My scribbles

Thursday, August 26, 2010

salam ramadhan

Alhamdulillah sbb dpt transfer ke kk skrang...at least dpt cuti raya...

Tp semalam dipanggil Dr ashaari aka bos baru Di pkd...kemungkinan besar Kena tukar ke kk paka..
Tak sure whether paka as lively as dungun...sedih sbb rasa betrayed...awal2 kata kat Kuala dungun tiba2 nk kena tukar plak..kena pindah sekali lagi...

I guess keja dgn gov Mmg payah nk dpt apa kita nak..tp yelah kita xleh nk dpt sume yg kite suke...

Sunday, August 15, 2010

Ambulance call

Tadi tengah keja tiba2 abi called. Nani anak Mak Jah ( tuan rumah sewa aka jiran sebelah) nak minta confirmkan Mak Jah..

Confirm death..

Rupanya lepas berbuka tadi Mak Jah dah sejuk, tak lagi bernafas. Nani datang ketuk rumah ingatkan ana ada di rumah untuk confirmkan status Mak Jah.

Sian abi terkocoh kocoh baru lepas berbuka terus gi tengok Mak Jah. Tapi disebabkan abang pun tak tau nak buat apa, called ana di hospital.

I consulted my MA ( medical assistant aka oaramedic) and arranged for ambulance call ke rumah. HO ikram pegi sekali utk confirm.

Elok2 sampai simpang Kubang parit ambulance berhenti tepi jalan sbb dah hilang punca nak cari jalan ke rumah, Nasib baik abang ada tunggu kat tepi simpang. Ana direct mereka utk terus masuk ke simpang dari call center,

Call call memang dah confirm Mak Jah meninggal. LED pun confirm asystole. Lepas confirm ambulance balik ke base.

Sungguh tak disangka.. innalillahi wainna ilaihi rojiun.. last time ana gi jumpa nak bayar duit sewa mmg kedua2 Mak Jah dan suami dah terlantar sakit di rumah mereka. Ada sorang maid indon mereka hire utk look after mereka. Anak 2 orang, sorang laki di KL, and sorang lagi nani. Nani dah kawin tapi takde baby lagi sbb suka sangat main kucing. Dah sekali dah gugur buat D+C. tapi mmg minat n sayang sangat kat kucing. Ana ada juga nasihatkan utk elak main kucing takut ada cytomegalovirus infection yang tak lekat tu.. tapi nani n kucing mmg sukar dipisahkan...

Pakcik @ ustaz @ husband Mak Jah terlebih dulu terlantar sakit sbb stroke. Ana personally ingat pakcik yang akan pergi dulu hence sangat terkejut bila jadi sebaliknya. But Mak Jah pun dah mmg terminal stage breast ca, completed chemo and half radio.. siap buat teknik keraton lagi untuk menyembuhkan sakitnya. Last sekali ana jumpa dia mengadu pain and stroke like symptoms kat dua2 belah kaki..i think dah mets ke bone dah time tu...

from Allah we came and to Allah we;ll return...

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Kareem..

Allahumma ballighna Ar-Ramadhon..
O ALLAH, sampaikanlah kami kepada ramadhan..

Alhamdulillah atas kenikmatan terulung dipersempatkan ALLAH untuk menimba sepenuh keampunan dan maghfirah dalam madrasah ramadhan,,

beberapa hari sebelum, dapat surat yang dinanti nanti, tukar ke PKD dungun,, alhamdulillah.

Discuss dengan bos, alas, xleh kuar lagi sbb MO tak cukup.. dlm cakap lainnyer bos kata try tangguh seminggu ke 2 minggu ke lagi..kalau tak kita tutup je casualty ni..isk,,

call Dr Ashaari ( PKD Dungun), ok boleh tangguh pertukaran SEMINGGU.. ok..

hence, duduk lagi kat sini.. tak tau lagi dapat KK mana ni,, doakanla yang terbaik,,

Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMU..
tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna tiada seri,,
Ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga..
tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kauthar,,

Tuhan.. hadiahkanlah rinduku kepada MU..
Tuhan kurniakanlah kasihMU kepada ku..
Moga kutahu syukurku adalah milikMU..

Ramadhan kareem..

Saturday, August 7, 2010

Six plan Gaza mission for Ramadan

Six plan Gaza mission for Ramadan

By LOH FOON FONG
newsdesk@thestar.com.my


BANGI: Six members of humanitarian group Aman Palestin Berhad will travel to Gaza to meet poor Palestinians during the fasting month to hand over RM500,000 in aid.

Aman Palestin chairman Abdullah Zaik Abdul Rahman said RM320,000 would be distributed to the Palestinians and RM160,000 would be used to buy three tonnes of medicine and two tonnes of infant formula.

He added that the funds were collected from donations by Malaysian individuals, corporations, government agencies as well as representatives of mosques and suraus.

Delivering aid: Abdul Rahman (centre) and some of his team members (from left) Zaim, Anas, Abdul Razak and Haezreena.


Abdullah said he and five others would leave on a flight to Egypt from KL International Airport at 10am tomorrow.

The team would travel by land to Gaza the following day after obtaining approval from the Egyptian authorities.

The others who would be joining him are Anas Abdul Wahab, Abdul Razak Kassim, Abdul Rahman Mt Dali, Zaim Shaari, and Haezreena Begum Abdul Hamid.

“Only medicine and infant formula can be brought into Gaza. Our convoy will have to go through 13 checkpoints, starting from the Rafah gate in Egypt to Gaza, before we can deliver the funds and goods to Aman Palestin officials already there,” he said here yesterday.

Abdullah said that during the first mission on June 24, the group successfully delivered RM320,000 worth of medicine and infant formula.

He said Aman Palestin would continue to organise aid missions, and called on Malaysians to continue their contributions towards the Pales­tinians.

Those interested can contact the organisation at 03-8926-7019 or e-mail amanpalestin@yahoo.com.

Monday, August 2, 2010

Anak cemerlang

"Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain". Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang,

Ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail