Dahimah tengok adik2 bersemangat dengan Nadia nyer session. Pass over syifa' kat abi n ummi dipanggil utk amik tempat jadi panel forum. Ups, tak pasal2 forum tu jadi sesi ummu syifa' beleber kat adik2 perempuan supaya jaga diri jadi muslimah solehah.. tinggikan maruah diri.. jangan senang sangat nak layan orang laki nanti buncit perut ( uhh terkesan dengan kes oscc yang sangat banyak tu).. tapi still session berjalan penuh hemah setelah di moderate oleh a.aiman. A job well done everyone!

Marilah kita meramaikan golongan professional yang soleh wa musleh! belajar lah bersungguh2!

Akak tunggu adik2 tau! Ramai2 jadi doktor solehah wa muslehah utk sama2 kita mengubati masalah ummah!

Ameen..

Monday, December 14, 2009

Baarakallahulakuma..



Syifa', ummi n abi akhirnya dapat datang ke walimah acik ummu harieza n ammu hamzah.walhamdulillah.

MasyaALLAH jumpa ramai akhwat yang dirindui. Tapi xsempat jumpa ummu muslim. tak perasan mscall akak tu.minta maaf sangat2..




"Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikuma wa jam'a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin"

"Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya"

Innalillahi waiina ilaihi roji'uun..




Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar- Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun berkata, pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera. Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff. Katanya, kejadian berlaku ketika kesemua mangsa yang menetap di Taman Melati Indah dekat Kangar sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit, Kedah.

Kesemua mereka terbunuh di tempat kejadian manakala 27 penumpang serta pemandu bas yang datang dari arah bertentangan menghala Kangar tidak mengalami sebarang kecederaan. Zull Aznam berkata kereta yang dipandu Abdul Kadir, seorang pesara pembantu makmal SM Sains Tuanku Syed Putra, dipercayai pancit tayarnya, menyebabkan kenderaan yang sedang menghala arah Beseri itu tidak dapat dikawal, lalu bertembung dengan bas persiaran yang membawa pelancong dari Selangor itu. “Kami masih menyiasat punca kejadian.

Pemandu bas itu juga telah direkodkan kenyataannya,” katanya semasa ditemui di rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini. Sementara itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri ratusan sanak saudara mangsa, manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.

Kerja-kerja gotong royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya Teh Hafifah Shahirah Abdul Hamid, 23, dibatalkan.

Setiausaha akhbar kepada Menteri Besar Perlis, Jamsari Jamaluddin, yang merupakan jiran kepada mangsa berkata kesemua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada majlis akad nikah di Anak Bukit dan majlis kenduri perkahwinan Mohd Ariff dijadualkan Ahad ini.

BERNAMA


MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

Semoga ALLAH menempatkan ruh akh Ariff (UK/Notts) di kalangan para solehin dan mengurniakan setinggi-tinggi kesabaran pada zaujahnya, ukht Teh Affifah (auckland/nz).

Sunday, December 6, 2009

Kem Lepasan SPM Tganu '09

KEM LEPASAN SPM 2009

TERENGGANU

DAHIMAH’S GUEST HOUSE, RANTAU ABANG

18-19 DISEMBER 2009 (JUMAAT & SABTU)






jom pegi ramai2 di nung!

Friday saturday busy day

Ummi n HO Nik Siti siap sedia di medical base utk 'tangkap' patient..hehe..

Yesterday is a busy day for ummi n syifa'. Starting on Friday ummi kena gi standby Jemaah Haji yang baru pulang ke Msia di airport K tganu. Macam jahat lak rasa menangkap tuan2 haji/ hajah yang baru balik dia halls sbb batuk n sakit tekak. Yerla, kang tak pasal2 menjangkitkan ILI / HINI kepada orang2 malaysia. Tapi kebanyakan Tuan2 Haji akan memendamkan batuk sepanjang proses 'penangkapan' sbb nak lepas checkups. Tapi bila dah masuk ke seminar room utk dengar taklimat barulah berkumandang batuk2 ala kahak ganaz, yang kalau dah batuk kat situ, dah kira tak leh patah balik utk ditangkap ke medical base..

Bertungkus lumus siapkan katil utk patient..cantik kan set ni betul2 depan pintu arrival hall..

consultation room ..


yeah.. mari mula bertugas.. sebelum tu tengok pics syifa' dulu..


Hence yang tertangkap adalah puan2 hajah yang diusung dengan wheelchair ke medical base di luar arrival halls. Bos siap survey2 lagi and checkups kena laju 'gel'. Yerla mereka2 ni sure rindu bangat pada anak cucu yang sdg menunggu ketibaan di luar. Dengan kelajuan maksima, vital signs diambil n sesape darah tinggi semua dikasi adalat 10mg n rehat di tepi. Adapun yang nak test2 check gula if tak diabetic takkan dilayan. Namun begitu ada juga puan2 hajah yang tak leh tunggu darah turun sikit lepas makan adalat maka ramai jugalah yang absconded dari treatment. Takpelah mokcik, lari tu boleh tapi jangan tersembam jatuh sbb sakit dada / kena stroke..kami tak bertanggungjawab..

Lepas di airport n stuck kat pintu keluar parking berjam2, akhirnya ummi dapat amik syifa' n bertolak ke Dahimah kul 10.30pm. Syifa' nasib baik tidur sepanjang jalan hence ummi dapat memandu dengan khusyu' sampai abi terkejut bila ummi msg ummi dah sampai ke muka pintu Dahimah resort kul 11.30. hehe.

Good response from candidates at KREW '09. Moga berjumpa lagi di KLS'09 di lokasi yang sama 18-19 Dec ni.. Ilal-liqa'!

Thursday, December 3, 2009

starting syifa' on solids..

Syifa' dah 6months plus and i'm so nervous to start her on solid food. All this while syifa' only breastfeed and mmg rasa sangat seronok tengok syifa' membesar n memontel with the EBM..walaupun ummi kena makan banyak (sikit), latching on the pump most of the time (even kat rumah, syifa' tidur je rutin ummi adalah mengepam! hehe)

thanks god abi sangat memahami n now i have a new pump! (FS!) everytime double shift (morning n nights) ummi mmg tak tidur la sbb nk pump..masuk ngepam kul 3am n 7am (sebe;um am briefing)..sampai staffnurse yg tgh tidur dlm bilik solat sure pelik menda apa yg berbunyi kt tepi doktor tu..oh ngepam ye..hehe

yang nak bestnye semalam nights ada sorang anaes tu pun fully breastfeed. maka kami pun bersembang dengan penuh takzim ttg breastfeeding sementara tunggu patient nak ke ICU.. she's really interestedin knowing FS hence i showed my precious to her..izzah has lots of tips on solid food..anak dia dh 9months n mak dia bela kt rumah..isk mmg seronok duk kt family..kat sini ummi dgn syifa' jelah ye,,xpe..anak ummi mujahidah solehah wa muslehah..amen..

nak bg syifa' solid food ni puasla ummi meround giant (ada giant je kat tganu ni..huhu) utk cari baby food. payahnyaaa...yang jumpa adalah nestle beras, heinz..huhu..sume jenama yang kena banned..but i really have to..takde choice.. if duk kat kl, probably boleh buy all those baby food kat MLO's store ke, fabmom ke (cam nana)..nway balik ni nak rebus kanji+carrot+cellery+ ikan bilis tumbuk utk stock 2hari for syifa'.

nk kuar lg ni nak meround giant sbb GP kata ada brand Milna? utk baby food kt giant..ni product sape sebenarnya ni.. em..

Monday, November 30, 2009

Syifa' is eating..

Fi zaatil yaum, tanzuru syifa' at-tufah...
(pada suatu hari, syifa' nampak epal..)


Syifa' merenung apple dengan nada kepingin...
(tanzuru at-tufah bi-zuk)


Syifa' nak ambil apple..
(ta'khuzu tuffah..)



syifa' cuba amik apple beria-ia..
(ta'khuzu tuffah hammasan)


Syifa' tau abi dah makan apple tu..
(ta'rifu syifa' qad ukila at-tuffaha abi)

tapi syifa' pun nak makan juga..hehe..
(walakin syifa' turidu an ta'kula tuffah.... gege)

Khalas!

- Photos with courtesy to abi -

Monday, November 23, 2009

Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah




Ramai daripada kalangan kita yang telah maklum akan kelebihan 10 malam-malam terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai di kalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tiada suatu hari pun di mana amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah." Para sahabat baginda bertanya: "Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)?" Ujar Baginda: "Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)."

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiada suatu hari pun di mana amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)."

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda: "Seutama-utama hari adalah hari Arafah".

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya sabda Nabi s.a.w.: "Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga".

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, "Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu".

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang."

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum." Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) ".

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya", dan di dalam riwayat lain: "Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban."

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, "Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya)."

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Ini Jalanku <http://inijalanku. wordpress. com/>

Monday, November 16, 2009

Cholera


Seorang lelaki botak bertubuh besar, berjaket dan bercermin mata masuk secara tiba-tiba ke bilik 6 semi kritikal.

"pukul berapa van tu semua nak hantar keluarga saya kat luar tu? mereka dah tunggu dari pukul 8mlm lagi. Sekarang dah pukul 1pagi. Apa ingat mereka kat luar tu macam lembu ke?"

Kami terdiam. Hari tu Fauzan standby red zone /kritikal zon sedang ana dan yati di kes2 semi kritikal.

"Sabar encik. Bukan encik sorang saja yang sakit, orang lain pun sama juga."

"Apa sabar-sabar? sape bos awak? saya nak cakap dengan bos yang paling besar!" bentak lelaki botak.

"Bos kami Pengarah Jab Kesihatan Ngr Terengganu. Kalau encik tak puas hati sila melapor pada dia.."

Itulah antara senario yang terpaksa kami hadapi setelah hampir seminggu lebih berhadapan masalah cirit birit di sekitar K. Tganu. Tak siapa menyangka kes2 cirit birit semakin meningkat datang ke zon kecemasan sehinggalah penyelia bagitau nearly 17 AGE (acute gastroenteritis) cases datang ke A+E. Satu daripadanya datang dengan severe dehydration state, mati di ICU setelah beberapa kali bagi fluid resus.

AGE alone does NOT cause hypovoluemic shock ..but CHOLERA does...

Hence we narrow our diagnose to the emergence of cholera outbreak in K Tganu. All AGE -like cases akan dirawat sebagai "suspected cholera'. Bila dah letak 'suspected' secara automatik kena notify Inspektor Kesihatan (IK) negeri sebagai penyakit berjangkit sepertimana denggi and H1N1.

A+E department tengah under renovation sekrang.. so segala cases AGE yang masuk menambah padatkan ruang rawatan yang dah sedia sempit. Trolley patient bersimpang siur dengan kemasukan cases dari seluruh terengganu termasuk Setiu , Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, etc. Sangat ribut jika kemasukan dan discharge patient tak dibuat dengan cekap. So segala referral dari hospital2 district kami terus masukkan ke wad. Bak kata bos.. this is not just emergency dept problem. Its the hospital problems. Lets share the problem with the other dept. So takleh marahkan kami masukkan patient ke dalam ward2 kau orang semua..

Cholera ni datang dari sumber air yang kotor spt air yang bercampur najis. Biasa wabak ni terjadi lepas banjir. Yang peliknya K Tganu tak pernah banjir. Tu yang ada buat kesimpulan Pengarah Hospital baru yang diimport dari Kelantan sebagai pembawa/ carrier..hehe* gosip mereka2 yang terlalu bersikap 'kenegerian' n tak suke orang luar memerintah.. ho..

Vibrio cholera yang biasanya masuk dalam kitar manusia melalui faecal -oral (maksudnya makan benda2 yang bercampur najis ) . Ia akan menghasilkan enterotoxin yang bertindak menyerang n menjangkiti usus. Usus ni cam biasala.. bila ada toxin dia akan cuba buang. Caranya adalah dengan cirit birit..diarrhoea. Hence cholera adalah profuse diarrhoea (cirit birit tak berhenti2 ) dengan karektor najis seperti 'rice water stool'..(air tahi yang berserdak cam air beras tuu)

Diarrhoea yang berterusan boleh menyebabkan hypovoluemic shock ( BP rendah sangat sampai tak leh supply vital organ) yang if tak replace losses akan menyebabkan kematian.

Sangat penting utk assess Degree of Dehydration patient before kita fluid resus dia..

Mild dehydration if clinically otak dia still alert, eyes looks normal, BP/PR/ RR normal, skin turgor immediately elastic...ni kena calculate dah ada deficit 5% of dehydration (ikut protocol CPG)

Moderate dehydration if dah a bit restless, coated tongue and oral mucosa, delayed skin turgor, sunken eyes (kalau baby sunken fontanelle), PR within 100-130/min.. kena amik 5-10% dehydration dalam calculation) .

Severe dehydration when patient unconscious or GCS drop, very sunken eyes, tented skin turgor, PR >120/min, RR >25, VBG pun dah nampak metabolic acidosis..

So kena replace fluid: Deficit + Ongoing losses + maintenance fluid

Contoh for a 50kg female with 5% dehydration yang cirit birit 4x/sejam dalam satu hari:

so Deficit: 0.05 x Body weight (50kg) x 0.5 ( pemalar utk female 0.5, male 0.6) = 1.25Litres.

Ongoing loss: 4 x/jam = nak replace over 1st 6hrs ( katalah sekali berak dalam 250mls, so 0.25x 24 /6 = 4L.

