My scribbles

Friday, February 27, 2009

Jaundiced




Lately i was oncalled di ward 6CD ( ward baby / neonatal ). Ward ni kita kena jaga baby2 yang bermasalah ie baby tertelan najis masa bersalin ( Moderate meconium stained liqour) , bayi tachypnoiec ( susah nafas sbb terbelit tali pusat etc), baby demam / jangkitan dari ibu masa melahirkan ( GBS +ve / HIV / Hepatitis B etc) and yang paling banyak sekali baby yang masuk sbb jaundiced ( kuning ).

Nak dijadikan cite, the first day i worked in the ward, ada baby yang masuk ni kuning dia terlalu kuning hingga kena buat exchange transfusion ( pertukaran darah utk kurangkan kuning / bilirubin level dalam darah ). Alhamdulillah parents consented utk kami proceed dengan Exchange Transfusion (ET). and i was willing to help Dr Yiaw my senior MO utk buat procedure tu. Nak cuba wey, sekali pun jadia, at least dah experience buat ET. Lepas order bloods dari blood bank ( which took about 1 hr utk cari suitable donor), kami pun set nak buat procedure. Tapi malang sikit kat ward takde aircond , so lepas scrub and pakai sterile gown with the face mask, i was holding the ET tube ready to transfuse the baby. Panas tak terkira, lagi2 procedure lama sbb kena exchange semua blood dari satu pek tu kepada baby. Menguji kesabaran.

Dr Yiaw pun mula mengorek ngorek stump pada pusat baby tu utk cari umbilical vein yang ada. Susah gak sbb biasanya kita buat ET pada baby yang still ada tali pusat. INi tali pusat dia dah tanggal, baby pun dah quite old. about Day 8 of life.

Ada ! in! Masa kitorang pushkan tube ET masuk umbilical vein dia, baby tu baik je, nangis sikit2 je. Then Dr Yiaw push in about 5mls of fresh blood pada baby, wait for about 1min for the exchanging of bilirubin dari baby's blood to the fresh blood and i was to suck out the "used" blood. Kena exact dari segi measurement in and out blood sbb kita just nak exhange baby's blood dengan fresh blood yang takde kuning ( bilirubin) bukannya nak tambah darah baby.

So setiap kali push in and out of blood kena buat within 3 mins. Ada 44 cycles sume. 1st 5 cycles, kami tukar 5mls sekali. Then 10 cycles, 10 mls, then 15cycles 15mls, sampai semua fresh blood abis ditukarkan kepada baby. Fuh procedure yang lama dan menguji kesabaran ( lagi2 bila dibungkus dalam sterile gown + face mask ) baby dalam perut dah mula tendang2 dah. Sabar sayang, sian adik ni, dia sakit. kita tolong ya... Start kul 11 am abis dalam lebih kurang 1.15pm. Nasib baik dapat bertahan lagi dengan kepanasan dalam bilik tu.

ABis je ET, kami terus buat strict intensive photo pada baby tu. Sian kat dia, yelah, if tak buat ET sure dapat kernicterus ( cacat kekal sebab kuning / bilirubin tu dah stained otak dia).Kuning ni bukan setakat boleh stain sclera mata je tapi boleh juga stain otak.

Sunday, February 22, 2009

Selesa bekerja semasa hamil


Sebagai ummi hamil yang bekerja, ukhti perlu bijak menguruskan diri bagi memastikan diri ukhti sentiasa sihat dan segar sekaligus memastikan kesihatan baby dalam kandungan. Dengan cara ini ukht juga dapat menyelesaikan pekerjaan tanpa bimbang dan ragu.

Berikut antara tips yang boleh diamalkan oleh ummi hamil sepanjang menjalani kehidupan pada waktu bekerja:

1- Pilih baju kerja yang selesa dipakai, tetapi jika perut sudah membesar ( lebih dari 4 bulan), maka sebaiknya boleh pakai baju yang lebih besar dan selesa. Sebaiknya pakai jubah yang lebih besar. Jangan biarkan perut ditekan oleh skirt dalam / kain dalam ynag terlalu sempit atau baju ketat di perut atau memakai pakaian yang diperbuat daripada bahan yang boleh membuatkan suhu badan mudah meningk
at.

2- Minum air biasa 8 gelas sehari ( ini susah dilakukan apatah lagi di pejabat yang ber- aircond), namun apa yang penting ukhti harus biasakannya untuk demi baby dalam kandungan. Lagi2 jika ukhti bekerja on feet sepanjang hari, rajin2 lah ke pantry hospital / ward utk minum air. Ini juga utk mengelakkan sembelit. Jika bosan dengan air biasa boleh juga selang selikan dengan susu atau jus buah. Tetapi jangan terlalu banyak mengambil gula. Tidak mengapa jika ukhti sukakan minuman berais. ( mitos yang mengatakan ais menyebabkan baby besar adalah tidak benar kerana hakikatnya gula yang menyebabkan baby besar).

