My scribbles

Wednesday, March 24, 2010

Satu hari kawan se-Mo bertanya..

'aku heran la tengok k.***. dia free hair tapi boleh comment dia tak percaya ada orang lain yang free hair selain dia.. dia cakap 'k.*** ingat k.*** sorang je yang free hair dalam hospital ni, rupanya ada orang lain gak.."

ni nak kata jahil tegar ke ape ek..

Friday, March 19, 2010

worries..

My dearest ummi was transferred to Hosp Selayang after 9 days of spiking temperatures...

Ummi first complained of having severe tummy ache. I thought its just an acute gatritis hence i asked waled to bring ummi to Hosp Kuala Kubu baru for immediate treatment.

Hosp Kuala Kubu is nearer to home than Hosp Sg Buloh.

But Hosp Sg Buloh has better expertise than district hosp like KKB..

So i called up Azran what sort of treatment he initiated on my mother..

He speculated that the source of fever is coming from the urine.. he tested ummi's urine and it seems 'a lil bit infected'..

then he sent for urine culture..

he deduced that the spiking temperature was somewhat 'sepsis secondary to UTI' even tho theres NO leucocytosis ( ummi nyer total white cells dalam 7-9 je .. tak raise pun.. Hb 12.. platelet 200-250.. hct 36...and ummi tak tachycardic pun..

he started ummi on iv rocephine on D4 of illness..

i rang up and insist of him discussing my mother ailments with physician in tertiary hosp like selayang..

he said he's already sent blood culture;s of ummi to selayang and 'need to wait for empty beds before can safely referred ummi to selayang..

all this while i can just pray the treatment is on the right track..

sebab ummi ada history pergi janda baik utk berkelah.. i'm afraid of leptosprirosis or WWF..

sebelum balik tganu, i examined my ummi's belly. It seems that its quite painful at the right hypochondriac region.. murphy;s sign negative... bowel sound present..

CHolecystitis can cause that.. worse hepatomegaly...

Ummi takde symptoms of obstruction like jaundice.. pale stool or tea coloured urine..and Azran said liver enzymes ummi semuanya within normal limits.

Tapi kalau baru nak dapat hepatomegaly.. kekadang perut rasa bloated and sakit.. what causes it?

VIRUS ? PARASITES? putting everything in the picture, with the spiking temperature and on and off constant abdominal pain.. oh what i can think about is INFECTION. tak pun impending hepatomegaly.

i sms aina to have a look at my ummi if she;s not busy.

Lega sangat bila aina reply she;ll visit my mother.. i am very thankful of your concern..

Sian kat waled.. jauh nak kena drive frm bukit sentosa..

o ALLAH, pls cure my ummi..and strengthen my waled.. amen..

Friday, March 12, 2010

Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada semua adik2 yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru2 ini. Ramai juga yang telah menelefon akak untuk tahu jalan seterusnya if berminat nak ambil medicine.

Di sini akak ceritakan secara ringkas beberapa perjalanan yang boleh akak gambarkan dalam situasi adik2 sekarang ni ( i was once a student too :)) :

1- Dilema nak pilih biasiswa mana?
Bg akak ada 2 pilihan besar - MARA atau JPA.
pilihan ke-3: Biasiswa syarikat2 konglomerat aka Petronas, Shell etc.

Antara MARA n JPA, dua2 mengkehendaki kita utk kontrak kerja di hospital kerajaan. Bezanya pada tempoh kontrak.

MARA: 3tahun kontrak kerja WAJIB di hospital kerajaan. Lepas tu terpulang samada nak stay di kerajaan atau tukar private (cth nak masuk lecturing kat university atau nak join private hospital).

JPA: 3 tahun WAJIB perkhidmatan + 7 tahun kerja di hospital kerajaan. so total 10 TAHUN kontrak. Ni bagus juga bagi sesiapa yang nak naik jadi Ketua Jabatan atau nak naik Pengarah Hospital ke atau nak naik JUSA ke . Stay je lah dalam kerajaan. Lagipun banyak benefits lain bila dah jadi bos ni. Dapat petrol free , kereta free etc.

Bila nak minta biasiswa, kita akan kena pergi temuduga. Time temuduga tu up up kan la diri kita. Promote sket. Saya pernah mewakili negara ke US utk projek Inovasi Sains INTEL , masuk Debat Piala WIra da da da.. sure dapat nye. Insya ALLAH. Boleh rujuk Self grooming session dulu yang pernah kita buat kat KLS di Dahimah Resort.