Maintenance:
1st 20kg - 100mls/kg : 2000
2nd 20kg - 50mls/kg :1000
rest 10kg - 20mls/kg : 200
=5.2L

1.25 + 4 + 5.2 =adalah dalam 10L = 20 botol gak Hartman's nak kena bagi..





Tu belum lg nak replace garam yang hilang sbb berak .. kena replace dgn ORS (oral rehydration solution)




Kena bagi dalam 5-10mls / kg /H in divided dose..

Kitorang kira tadi katalah 1 sachet dalam (7g) dilute dalam 250mls.. kalau puan 50kg kena replace dalam 500mls /H ..so adalah dalam 2sachet/hour..

Banyak tu.

So jangan la being proud and arrogant di emergency dept wahai orang botak.. if kena taun kesian tau. orang lain pun sakit juga. Kesian la kat org lain and be more considerate to others.

Elakkan makan ais / ketul ais sbb mereka kata most of the kilang ais guna air tercemar skrang. Ada paip bocor so kebanyakan air bersih bercampur air longkang (eiuwww...). Lagi satu mereka kata mungkin sumber dari Endurance Tournament yg baru diadakan di K Tganu sbb tukang masak dia dah ada RSVC +ve ( rectal swab Vibrio cholera positive .)

So doctors kat ward kena amik rectal swab patient.. if didapati ada HO yang suruh patient amik sendiri kang kena extend 3 bulan..ini utk mengelakkan patient mengelat.. .


Lesson to all.

Friday, November 13, 2009

Masjid Crystal

Air takde di rumah. Paip semua nya bila buka cuma kedengaran desiran air, tapi takde air. Sian mak, kepanasan di rumah. Nak mandi tak boleh. Jadinya sebaik saja ana pulang ke rumah terus ajak mak ke Masjid Kristal. Tujuannya adalah utk mandi di sana hehe. Salah satu trick mencari air adalah pergi ke masjid yang terletak di mukim yang berlainan.

Maka syifa' n mak diangkut oleh ummi ke masjid kristal yang terletak di mukim lain. Perlu menyeberangi Sg Terengganu melalui jambatan di Bukit Besar. Sesampai saja di sana maka kami pun mandi. Shower kat masjid best juga. Tapi air dia slow. Rupanya ada juga orang lain yang mandi di sana. Tapi tak la ramai sampai kena queue. Syifa' mandi dengan penuh gembira sbb ada cermin besar. hehe.

On the way balik ummi bawa mak pegi makan kat restoran Fasya. Sedap gak setelah penat kerja n drive. Syifa' tertidur setelah tunggu embah n ummi makan tak sudah2 sambil tengok nur kasih. Ibu bapa juga ada rights yang kita anak2 kena tunaikan. I want to make her happy, at least have some memorable moments in Tganu.

Balik rumah try buka air. Keluar air coklat then air biasa. Mak still rasa tak selesa so mandi sekali lagi.

Ya ALLAH selamatkanlah kami dari kepanasan api neraka...amen..

Monday, November 9, 2009

Wonderful week




Oleh kerana ummi tak dapat2 juga cuti n dah begitu lama tak balik kampung, maka tok waled and opah mi menjadi sangat rindu kepada syifa'. Begitu jg a'mmi , a'mmi de and ummi long. Semuanya nak datang ke tganu n melawat syifa'.

Its such a great week to have all the family members staying together at my house. Abi tak de gi kursus seminggu kat KL, so syifa' n ummi takde la sedih sangat ( better words- takdelah takut tidur berdua shj di rumah kuu). Syifa' seperti biasa menjadi model kamera2 a'mmi n a'mmiDe.

But it's rainy season now. Sian kat semua, mrk teringin nak stroll along the beaches..but .. hujan rintik2 air bergelora. Ombak besar bergulung2 membawa pasir naik ke pantai. Memang tak sesuai nak mandi. Ummi buat double shift hence dapat nights off 1 hari esoknya. Kononnya nak guna that day to bawa family jalan2 but perancangan ALLAH lebih baik. Hanya ke masjid terapung n batu buruk n berlegar2 sekeliling dataran syahbandar.

Elok2 family balik, abng balik dengan mak pula ke KT. Seronoknya bila rumah tu occupied with people. Mak is still in i'ddah, kena banyak bagi support. Today mak kata nak jalan2 pasar payang.. alhamdulillah ummi dapat nights off selepas double shift (lagi!) semalam. So syifa' n ummi and embah jalan2 beli kaftan ,nuts , langsat ...
Ummi nampak jubah cantik tapi tersengih2 je kat pakcik jual sbb (jangan nak membazir ok!) erm.. tkpelah..

Syifa' sangat baik sengih2 kat semua orang dalam pram (yang abi panggil trolley! sabo jelah) sambil jalan2 kat pasar payang. Balik singgah Batu buruk bawa embah makan2 kat tepi laut sebelum syifa' start throwing tantrum sbb mengantuk (syifa' solehah akan ngamuk2 sikit bila nak tidur) tapi stil stuck kat car seat sbb ummi tgh drive la nak balik. Kang berhenti tengah jalan kang sape nak drive. So embah n ummi pekakkan telinga sambil agah2 syifa' ( masih tak makan saman utk berhenti nangis) sampai embah ambil syifa' dari car seat n bawa ke belakang (nasib baik takdak polis).

Rasa sayu tengok mak terpegang2 kan baju kemeja batik di pasar payang n setiap kali mak akan cakap ''ni kalau ayah pakai ni cantik ni...".

Thursday, November 5, 2009

Sunday, November 1, 2009

Ceramah Kerjaya

Today syifa' went to Dungun with ummi and abi to attend Ceramah Kerjaya at Sek Men Sains Dungun oleh PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) Terengganu.

Ummi's slides..






Syifa' main dengan happy di belakang...woah...(akak2 jangan tak concentrate dengar syifa' jerit2)




Lepas abis syifa' hantar ummi masuk keja pukul 3pm ( nasib baik sempat on time) sementara syifa' dihantar abi ke rumah mok mek,, hehe

Faces of syifa'

Where's abi going?




Ummi, where's abi going?



Ummi, nak ikut abi.. (start throwing tantrum)


Woah..(tantrum)



Cayang bucuk2 ummi..

Wednesday, October 28, 2009

Colicky


Aduh.. sakit perut.. seorang adik berpakaian seragam sekolah masuk ke triage.

Katne sakit dik? sambil tanya ambil BP cuff pasang kat patient and amik sekali oxymetry.

Kat sini. Muka telangkup dengan kain tudung and pandang ke kiri.

Kat ne dik? ana tanya sambil nak tinjau2 sikit muka. Awatnya muka hang. teleng ke sana je. Ada neck spasm ke..

Staff nurse dah tak sabar dengan perangai adik.
Adik! dr tanya tu jawabla baik2. tengokla sana dik. dr kat sebelah sana tu tanya. Kak s/n pusingkan muka adik.