3- Jangan lupa membawa snek sihat utk diambil sebagai makanan ketika waktu selang waktu makan tengahari dan petang. Boleh ambil buah buahan seperti pisang dan pear. Begitu juga dengan kuih muih asalkan berhati hati dengan gizi dan kalori yang terdapat di dalamnya. Jangan ambil makanan ringan yang terlalu tinggi kalori atau rendah zatnya seperti makanan berminyak. Ini kerana makanan berminyak boleh menyebabkan pedih ulu hati.

4- Pastikan posisi kerja yang seles untuk ukhti. Pastikan kerusi yang ukhti duduk tidak terlalu tinggi atau rendah. Duduk tegak dan bersandar dengan selesa. Pastikan juga kaki tidak tergantung ataupun jika tergantung bawa kerusi kecil untuk dibuat tempat letak kaki. Hal ini berguna untuk mengelakkan kejang atau bengkak pada kaki. Jika pekerjaan memerlukan ukhti duduk lama, maka usahakan setiap 2 jam sekali utk relax dan berehat samada berjalan atau berdiri sejenak.

5- Ambil makanan yang sihat dan mengenyangkan ( hindari makan mi segera yang tinggi kalori , kurang zat dan boleh menyebabkan pedih ulu hati). Tetapi jangan pula makan terlalu kenyang sehingga menyebabkan ukhti mengantuk. Pastikan juga ukhti tidak mengambil makanan yang terlalu pedas dan masam. Utk kesegaran pilihlah jus buah buahan yang segar dan berkhasiat.

6- JIka pada waktu rehat ukhti terasa letih dan mengantuk, pastikan ukhti cepat berehat dengan berbaring atau tidur sebentar. Namun perlu ingat bahawa tempat rehat itu selesa ( contohnya berbaring di surau untuk memastikan badan segar kembali).

7- Basahkan bibir dengan zikrullah dan mohon banyak2 pada ALLAH utk membantu kita menjalani kehamilan dengan normal dan sabar. Ingatlah untuk sentiasa berbaik sangka dan elakkan dari sifat mazmumah kerana ia mungkin mempengaruhi sifat anak yang sedang dikandung.

Tuesday, February 17, 2009

Free Image Hosting

Mengapakah terus begini ..
bahagia mekar mewangi ..
yang kian carik dan terkoyak..
dari rimbunan kasih sayang ..
bukanlah kehendak kita utk terus bertelagah ..
tapi itulah yang terjadi ..
melerai sayang yang bersemi ..
menggugah kasih ..

Marilah kita kutip semula
Dedaun kasih yang terlerai ..
kita kuntum mesra semula ..
kita tanam kembali ..
kita bajai lagi ..

Jangan kita tergugah lagi ..
Walau suasana berubah ... .
cinta ILAHI itu abadi ..
rinduNYA membawa mati dari situ kasih kita bersemi..

Saturday, February 7, 2009

Save Gaza di Masjid UDM Caw Kota



Silalah browse webpage www.pembina.com dan various multimedia about Ghazzah



Gerai jualan aman palestine di ruang legar solat wanita




Keahlian PEMBINA dan sukarelawan Aman palestine



Hadirin mendalami isu Ghazzah




Ukhuwah berkekalan .. amen


Alhamdulillah, semalam berlangsung program Save Gaza di Masjid UDM GOng Badak, K Terengganu. Jzk khairan kathera kepada semua yang membantu menjayakan program. Moga mendapat kebarakahan dari ALLAH s.w.t

Thursday, February 5, 2009

Stages of pregnancy

"He created you (all) from a single person (Adam) then made from him his wife (Hawwa) And he sent for you cattle eight pairs. HE creates you in the wombs of your mothers, creation after creation in three veil of darkness ( 3 trimesters). Such is ALLAH your Lord. HIS is the kingdom.Laa ilaha illa Huwa. How then are you tuned away?" (Az Zumar : 6 )

1st TRIMESTER ( 1 - 12 WEEKS )



One Month
Your baby is an embryo consisting of two layers of cells from which all her organs and body parts will develop.



Two Months
Your baby is now about the size of a kidney bean and is constantly moving. He has distinct, slightly webbed fingers.



Three Months
By now your baby is about 3 inches long and weighs nearly an ounce. Her tiny, unique fingers are now in place.

2ND TRIMESTER ( 13 - 27 WEEKS )



Four Months
Your baby is now about 5 inches long and weighs 5 ounces. His skeleton is starting to harden from rubbery cartilage to bone



Five Months
Eyebrows and eyelids are now in place. Your baby would now be more than 10 inches long if you stretched out her legs



Six Months
Your baby weighs about a pound and a half. His wrinkled skin is starting to smooth out as he puts on baby fat.

3RD TRIMESTER ( 28 - 42 WEEKS )



Seven Months
By now, your baby weighs about 3 pounds and is more than 15 inches long. She can open and close her eyes and follow a light.



Eight Months
Your baby now weighs about 4 3/4 pounds. His layers of fat are filling him out, making him rounder, and his lungs are well developed.



Nine Months
The average baby is >19 inches long and weighs nearly 7 pounds now, but babies vary in size at this stage

Drfatiha : Akhawat (warning: married and pregnant), which stage is your pregnancy? Come and share your experience ! Pls post a comment. hehe . Moga dipermudahkan amen

Wednesday, February 4, 2009



‘ Wanita yang kotor adalah untuk lelaki yang kotor dan laki-laki yang kotor adalah untuk wanita-wanita yang kotor. Wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik, dan laki laki yang baik hanyalah untuk wanita wanita yang baikk ( An Nuur: 26)

Kerapkali kita tersilap menyusun pembaikan diri kerana niat untuk mempersiapkan diri menerima dia. Walhal sebenarnya ada atau tidak adanya dia ‘saya’ harus terus melakukan pembaikan diri. Bukan untuk mengukur ‘wah saya harus memperbaiki diri dulu ni’. Akibatnya setelah melakukan pembaikan diri pun masih ada pertanyaan, ‘ bagaimana kita mengukur bahawa kita sudah sedia untuk menikah? Bagaimana mengukur kita sudah layak mendapatkan dia? Dan bagaimana kita mengukur bahwa dia juga sesuai untuk kita?

Hakikatnya itu terlalu cetek untuk menjadi tujuan sebuah perbaikan diri yang nantinya adalah proses terus menerus yang juga kita lakukan setelah menikah dan sepanjang hidup. Soal siapa yang jauh lebih baik dari dia, tiada waktu untuk diteka teka. Biarlah itu urusan ALLAH. Sampai pada suatu masa kita serius untuk sebuah proses pernikahan, lalu ada ikhtiar. Dia akan bukakan rahsia itu dengan mudah iA. Lalu saya jadi teringat pada sebuah pertanyaan di sebuah forum, ; kalau kita sudah memperbaiki diri kemudian kita menikah, ternyata kita mendapat jodoh yang tidah sebaik kita, bagaimana?

Ada beberapa alternatif jawapan yang boleh dipertimbangkan. Pertama, memang ada kemuliaan yyang ALLAH berikan kepada hambanya berupa ujian melalui pasangan hidup seperti yang dialami oleh Nabi Nuh, Nabi Luth dan Asiyah Bt Muzahim. Kedua mungkin kita telah melakukan pembaikan diri dan itu nampak secara zahir. Tetapi secara batinnya kita mungkin lebih buruk lagi dari pasangan hidup kita itu, iaitu niat kita, keikhlasan kita dan prasangka prasangka pada ALLAH misalnya. Jadi jika ditimbang semula, jadinya sama saja.

Kemungkinan ketiga, jangan jangan kita hanya merasa baik tapi sebenarnya parah. Dan ini yang mengkhuatirkan. Kerana merasa baik sering menutup pintu pintu pembaikan yang selanjutnya. Salah seorang sahabat sering mengingatkan kita dari ghuruur ( ketertipuan) semacam ini.’ Ah itu hanya perasanmu saja!”

Ternyata soal nikah ini susah ya? Tapi insyaALLAH lebih banyak mudahnya. Kecuali jika kita mmg suka menyulitkan diri dan mempersulitkan orang lain. Sememangnya, menyulitkan diri membuat kita sulit di dunia sedangkan mempersulitkan orang lain membuatkan kita sulit di hadapan ALllah di akhirat kelak.

Awalnya memang dari niat. Niat ketika kita berazam utk bersegera mencapai sebuah kebersamaan suci dalam naungan Redha Ilahi. Niat ketika menetapkan criteria. Niat ketika kita memulakan sebuah proses yang bersih, tanpa hubungan haram bercouple, tanpa interaksi yang membazir masa / perasaan dan merosak hati. Niat ketika melihat calon suami / isteri. Niat ketika diperkenalkan pertama kali. NIat ketika melihat keadaan keluarganya. Niat ketika menentukan mas kahwin / mahar dan syarat2. Niat ketika menyatakan persetujuan dan penerimaan. NIat ketika merancang hari akad dan walimah. Niat selama dalam penantian. Niat ketika dan ketika..