2- Dilema nak pilih Medicine ( Perubatan) atau Dentistry ( pergigian) atau Pharmacy ( farmasi) ?

Ok, untuk dilema ni akak akan verita sikit dari beberapa aspek:

i) Minat: Jika kecintaan kita pada nak mengetahui (inquiry) bagaimana tubuh berfungsi, pernah terkesan dengan penyakit2 yang menimpa saudara mara kita atau its just u LOVE the science of medicine, AMIKla MEDICINE. Memang seronok. Journey dia penuh dengan warna2 darah campur air kencing campur peluh campur jarum2 hehe.

Dalam erti kata lain, jangan amik medic sebab kena paksa dek mak bapak kaorang. Nanti bila kena beban kerja yang tak best, kita akan mudah patah semangat dan give up.

ii) Beban kerja ( workload):
Start adik2 fikir nak amik medicine, perlu ada komitmen dan pengorbanan berterusan utk study, kerja dan further study dalam medicine. Study kita tak sama cam orang lain. Course kita cuti paling sikit ( di malaysia la, kalau overseas cuti lama je). Exam setiap minggu. Maknanya dari kita study lagi, kena biasakan diri kita sibuk. Sebab profession ni mmg sibuk. So kena pandai bahagikan masa sbb KALAU dah BIASA ORGANISE MASA TIME STUDENT nanti dah kerja tak susah dah. Perlu diingat perjalanan buat medic ni lama. Takkan la nak tunggu dah tua renta baru nak kawin n ada anak etc. Jadi kena biasa kan cara hidup yang busy. Ok pe. Ramai je yang dah berjaya lakukan. Cuba dulu..

Dentistry n pharmacy study tempoh masanya sama dengan medic. 5tahun. Tapi beban kerja tak sama. Paling heaven jadi dentist. Main gigi je. Start dari study adik2 akan belajar ukir gigi, tampal gigi, main gigi. Akan belajar anatomy secara mendalam bahagian head and neck. Ada juga sikit2 belajar pasal sistem dalam badan. Sangat superficial ( luaran).

Bila kerja dentist akan ditempatkan di klinik2 kesihatan. Oncal tak kerap. Kalau ada pun pasif je ( maknanya duduk kat rumah, ada call baru pegi klinik atau hospital). Kalau ada kes kemalangan yang melibatkan bibir pecah atau nak kena jahit lidah, baru dentist akan dipanggil.

Pharmacy bila kerja biasanya ditempatkan di hospital besar. Buat ubat tumbuk ubat melawat pesakit dalam wad utk ceritakan pasal ubat, gitu2 jela..

iii) Money
Kalau nak dilihat dari segi kewangan, gaji kita semua sama starting nye.

Cuma kalau fikir nak kaya, baik amik dentist atau pharmacy. Doctor tak kaya sangat la. Cukup2 makan ada la..


3-Dilema nak buat dalam negeri atau over the sea?
Akak highly recommend adik2 yang nak buat medic supaya buat di oversea. Belajar luar negeri ni banyak faedahnya. Antaranya adik2 belajar berdikari, sambil membuka minda camne nak survive kat negeri orang. Tambahan lagi tempoh study kita lama.. 5 tahun atau setengah dekad. Banyak benda boleh dipelajari di tempat orang. Mana2 oversea pun akan menghasilkan product yang sama. Takde preference oversea mana yang bagus.

Cuma personally akak suka ke timur tengah. Sbb kita boleh study medic campur2 mahirkan bahasa arab campur hafal2 quran..

Terpulang sebenarnya pada camne adik2 study. Kalau betul cara study n kita faham apa yang kita study tu, grad dari negara kokak2 pun akan menjadi doktor yang bagus. Kalau study main2 kat mana2 pun tak kan jadi doktor yang bagus.

Study dalam negeri ada bagusnya. Satu dapat faham sistem kesihatan di malaysia . Dua boleh tahu lebih cara nak manage local disease cam denggi, malaria, chikugunya yang mungkin kurang terdapat di negara2 omputeh.. Tapi apapun if study oversea, balik nanti pulun la belajar camne nak manage penyakit2 ni. Bagi akak no big issue.

Cuma satunya study dalam malaysia ni cuti sangat sikit. Takut tension and sedih sikit la. Tapi takpe,.. mana2 pun sama.


