My scribbles

Sunday, November 30, 2008

Day Care



alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5274465518176878546" />

-beta thalassemia red blood cells -



-normal red blood cells -


Hari ni pergi ke Day care utk bantu patient paediatrics yang ada thalassemia.
Oh my God, ramainya budak2 kecil malaysia yang ada thalassemia.

Do u know what is thalassemia?

Thalassemia ni is a disease yang affect the folding of your red blood cells ( secara mudah cakapnya thalassemia ni adalah masalah genetic yang menyebabkan sel darah merah berbentuk lain dari normal. Ini akan affect fungsi dia utk mengangkut oksigen. Jadi kebiasaannya patient thalassemia ni akan dapat masalah kekurangan oksigen. Kesannya sbb mereka ni dilahirkan sejak dari kecil lagi dengan lipatan haemoglobin ( bahan asas dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen ) yang salah, maka mereka akan dpat beberapa syndrome:

Antaranya:
1- Thalassemia facies - muka yang stereotype utk budak2 thalassemia. Sekali tengok memang akan ingat punya la.

2-Anaemia - biasanya mereka ni akan kena amik blood transfusion sebulan sekali sbb nak top up sel darah merah mereka yang tak cukup tu. Sel darah merah mereka ni bukan saja tak normal, tapi akan senang pecah ( haemolyse). Jadi mereka ni biasanya akan develop jaundice ( kuning mata, badan ) sbb haemoglobin dalam sel darah merah tu akan bertukar jadi billiverdin dan billirubin. Billirubin yang banyak dalam badan akan deposited ( terserap) pada sel2 otak, buah pinggang etc yang akan menyebabkan sawan / terencat akal dsb .

3- Growth retardation ( pembesaran terbantut)
Seperti yang diceritakan di atas tadi, if vital organs etc otak, jantung, paru2, buah pinggang, hati , muscles tak dapat oksigen yang secukupnya, pembesaran budak2 thalassemia ni akan terbantut.

4- Hypersplenism ( spleen / limpa yang besar)
Sel darah merah yang telah mati akan disaring dan dituras keluar melalui limpa. apabila terlalu banyak sel darah merah yang mati, akhirnya spleen / limpa ni akan jadi besar. Ini akan menyebabkan sakit perut / senak / rasa kurang selesa di bahagian perut sebelah kiri atas. ( left upper quadrant pain ). Limpa yang terlalu besar akan menjadi hyperaktif. Iaitu dia akan makan sel darah merah dengan lagi cepat sbb bila dia dah makin besar, fungsi dia semakin hyper. Nape jadi macam tu? ALLAHua'lam. tapi begitula. So biasanya kita akan nasihatkan mereka untuk buat pembedahan buang limpa ( splenectomy ) kalau limpa dah terlalu besar.

dan lain/ ( tak larat nak type) banyak juga la tapi ni je yang dapat dipikirkan skrang.

Maka secara kesimpulannya, buatlah screening dulu sebaik2 nya sebelum kahwin if ada relatives yang ada thalassemia. BUkannnya apa, kalau boleh kita berusaha utk elakkan penyakit genetic yang banyak memakan masa dan belanja ni. Rakyat malaysia ni pun sebenanrnya dah sangat bertuah sbb kerajaan tanggung/ beri subsidi pada semua rawatan. Blood transfusion, iron dechelation agents ( sanagt mahal, rm 2000 sekali therapy. sdgkan patient perlu rawatan ni seumur hidup utk elakkan iron overload kesan dari multiple blood transfusion) dan etc. Itupun yang nak hairan nya, rakyat malaysia ni ramai yang tak nak ambil rawatan. Tak taulah kenapa kurang sangat kesedaran meraka ni.

Nway, begitulah.

Monday, November 24, 2008

Blog, dakwah, peluang by Ukhti Hazwani

Salam...mata tidak boleh lelap, lalu bermulalah episod melompat-lompat dari blog ke blog. Dari blogger yang dikenali, kepada blogger yang tidak dikenali, dan akhirnya kembali semula kepada blogger yang kita sangat kenali. Aah~kecilkan dunia ini? Sangat-sangat kecil.

Saya selalu berasa kagum dengan penulis-penulis blog yang dapat menyampaikan apa yang mereka rasa dengan sepenuh jiwa (saya dapat merasakannya), lebih-lebih lagi dalam menyampaikan dakwah secara halus. Saya suka! Saya pula, kadangkala selalu gagal menjadi begitu. Kata-kata saya sudah tumpul (dan seperti kata emak, saya suka bercakap menggunakan perkataan yang tidak tepat). Maaf ya emak.

Mereka bukanlah penulis tersohor yang memerlukan publisiti berlebih-lebihan. Pandangan saya, mereka senang merendah diri dan setiap daripada mereka punya 'peminat-peminat' tersendiri yang gemar bertandang sama ada yang tinggal dengan jejak ataupun beridentiti 'silent reader'. Mereka selesa berkongsi ilmu di laman web. Ada juga yang bermula dengan laman web peribadi bagi mengumpul kekuatan untuk berdakwah.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Ali Imran: 110)

Benar, umat Muhammad ini adalah sebaik-baik umat manusia; selalu berpesan-pesan kepada kebaikan. Namun, untuk berpesan-pesan dan berdakwah kini bukan mudah. Malah, ada golongan-golongan tertentu yang membuatkan dakwah ini semakin sarat dengan imej-imej hitam. dan yang paling menyedihkan, golongan yang memalitkan warna itu adalah dari kalangan kita sendiri. Justeru kita harus mempelbagaikan ruang dan peluang yang ada - sebagai strategi 'berpesan-pesan ini'.