Barula nampak jelas muka patient. Penuh dengan air mata. Ni kes sakit ni.

Period ke dik?
geleng

Makan breakfast tak ni?
Angguk.

Dah tu. kencing sakit ke?
geleng

berak ok ke?
diam

ok katne sakit? selak baju n dengan ikut flow inhale and exhale patient, i palpated the abdomen.
Tangan patient pegang sebelah kiri.

Left hypochondriac pain. Ada mass ke .tak dak pun..
ni kes constipation ke.

Buat PR satu dik. Impacted stool. Sahih. COnstipation colic.

Ok la ginilah dik. Dr check tahi adik cam banyak je dalam tu. Bila last buang air besar dik?
5 hari lepas.

Hehe. padanla. straight forward case ni. Bagi la ravin ii/ii stats sekali. Patient refused.
Hek. abihnya nape datang hospital. Adik nak baik ke tak.

Try plak nak bagi lactulose. Pun tak nak minum. Pelik ni.
Amik microphone panggil waris dia datang. Yang datang sepupunya. Baya dia jugak.

Ginila dik. Kawan awak ni tak nak amik ubat/ makan ubat. So dr bagi slip ubat ni amik kat pharmacy then bolehla balik k. Dia takde pape. CUma tak berak je.

Dengar nak kena balik, sepupu dia cemas. Datang rupanya dengan ambulance, nak balik takde duit. Lah, abihnya nak wat camne..

Patient asyik nangis je. Tak puas hati, ana tarik curtain. Tanya slow2.
Dik.. dr tengok adik ni pelik je. Ada benda lain ke nak kabo kat dr?

Ada orang buat jahat ke dengan adik?
Angguk.

Sudah..
Sape dik? apa dia buat ? Ana genyit mata kat s/n.Mehla teman ni ha. S/n datang dekat.

Dia tujal perut saya dengan kayu.
Dia tu sape?
Budak laki. Baya saya. Kat kelas.

Hm pastu?
pastu dia rogol saya.

Alamak.. jadi kes OSCC plak dah.

Call ke bos. Awak kena tanya dengan family dia dulu, mereka nak report polis ke dak. Kalau tidak awak kena report polis.

Ah sudah.. tak pasal2 kena report.
Mak patient datang terkocoh2 ke hospital.

Saya ni tengah buat kuih ni dr. Nak gi berjual. Ayah dia takdak..gi ke laut ni ha. Esok baru balik.

Garu kepala. Camnela nak bagitau ni ha.
Camni makcik.. Anak makcik ni tadi kata dia sakit perut. TIba2 dia kata ada budak laki pukul dia. Pastu ****** dia. Makcik kena buat report polis ni makcik. Baru saya boleh periksa dia.

Makcik diam.
Sebenarnya makcik tau dah. Dia ada maghi umah makcik nak minang tapi makcik tak emboh kat budak tu. Sbb baru keluar lokap.

Ah sudah. Ni laki mana plak ni.
Makcik, dia kabo ke saya budak sekolah dia ni makcik. baya dia.

oh ada orang lain pulak ke dr. Ni yang SEPUPU dia ni.
Alamak.. parah sungguh kes adik ni.

Kami call ke ayah patient. Sian tengah kat tengah laut. Ginilah, ikut pandai dr la..ayah nya cakap.
OK kalau ikut pandai saya, makcik kena buat laporan polis ye.

Tup2 polis pulak tak nak laporan dari mak mangsa. Kononnya mangsa lebih baik buat laporan sendiri.

Call balik bos Nik. Bos Nik suruh ana sendiri buat laporan. TO protect myself against Child Protection Act.

Tgh ribut2 nak buat report, tiba2 kes masuk lelaki melayu tercungap2 susah nak nafas. Buat ECG ,ST elevation V1-V4. Acute anteroseptal MI. ALLAH..fluid resus dengan gela dulu. nak tolak ke red zone, sbb BP patient low. PLan nak start dopa, tp tak sempat bgtau kat s/n. Discuss dengan Khairul , red zone skrang tengah penuh. Elok2 masuk tengok patient dah collapse dah. Terus CPR. Khairul intubate patient. Asystole balik. CPR lagi. Discuss dengan family, mereka tak mahu active resus lagi. CPR ceased. Patient commence dead.

Agh..tension nyer.. patient pulak mati.. ni tak report police lagi ni kes adik tadi.

Cepat2 pergi lodged police report re-alleged raped kat pondok polis hospital. Yang nak sedihnya birokrasi di Malaysia ni tak friendly langsung. Kita yang nak buat report cam kena soal siasat balik. If not atas dasar perikemanusiaan, memang rasa cam tak nak report. Tak report salah, dah report pula jatuh lagi salah.

Penat sungguh. And tension.
Dah la patient mati. Kena buat notes kematian lagi. Nanti sure kena audit dalam mortality review.
Balik nak tau pukul bape?
12midnight.
Kesian kat syifa'.

Balik nangis kat abi. Nasib baik abi balik. Siap amik syifa' lagi.
Sedih sungguh. I never ever want to loose that patient. Tertinggal kejap je tadi. That OSCC lagi. Tak menang tangan tau tak.

isk..
Esok ada presentation pulak tu. DIsaster.

Abi pandang penuh pengertian.
Takpe malam ni syifa' abang tidurkan. Pegi makan sup dulu..

Isk.. syukran sangat.. really i know you are so tired travelling from paka..i'm so greatful to have you home.. and really thank you for the soup u bought me...mmg tak makan pun lagi ni..

And abi tertidur sekali dengan syifa' lepas tolong ummi set up powerpoint (yang pelik and susah ni) sementara ummi terkebil2 siapkan presentation depan komputer..

Tuesday, October 27, 2009


Semalam tinggalkan syifa' termenangis lagi..

Sebab syifa' demam ..post vaccination fever.

Nanti Mok mek tolong amikkan suhu badan dia ye.. (tunjuk ajar mok mek cara guna thermometer ketiak tu)..sampai dia bunyi tenenenet..ha baru mok mek tengok bape suhu dia ye.. kalau dah sampai 37.5 tu demamla tu. Nanti mok mek bagi dia syrup pcm ni ..ubat demam ni 2.5mls je ye.. ni saya bagi picagari ni..kat level ni ye mok mek..

Mata mok mek bulat tengok level 2.5mls.

Adik pun ingat sekali ye ( kabo kat anak perempuan dia plak)

Kalau demam dia tak kebah atau apa2 je, mok mek call saya ye ( cam senang je nak balik)

Iyelah..mok mek tepuk2 baby ku.

bertawakallah daku kepada ALLAH..

Mata pun dah start bertakung air mata lagi.. baiklah beredar dulu..isk isk..

Mok Mek kehairanan lagi.. tapi macam dah faham2 je.. so bila ana pusing nak ke kereta, Mok mek dukung syifa' sambil lambai2 tangan syifa' (syifa' buat muka selamba lagi)

Wa yashfi sodura qaumim- mu'minin..
Wa syifa'ul lima fis sudur..
Yakhruju mimbutuuniha syaraabun mukhtalifun alwanuhu fihi syifaa'ullin-naass..
Faiza maridhtu fa huwa yashfi..
Qul huwal-lazina aamanu huda-wa-syifaa'..

Tuesday, October 20, 2009

Blockin'

Semalam balik 2 jam lewat dr kerja. Sebab? qaswak kena block takleh kuar parking. Elok2 je sampai kat parking lot, ada 2 kereta block kat belakang and 1 kereta block kat depan. Pergi survey kat dalam kereta2 tu, kalau2 la mereka tak tarik handbreak, boleh juga la menolak kereta2 tu ke tepi sikit.. tapi semua pakat tarik...maka dengan keterbatasan kudrat wanita ku, dibatalkan saja hasrat nak menolak ..






call ke call center.. tolong buat announcement ..kereta2 ni block jalan ..saya tak leh keluar. 10minit berlalu, takde juga orang datang ubah kereta. Call lagi. TOlong buat announcement sikit. Dah buat dah. 30mins berlalu. Pun takde orang datang. Call guard. TOlong saya ni. Dah dekat sejam tersadai kat sini. Tak leh kuar parking. Nak gi amik anak lagi.




Guard pun datang. Survey2. Try tolak2 sikit. Tapi surela tak gerak kereta2 tu. Sejam berlalu. Ai camni takkan nak tunggu kul 5pm baru boleh balik. Sian syifa', susu bagi 5 bottles je tadi. Call lagi. TOlong la saya ni. Saya patutnya dah balik kul 3 tadi. Ni dah 4lebih ni.. anak saya..





Segerombolan pak guard datang. Sekali dengan kakak2 yg buat announcement di call center. Ala dr..dah byk kali buat call.. tapi org tu xdatang lagi la. Pak guard sume pakat discuss.. kami try himpit la dr.. himpit dari tepi supaya qaswak boleh lepas.

i'm not convinced. qaswak ni tembam tau. kalau terguris nanti camne. dah la aritu accident parut sana sini..

pak guard nk try juga. Ana dgn muka sedih mencuka, duduk kat tepi. if terguris keretaku, jaga kau orang sume.

Mereka try himpit. tak lepas. elok2 ketua guard datang. Ni amik no staff je. terus direct call org ni. tak payahla nk himpit.

10mon after that, si ngok ngek tu pun datang. Alih kereta. Sakit hati betul dgn perbuatan yg tak bertanggungjawab camtu. Bukan nk minta maaf pun. Pak guard tangkap gambar. nk bg pengarah. Biar kena tindakan tatatertib.

Jam pukul 5lebih juga. br balik. Sian anak ummi.

Itu baru block jln kat dunia. Tu pun nasib baik ada org simpati yg nak tolong. If kat akhirat nanti?

Ya rabb, permudahkanlah jln kami menuju redhaMu..

Sunday, October 18, 2009

Semalam syifa' jumpa ramai acik2 kat umah kak ani.. time kacih acik banat dodoikan syifa' sampai tido 2x..(ehem ehem tak lama lagi la tu..) tapi dengan ummi juga baru syifa' betul2 tido.. hehe..

Thursday, October 15, 2009

OSCC

Last night kena attend 2 rape cases kat OSCC (One Stop Crisis Center).


1st case 22 y.o Malay female OKU and schizophrenia..alleged raped by Tok Bomoh. Actually old case. Benda jadi in July. Datang skrang n report police sbb suspect mengandung. Tu pun lepas ayah dia perasan dia men.gidam nak makan jeruk anggur Scan nampak regular GS (gestational sac) dengan baby yang dah 12 weeks POG.

Lepas psy review maybe patient kena abort kandungan tu sbb dia ada resistant schizo. Kang tak makan ubat tak pasal2 gila meroyan bunuh diri dengan baby.

Staff nurse yang jadi chaperon malam tu pulak sangat baru..Belaka2 nya tak tau. Ai, kita dah la nak cepat nak tengok yellow cases lagi.. dengan nak amik darah whats not..suruh buat UPT pun dapat result tak logik. Elok2 je kata UPT negative. Ni yang sy scan nmpak baby ni ape nye.. celup la elok2 dik ui..

Borang rape and assaulted cases ni sgt la banyak..tebal ya rabbi.. tu belum lg nak kena buat medical report nye.. aduhai..

Ok referred case ke gynae on cal.. buat thorough genital exam, mmg ada old tear kt 7 o'clock and stretch kt posterior perineum,

2nd case masuk pukul 9.45pm. Come on la.,,dah la nak balik amik syifa' pukul 10pm. Nak leave kat night call kesian la plak. Pegi juga la utk tengok. Patient referred dari Hosp Dungun. Tengok report polis. Alleged raped apenye.. budak umur 13 tahun ni dah buat dengan lebih 10 orang lelaki.. ni underage voluntary sexual act,..astaghfirullahal'azeem..

terketar2 juga la tangan menahan marah.. tapi fikir semula buat apa la nak marah. Budak ni mangsa keadaan.. sedih betul. Meh nak tengok sikit muka.

Pegi masuk bilik tengok patient duduk dengan tangan memeluk tubuh. Muka sangat degil dan melawan.

Nama awak apa ?
******

umur bape?
13

first time buat sex umur bape?
12

awak ni dirogol ke atau merogol?
patient senyum melawan..

Ok jawab soaln saya ya..if not session ni tamat n awak boleh keluar dr bilik ni. satu lg saya tak nak tengok awak peluk tubuh mcmtu..

Terus dia letak tgn dia ke bawah.. hmm nasib baik dengar cakap..

Jawab soalan sy tadi..
Saya saja suka2 ..

Parents awak keja mende?
Peneroka..

Awak rasa dik hidup awak senang ke.. ( mula nak lembut.. guna 'adik'.. tengok apa reaksi dia..)
Senang la jugak ( uik melawan lagi tu.. ok ok.. set tazkirah nak start dah..)

Adik.. hidup ni tak lama dik..ramai je orang mati muda tak sempat taubat dik.. dalam kes awak ni, awak kena taubat nasuha ni dik..taubat nasuha tu taubat yang adik takkan buat2 lagi menda ni..

Doktor tengok adik ada masalah lain ni.. nape dik.. adik nak melawan ayah n mak ke.. ada sakit ati kat ayah/mak ke yang sampai buat camni..

Geleng kepala.

Sebelum ni mak ayah tak tau ke perangai adik camni..

Geleng kepala.