Apa2 pun, sebenarnya yang PALING PENTING adalah NIAT kita nak ambil bidang tu. Bagi akak kesemua bidang ni fardu kifayah. Tapi tengok yang mana lebih afdhal. If dalam family kita masih takde doktor lagi, jadilah doktor. Doa sungguh2 pada ALLAH supaya bantu kita if kita memang nak amik medic. Kita nak tolong ummah kan. If jadi kemalangan ke ape ke.. bukannya doktor gigi yang diorang panggil. Doktor DOKTOR juga yang akan cuba menyelamatkan nyawa.

Apepun. akak doakan yang terbaik utk adik2. Buatlah piliha n yang bijak. Boleh contact akak if ada apa2 soalan.

Wednesday, March 10, 2010

Devastating

arinih tengah rileks2 tengok case di yellow, tiba2 maghi 3 cases serentak ke red zone. Case 1 perempuan separuh abad dah biru. check pulse dah takde. BID (brought in dead). Case 2 budak lelaki 8 tahun muka penuh darah dengan menjerit2 sakit. Terus di tolak ke red hujung. Case 3 perempuan muda gigi semua abih tercabut dengan kepala still bleeding.

Uish, case gapo ni?

Ana terus attend budak 8 tahun yang sedang menjerit2. Assess GCS 14/15. Eyes open to call (3/4), verbally talking (5/5), motor following command (6/6). Sibuk tanya adik nama apa? Wahab !! antara dengar tak dengar adik tu kata nama dia Wahab. FIne .

Attend case 2. Bukak mata dik!
Menangis.
Apa jadi tadi? Tak jawab.
Sakit kat mana? Auww..

Huh parah ni.
GCS still full.
Shine torch kat mata. duh. Pupils tak equal. Belah kiri dilated 4. Kanan 3 reactive to light.
Tengok kepala. Duh. Still bleeding. Laceration wound dalam 3x5cm, exposing skull. Lahai.. kena buat CT brain ni.

Wei, ni case ape sebenarnya?

K lia baru lepas abis tengok Case BID. Inform mereka ni sume mangsa MVA ( Motor vehicle accident) versus lori!! Padanla semua parah.

Ok kena buat log roll. Ana kat kepala. Stabilise cervical bones. Yang lain check bruises ke bleeding lain ke kat occipital region.

Clear!

Tangan kanan ada bruise besar penumbuk. Left femur nampak deformed.

Ok. settle case ni. Isi borng xrays. Kena buat portable.

Bos Lutfi datang tengok case sekali. O my God, mmg bersepah keadaan dalam resus area. Tup2 maghi relatives patient. Nangis2. Kami terpaksa maklumkan seorang dah mati. 2 org lg rupanya mati on the spot.

Mereka semua rupanya naik avanza bertembung dgn lori di Binjai rendah. Dlm perjalanan selepas berbincang utk kenduri kahwin one of the anak Ahad ni.

Pengarah Hospital turun pulak sekali dengan Timbalan. Maklumkan yang MB Mat Said nak datang tengok. Besar jugak case ni.

MB mat said datang dengan reporter yang sibuk ambil berita campur tangkap gambar. Aisey, esok sure front page Harian Metro. Macam case mat rempit putus kaki n case budak 8 tahun kena raped 2 sepupu 12 n 11 tahun tu...

hm.. layan je la..

Tuesday, March 2, 2010

Mukhayam di Ulu Dungun


Seronok berendam di Ulu Dungun, Hutan Lipur Chemerong.
Tak sempat mendaki je sbb semalam buat nights .. nasib baik larat drive walaupun 5kali sesat dengan K.ani ke chemerong.,

Mari tidur ramai2 dalam khemah,.
Moga membina iman dan memantapkan ukhuwah antara kita.. amen..

p/s: rugi sape tak ikut..hehe

PANCANG TEKADMU JANGAN MUDAH MENGELUH

SABARlah wahai saudaraku
Untuk mencapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Bukan sekadar bongkah batu karang

YAKINlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-haq PASTI menang!

TANAM di hati benih iman sejati
Berpadu dengan JIWA RABBANI
TEMPA jasadku jadi pahlawan sejati!!
Untuk tegakkan kalimah Ilahi!!

PANCANG tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan AZAMMU semakin MENINGGI!!!
Kejayaan ISLAM bukanlah sekadar MIMPI
Namun JANJI ALLAH yang AKAN PASTI!!!!