Niat ketika mengucapkan ijab dan qabul. Niat di saat menerima ucapan selamat dan doa. Niat di waktu bersama dengan tetamu. Niat di saat tetamu meninggalkan majlis. Niar ketika mengucapkan salam dan mengetuk pintu kamar. Niat ketika berjemaah dua rakaat buat pertama kalinya. NIat ketika meminta meminum air dari tepi gelas yang sama. Niat ketika mengajak bicara dan meneguhkan komitmen bersama. Niat ketika mengajak bermain dan bercanda. Niat ketika dan ketika…

Sampai di sini, kita harus merenung. Jikapun dulu ada niat yang bertitik hitam, ada prasangka terhadap kebesaran Allah, ada ketidakjujuran padaNya dan pada manusia, masih ada waktu untuk beristighfar bertaubat dan memperbaharui niat. Pembaikan, dengan mengubah apa2 yang ada dalam jiwa kita inssyaAllah akan memahatkan makna dan mengalirkan darah baru dalam keberkahan rumahtangga kita.

Pada engkau yang belum menikah, katakana padaku saat kau rasa nikmatnya pandangan pertama, apa yang terbit di hatimu. Sudahkah engkau bersegera menunjuk dada dan bertanya “ Akan adakah barakah dalam pernikahan kita? “



Hari ni dah masuk hari ketiga dah mc sbb conjunctivitis (sakit mata). Awal2 tu hidung tersumbat, coughing, susah nafas, demam, tapi dapat lagi gagahkan diri utk oncal malam balik dari KL tu. Mak n ummi mmg risau sbb balik aritu nampak tak sihat, dengar2 la pulak kena oncal keesokan harinya. tapi nak buat camne, work is work. Di hospital juga kita ada responsibility pada masyarakat umum. Maka digagahi jugalah diri untuk oncal.

Malam tu tak banyak sangat admission. Kena oncal dengan June yang masih baru and inexperience. All blood takings and branula (masuk line utk drip) pada patient ana yang settlekan. Yelah, logik juga June takut nak masukkan jarum pada tangan baby yang dumuk2 dan debab tu. Memang tak nampak vein tapi ana goes blind. Nampak je biru2 sikit2 tu, straight line betullah tu, baca bismillah and cucuk. Alhamdulillah ada back flow blood dalam jarum halus tu. Ok, line in. Staff nurse tolong saya secure line ni. Dan kami akan cepat2 bekerjasama utk ikatkan line pada tangan baby tu. Siap pakai splint lagi supaya line tak tercabut bila baby gerak. So baby, dah siap dah.. yeye.. dia dapat hadiah.

Nak dijadikan cite, sbb takde banyak sangat case nak review malam tu sempat la juga ana nak merebahkan diri utk tidur. Tidur2 terjaga sbb hidung sumbat. Mlm tu bangun nangis sbb tak leh nafas, Nak amik oksigen melampau sangat la pulak. Nasal decongestant tinggal kat rumah pula tu. pegilah merayau dalam ward tanya kat staff nurse ada tak piriton ke minyak angin ke yang boleh unclogged my nose. Huhu, alhamdulillah, ada jg yang terfikir nak bawa minyak angin. So dapatlah tertidur sekejap.

Then dapat phone call dalam kul 4am. Dr, sorry tapi ada case baru masuk. Muntah2 dengan dehydration. Boleh tak datang ward 5CD utk clerk case? wargh... sedihnya. Napelah masuk malam2. Orang2 msia ni suka camtu. Siang2 anak sakit tak nak datang hospital. Bila dah malam / tgh malam baru la menderu2 nak masuk case baru. Try bukak mata, nape la tak leh buka ni. Rupanya discharge dah penuh kat mata. Astaghfirullah, sakit mata la pulak. Dengan penuh sabar, pegilah basuh mata dulu. TEngok dalam cermin, mata sepet sebelah n memerah.

Pegi turun bawah n clerk new case. Abis clerk, naik atas dan tidur semula. harapnya takde la lagi case masuk. Pening rasanya bangun tidur bangun tidur. Kalau tak tidur karang, mesti letih nak sambung keja sampai 5pm.

The next day minta permission dari K nurzul utk pegi opthal clinic. Punya la lama beratur even tho kita ni staff. Near 12 pm baru jumpa doctor and she explain probably this is just a simple conjunctivitis. Dapat lah mc till khamis.


Bersama2 lah kita menjayakan program "Save Gaza" di masjid UDM pada:

Hari : Jumaat ( ba'da maghrib) 6/2/09
tempat: Masjid UDM
Program: Ceramah umum, video palestine, jualan amal sambil menderma kepada sahabat2 kita di palestine.

Jumpa di sana !