Camne ayah mak boleh tau ni..
Ayah tangkap saya masa saya nak keluar bilik ikut tingkap. pastu dia syak kat saya. tu yang saya buat laporan polis tu.

Ayah awak plan nak hantar awak sekolah pemulihan ke dik.. ke awak nak saman budak2 lelaki yang rosakkan awak tu..
Tak tau.

Ni nape dalam report awak mention buat dengan engineer petronas paka je.. awak nak gantirugi dari dia ke..
Diam.

Dalam hati: Ngok ngek punya engineer petronas. Dengan budak bawah umur pun nak buat. Mencari nahas. Pegila kawin.

Last sekali awak buat bila?
Ahad lepas.

Uish.. tersirap darah dengar. Silap2 gaya kena pelempang budak ni.. as-sabru!

Adik..fikirlah jauh sikit bila nak buat gini.. fikir nafsu tak kemana dik.. ramai je budak2 yang buat jahat camni dik bila betul2 nak kawin nanti susah nak dapat anak.. adik tak nak lelaki soleh ke.. yang sayang kita kerana ALLAH.. nak terus menerus buat jahat camni ke.. tak kemana dik.. lagi2 bila buat persetubuhan haram macamni, yang ruginye kita orang puan dik.. orang laki tak perut buncit nanti.. bila dah tua nanti, takde orang nak bela .. nanti merempat kat tepi jalan.. ntah2 kena diabetes ke.. orang lain bahagia ada anak ada suami yang mencintai.. adik?

Patient tunduk..angkat2 muka habis basah dengan air mata..
Ana sendiri pun jadi sebak. Paling muka ke arah lain.

Adik banyak tengok movie omputeh ke.. movies ni sume ada adegan zina dik.. yang adik buat ni pun zina dik.. adik sedar tak..zina tu haram dik..

Patient lap air mata.

Inspektor polis tumpang sekaki dengar tazkirah.

First sekali buat dengan sape?
Dengan sepupu.

Buat katne?
kat rumah sepupu.

Dalam hati: tak guna punya sepupu..

Adik anak keberapa?
3

Sulung laki puan?
Dua2 atas saya laki.

Abang2 ada buat jahat dgn adik tak?
Tak.

Adik ni anak puan sorang la ya.. sedihnya mak tengok anak puan dia sorang buat perangai cenggini..
Takde reaksi.

Awak amik pil perancang ke.. (control suara macho..malula kalau termenangis depan patient)
Tak.

Last period awak bila?
Ogos.

kalau mengandung nanti awak plan nak buat apa dengan anak tu? awak nak flush dalam toilet?
(kena se das)
patient terkejut. terdiam.

Ni doktor cakap ni as kakak dengan adik. dengarlah nasihat doktor. Taubatla adik. ALLAH tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Adik tak takut dengan ALLAH ke bila buat camni.. adik solat tak?

tak.

mak ayah solat tak?
angguk kepala.

Patutnya tak jadi gini dik. Bila kita solat kita malu nak buat benda2 tak elok camni. Apatah lagi yang haram.

hm.. okla dik.. (kepala pun dah pusing) doktor nak pegi dah ni. Nanti dr sakit puan datang check adik ya. Nanti dr nak air kencing adik sekali.

Angguk.

Aduhai adikku.. bangsaku.. tanahairku..

Itu hanya sekelumit reality yang datang menyerah diri ke ED. Di luar banyak lagi..


ALLAHu a'lam.

Wednesday, October 14, 2009

MABIT

Venue: Rumah Pn Wan Mahani, Kg Gong Bilal, K Tganu
When: 16/10/09 , Jumaat
Maghrib on wards.

Semua sisters dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. See u there iA !

Tuesday, October 13, 2009

Kartika : Mystery of canning



Kartika Sri Dewi Shukarno's act of drinking alcohol in front of the public while in Cherating sparks mixed reactions among Malaysians.

The Kuantan Syariah court gas ordered 6 cannings for Kartika as a punishment of her immoral act.

The truth is 6 cannings are not according to Hudud. Syariah's law imposed 40 or 80 cannings to teach alcoholic drinkers some manners.. It is under Malaysian authority as to give 6lashes to Kartika as a lesson. She also paid RM5000 fine.

SIS disagree with the anactment hence filed a suit against the judgement. 'This does not symbolises Malaysia as a leading moderate islamic country..SIS said.

On what ground should Malaysia behaves to make a muslim's country?

The ugly truth is that her punishment was politicised.

While she was going to the jail to be canned, a mysterical 'order' came as to delay the punishment so that she can plead for lighter sentence.



Does'nt this sounds awkward?

Certainly does.

The question is, for what reason does islam prohibits alcohol?

In his book Al-Halal wal Haram fil Islam (The Lawful and the Prohibited in Islam) Sheikh Yusuf Al-Qaradawi states the following:

The first declaration made by the Prophet (peace and blessings be upon him) concerning this matter was that not only is Khamr (wine or alcohol) prohibited but that the definition of Khamr extends to any substance that intoxicates, in whatever form or under whatever name it may appear. Thus, beer and similar drinks are haram.


The Prophet (peace and blessings be upon him) was once asked about certain drinks made from honey, corn, or barley by the process of fermenting them until they became alcoholic. The Prophet (peace and blessings be upon him) succinctly replied, "Every intoxicant is Khamr, and every Khamr is haram." Reported by Muslim.)

And `Umar (may Allah be pleased with him) declared from the pulpit of the Prophet (peace and blessings be upon him) that "Khamr is that which befogs the mind." (Reported by Al-Bukhari and Muslim.)


If Khamr befogs mind, what do you think a model with a befogged mind could possibly do?

She will start talking nonsense, bumping on others, behave erratically and not surprisingly will end up commiting other haram things.

Thats why islam give a clear cut sentence to anyone who drinks alcohol.

Islam takes an uncompromising stand in prohibiting intoxicants, regardless of whether the amount is little or much. If an individual is permitted to take but a single step along this road, other steps follow; he starts walking and then running, and does not stop at any stage.



That is why the Prophet (peace and blessings be upon him) said, "Of that which intoxicates in a large amount, a small amount is haram." (Reported by Ahmad Abu Dawud and At-Tirmidhi.) And again, "If a bucketful intoxicates, a sip of it is haram." (Reported by Ahmad, Abu Dawud and At-Tirmidhi.)

Stop politicise thing. Practise islam accordingly. fullstop.

Monday, October 5, 2009

Alahai..

Sedang buat tandem nursing, tiba2 tangan montel syifa' tepis tepis botol..oleh kerana menggunakan pam manual yang ada bebola getah di hujungnya, maka botol pun terpusing terkena tepisan tangan syifa' dan jatuh berderai di atas toto..

Rasa nak meraung tengok susu yang dah dipam nearly 3oz tumpah begitu saja.. sempat tegakkan botol, tengok2 elok2 tinggal 1oz..