Untuk itu, semoga saya bijak menggunakan ruang dan peluang untuk 'berpesan-pesan'.Moga juga, saya mampu menajamkan kata-kata saya yang tumpul ini. So, nak reinforce macamana ea? How to remedy?

1. baca banyak2 artikel yang bersifat fakta dan sejarah.
2. mempelbagaikan bacaan- tidak semata-mata tentang agama, make it wider (kena ambil tahu isu-isu global).
3. baca dan menganalisis keadaan politik (wah, ini sudah boleh jadi AR baginda ni.haha~saya tak pernah ingin ambil tahu tentang bab ini).. tapi bila saya berada di umur ini, saya kira saya boleh buat assume yang agama itu politik.
dan...politik itu seharusnya bersifat sihat, cuma kita saja yang selalu membuatkan dia tak sihat. kan?kan?kan?

KEMPER, Agro Semuji Gambang



Bersempena dengan kedatangan musim cuti persekolahan tahun ini, KRIM Terengganu dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) Zon Pantai Timur akan menganjurkan sebuah program kepimpinan remaja.

Daftar segera!!! Untuk mendaftar boleh hubungi/sms KRIM Terengganu di talian 019-6968269/013-9821983.

Zahratul Mutafattihah

Sujud di mihrab, istighfar di penghujung malam dan air mata munajat merupakan ciri khas orang mukmin.

Jika ahli dunia mengira bahwa syurganya terletak pada materi, wanita dan gedung yang mewah, maka sesungguhnya:

“Syurga mukmin terletak pada mihrabnya “

Sekalipun Allah telah menganugerahkan kepada manusia banyak hal yang diperbolehkan lagi halal dan mengecam sistem kerahiban akan tetapi orang mukmin mempunyai kesenangannya sendiri. Yaitu manakala ia menghadapkan diri kepada Tuhannya dengan jiwa yang bersih. Semua kesenangan yang diperbolehkan itu lenyap dan terkalahkan oleh kelazatan menghadap Tuhannya. Dia menjauhi banyak hal yang diperbolehkan itu agar kebersihan jiwanya terhindar dari pencemaran yang dapat mengeruhkan nuansa kejernihan ruhaniahnya.

Sikap tersebut telah dijalani oleh orang2 mukmin di masa lalu ketika kehidupan mereka masih sederhana dan juga telah dijalani oleh orang2 mukmin di masa sekarang, yaitu di masa peradaban yang sangat rumit ini.

Bahkan sesungguhnya peranan solat di masa peradaban yang sangat sulit ini, benar2 merupakan faktor yang dapat mengubah suasana menjadi penuh kesenangan. Hal tersebut dapat diredam oleh solat yang hanya memerlukan waktu beberapa saat sahaja, hingga merubah kehidupannya menjadi penuh ketenangan dan berhati lapang. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh Mushtafa Shadiq ar Rafi’i melalui ungkapan berikut:

Betapa besar hikmah ALLAH yang telah memfardhukan kepada kita solat ini menjadi beberapa waktu hingga ruh kita tetap berhubungan denganNYA atau selalu siap berhubungan denganNYA. Betapapun lemah jiwa seseorang bila dibekali dengan ajaran agama, pasti dapat menguasai dirinya dan menyedari akan kewajiban menyembah Tuhannya. Dia berdiri di hadapan Tuhannya dengan perasaan takut dan mengakui segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan olehnya. Dan setelah dia menjiwai solat yang difardhukan atas dirinya itu, setiap kali ia mengerjakannya, ia sedar bahwa sesudahnya ada solat lain yang harus ia lakukan selama beberapa saat. Demikianlah ia akan selalu ingat dengan solatnya, dan ia menjalani hidupnya dalam satu pola yang tidak dapat dirubah atau diganti dengan tekad yang kuat dan jiwa yang suci, Sehingga betapapun lama masa hidupnya secara keseluruhan terasa olehnya seakan-akan sangat singkat mengingat tugas yang dijalaninya hanya memerlukan waktu beberapa saat”

Lamanya kehidupan ini bersifat relatif.

Ia terasa sangat lama, menakutkan lagi penuh dengan kegelapan bagi orang yang jahil.
Tetapi ia terasa sangat singkat , mudah lagi penuh dengan nuansa yang terang bagi orang yang mengerjakan solatnya.

Kehidupan orang jahil adalah kebekuan yang terus menerus.
Sedangkan kehidupan orang yang mengerjakan solat dipenuhi oleh gerakan untuk menambah nilai kebenaran atau meluruskan penyimpangan.

Dengan demikian bererti kamu menghayati solatmu, dan tiada yang didapat oleh seseorang dari solatnya melainkan apa yang ia hayati dalam solatnya. Dengan mengerjakan solat bererti engkau bergabung kembali dengan kaum mukminin dan memisahkan dirimu dari kaum yang suka menimbulkan kerusakan. Itulah gerakan keimanan, kerana sesungguhnya iman yang sebenarnya adalah yang menggerakkanmu untuk setia bersama golongan kaum mukminin dan medorongmu utk memisahkan diri dari golongan yang lain.