Itulah dia takde rezeki..

Skrang dok penin pikir katne nak hantar toto for dobi.. bawa masuk machine tadi tak muat.. KT ni ada ke dobi ( sorry la, agak pessimist dengan service yang ada di KT)

Sunday, October 4, 2009

Today telah berlalu hari pertama masuk keja..

So far it seems to be ok..

tadi tinggalkan syifa' dengan Mok Mek seawal 7am..then bergegas ke hospital 7.15am.. paling tak best kat KT ni jalan dia banyak sangat traffic lights. Nak menuju ke hospital saja dah ada sampai 6-7 traffic lights.. tu yang kena q pagi2 tu.. breakfast tapau sambal tumis ikan bilis n nasi n minum sekali nestum di pantry hospital.

Tinggalkan kat Mok Mek 5 botol 3-4 oz. if tak cukup minta dia top up dengan soy milk. Elok2 amik syifa' dlm kul 5.30pm tu, syifa' baru sempat minum separuh soy milk. Bawa balik dalam keta, syifa' nyusu jap then terus tido sampai Maghrib. Kira sempat la ummi nak mandi n makan and solat maghrib. Sempat wat tandem nursing lagi. Dapatla another 2 1/2 oz ..boleh juga buat catu2 stok yang ada. Kena jugak kejar aim at least 3bottles /day. Hantar syifa' semula kul 7.40pm..dalam keadaan tengah tidur.. sian anak ummi.. nak wat camne takde sape nak jaga kat umah.. kita berdua je kat KT ni..

tinggalkan 1 botol je 3oz bottle..harap2 takdela banyak sangat minum malam2 ni.
Dekat hospital tadi pun, sempat kuar utk pump 2x je. Itu pun pukul 12.30pm ( lari dr tengok patient jap.. biarlah..) and 4.3opm.. dapatla dalam 2 botol 4oz. Simpan dalam freezer pantry.

Harini saja je hover around red zone. Nak belajar sume kes2 critical. Seronok gak la. Tagging ngan Fauzan. Mintak dia tolong ajarkan nak buat CVP line. Kalau dulu muhammad selalu tolong. Skrang dia dah dipindahkan ke Setiu. Zatul plak dapat ke KK Besut.

Jumpa la dengan Bos Nik di red zone. Bos Lutfi takde. Tak tau ke mana.

Sapa la bos.. "he bos .. saya masuk keja semula. Harini saya start tagging seminggu..'cam nak melapor diri lah kunun.

Bos selamba je jawab ' eh awak bukan nak kena tukar Dungun ke? Ada Dr Ashaa'ri (PKD Dungun) call kata awak nak kena gi sana. Husband awak kat sana kan. So tunggu surat la .. if ada surat serta merta pertukaran awak ke sana.

Terkebil sekejap. Iyo ko? Boleh dah ambo bertuko?

Dalam hati .. betui ke bos nik ni.. ( sbb masa bercakap dengan bos , orang lain pun sibuk bising2 kat tepi bincang case la, patient la , bla bla bla.. jadi tak berbutir sangat apa yang bos cakap. Berdasarkan miming mulut, nampak cam bos mention Dr Ashaari.. dungun.. pertukaran.. serta merta..

Kalau betul.. alhamdulillah..

Kring ! Kring ! Kring!

Loceng 3x kat ED. Maknanya patient red case. Kalau loceng 2x, kes semi critical ( yellow zone) yang MVA (motor vehicle accident). Loceng sekali case semi critical (yellow) yang bukan MVA.

Tengok patient masuk intubated. Nampak cam young. Male . Badan berisi sikit. Amik kad tengok address Politeknik Dungun. MO Dungun siap ngantor patient sambil ambubag patient.
GCS score 2T/ 15. Patient dah intubated and sedated with midamorphine. Diceritakan patient 35 y.o, datang dengan symptomatic hypertension. Selalu rasa giddy and pening kepala. Loya (nauseated). BP di Dungun 161/105.. tinggi tu.. tiba2 tengah nak admit ward, patient collapse. Mrk refer as hamorrhagic stroke. Hence mereka bg bolus labetolol 25mls. Dalam history kata Dungun bg sampai 2x bolus. then baru sambung iv labetolol masa transport patient ke KT dalam ambulans.

Sampai2 kat kitorang, pupils dah fixed dah, 4/4 non reactive. BP pun low 'gel', dalam 105/56 gitu.. so kami stop kan labetolol. Check pupils, dah ada inflammed haemorrhage kat sebelah mata kiri. Buat scan nampak ada Space Occupying Lesion (SOL) kat parieto-temporal lobe with surrounding oedema severe midline shift to the left. Dah ada sub-uncal herniation lagi.

Dalam kata lain patient ada brain tumor yang dah menyebabkan tekanan tinggi dalam otak. Otak kanan dah membengkak menghimpit otak kiri. Sampaikan sedikit otak telah termasuk / tertolak ke tulang saraf tunjang.

Paling kesian tengok wife patient tu bila kami break bad news. Sangat sedih. Anak2 keliling dia sambil nangis. Relatives siap baca yassin. Keadaan dia mmg kritikal. Tapi dah tak leh nak buat apa2 sbb dah coning. Akhirnya patient meninggal dalam kul 6.30pm.

Teringat ayah..

Friday, October 2, 2009

Stockin'


Semalam call Dr Azizul senior MO di Emergency Dept. Ingat nak tanya ahad ni masuk syift mana. Tup2 dia kata boss suruh ana 'tagging' semula seminggu sebelum masuk keja.

Tagging!!

Tagging maknanya kena keja dari kul 8am sampai 5pm.. then sambung balik 8pm till 10pm..

Yang sampai nak berair mata tu adalah memikirkan stok susu utk syifa'. Kalau dalam masa 6jam aritu (test tinggal syifa' aritu kat mok mek dari kul 11am sampai 5pm) mok mek kata 4 botol 3onz habis.. ini kan pulak 9 ke 10 jam tinggal..

secara calculation nyer..

6jam -4botol
10jam (max)- (10/6) x 4 = 6botol 1/2

Hem.. skrang stok tinggal 4 botol camtu.. makanya dengan sangat nervous mula la amik manual pump and ambik syifa' utk buat tandem nursing ( biar syifa' nyusu kat sebelah then bila dah ada rasa let down pam sebelah lagi). Oleh kerana syifa' baru je nyusu maka pam hanya dapat 1oz. 1 oz pun jadilah.. sikit2 lama2 jadi bukit..isk.. terketar2 memikirkan esok dah jumaat sepanjang hari ada program, cuma tinggal sabtu yang free.. tu pun nak masak banyak2 buat simpan dalam fridge. Abi pulak tak balik ahad. isk. Fikir2 to be safe kena buat stok at least 5 botol extra dari yang ada.

Tengok2 botol lak tak cukup. Emergency call to abi. Minta tolong belikan another 10 , 4 oz nyer botol on the way balik ke KT. Nasib baik le abi tak melatah. Kembali lah ke reality. Dapat ke buat stok sebanyak tu setiap hari.. cuba try soy milk yang dah dibeli tu pada syifa'. Lagipun lambat laun dia kena ada alternative jugak..

No, reality nyer is , takut stock tak cukup sbb tagging ni..if masuk syift iA cukup.. isk

Oleh kerana terpaksa ( isk.. sedih betul .. Ya ALLAH Engkau juga yang Mengetahui betapa hamba nak sangat fully breastfeed anak hamba ni ALLAH..) ana bancuhkan soy milk as a trial. I'm sure kalau masuk syift memang lebih dari cukup stok yang ada. Takpelah. Test soy milk/ Letak 2 scoop in 60mls of luke warm water.. test kat syifa'.. berbuih2 mulut dia sekejap. Tapi lepas beberapa ketika she surrenders and suck the whole lot. ALLAH je yang Tahu how deeply i felt bila tengok mata syifa' minum.. (sedih betul..) but at least syifa' dapat settle pada soy milk.. worse if terpaksa guna cow's milk formula.

Hence i tried syifa' 3x today. Ok... so that leaves me plenty of milk to be pumped. So dapat in total another 5 bottles 3-4oz. Memenuhi target.

My plan, i'll leave to Mok Mek 5 bottles 3-4oz Ahad ni, if tak cukup boleh top up ngan soy milk. Dekat hospital lari2 gi pump at least 3 bottles.. simpan dalam fridge pantry (kalau boleh, if not bawak je la ice pack and cooler bag). Then amik syifa' kul 5-5.30pm.. tandem nursing lagi kat umah.. hantar syifa' semula lepas maghrib dalam 7.30pm,balik semula ke hospital kul 8pm- 10pm..

Ya ALLAH berilah kekuatan kepadaku selama 5 hari tu nanti..

Monday, September 28, 2009

Nanny


It's been hard to find someone to look after syifa' while i am at work..

Mok Jah recommend her sister in law.. elok2 pegi tanya dia minta bayaran rm400..

Kak Ani kata jangan berkira sangat dengan nanny ni.. sbb keje kita ada shift malam..bukan semua orang boleh jaga baby malam2..

iye..i know that.. but rm400...

on the way back, i couldnt help my tears from rolling over my cheeks..

its not because of the money ( walaupun mmg la rasa cam orang saje je nak mencekik darah kat kita..if they just know doctors are not that rich..isk) but its the feeling of letting somebody i DONT EVEN KNOW before to take care of my baby..

ntah kena gigit nyamuk ke kena kudis buta ke kena selsema ke dari budak2 lain..

ntah asyik bg tgk tv naik buai ..bercampur ngan budak2 yng ill-manered.. (nauzubillah)

abi kata rasulullah pun diberi pd org utk jaga..

Pg tu Mok jah bising cakap die tak puas hati adik ipar dia memeras sampi 400 kt kite..

Recommend pulak org btul2 kt belakang umah.. tp takat ni dia bela smpi4 org budak..mok jah kate die ni boleh percaya.. di depan kite molek gitulah juge kt blkg kite.. die pun xcakap pelik2..budak2 nmpk elok die jage.. biasanya dia amik 200..kalau mlm berilah 250 ke..

So i sent syifa' today for a trial.

Sbb nk gi servis keta la n kena settle byk benda sblum masuk keja..abi takbalik KT arini..

I teach Mok Mek how to use the warmer utk heat the frozen thawed EBM..beria berkabo ke die anak saya ni sepenuhnya menyusu badan.. tp sy ada bawa sekali soy milk ni just in case susu sy tak cukup..

i left syifa' 4 bottles..3onz each.. (rasa cam dlm cite batu belah batu bertangkup..)

tup2 time nak tinggal syifa' ana menangis.. xleh tahan tengok muka syifa' yg tembam anak tuah ummi nak tinggal kt org.. cakap pun jadi ntahhape2 dok kerana nangis nyer pasal..

sepanjang jln nangis lg...

sayang anak ummi, i love u very much.. its just that ada keperluan ummah utk ummi stay working in the hospitals.. isk

td lps amik syifa'.. biar dia me'ngempeng' (ckp jawa maksudnyer melekat menyusu smpi tido) tido atas riba. sampai makan pun ummi tak nak lepas anak ummi. Nasib baik ummi dah ada syifa' temankan ummi kat rumah..

alhamdulillah mok mek setuju bela dgn 300..

Sayang anak ummi !

Monday, September 21, 2009

Salam Eidulfitr 1430H


Eidul Fitr Mubarak buat semua..
Moga diterima semua amalan soleh di madrasah Ramadhan..
Kullu a'min wa antum bikheir..

minna,
Abu Syifa'
Ummu Syifa'
Syifa' Al Hayah

Jam tarts

Believe it or not, this is the first Raya Eidulfitr i able to celebrate with my family.

No patients or oncal like i used to since starting to work at the hospital.. thanks to the confinement and breastfeeding leave..

so i decided to test my long forgotten skills of making cookies for the Raya festive. Lagipun anjuran islam utk mengagungkan hari kemenangan ini dan kembali kepada fitrah.

Hehe...
Eidul Fitr..hari merayakan fitrah.. kerana itu dianjurkan utk solat beramai2 keluar dari rumah ke masjid.. memperbanyakkan ziarah sesama muslim, bersedekah..sbb secara fitrahnya manusia harus bermuamalah sesama manusia..

i googled one of my favourite raya cookies in the net. Tarts! kononnya agak susah la nak buat this special biscuit, if teringin dolu dolu, asyik beli je. Then elok2 malam tu apa salahnye try to do my own. Hehe ..try Chef Hanieliza nyer recipe.. tehe..cam best sbb ada gambar (tribute to Nana for the link)

recipe ..



Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..

boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



paling best buat jem die..(ada ura2 kata jem buat sendiri lg best dr beli) to do it lepas blend nenas tu, tak yah tambah air macam dlm recipe.. sbb nanti lambat sungguh nak tgu all the air kering n jem pekat. Better minimisekan air ms blend nenas..


JEM NENAS

1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu]
kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]

Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar]

Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..]

Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat.

Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu..

Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..




After a long search, jumpa acu nestar ni...this is the key to the 'standard' tart gulong..hehe...






yeh..gumpal2 kan dulu jem tu supaya tangan x berlengas bila buat tart nanti..


ready to bake..






jadik jadik! alhamdulillah




yang nak sedihnya tu .. waled sayang tertepiskan sebekas penuh tart ni di atas lantai. Maka berderailah semua tart ku menjadi serdak.. isk. ( konon nak riak ngan zaujiy nak buat surprise balik dari terengganu..)






Ulang semula step 1-habis ! Practice makes perfect!