My scribbles

Monday, November 24, 2008

Blog, dakwah, peluang by Ukhti Hazwani

Salam...mata tidak boleh lelap, lalu bermulalah episod melompat-lompat dari blog ke blog. Dari blogger yang dikenali, kepada blogger yang tidak dikenali, dan akhirnya kembali semula kepada blogger yang kita sangat kenali. Aah~kecilkan dunia ini? Sangat-sangat kecil.

Saya selalu berasa kagum dengan penulis-penulis blog yang dapat menyampaikan apa yang mereka rasa dengan sepenuh jiwa (saya dapat merasakannya), lebih-lebih lagi dalam menyampaikan dakwah secara halus. Saya suka! Saya pula, kadangkala selalu gagal menjadi begitu. Kata-kata saya sudah tumpul (dan seperti kata emak, saya suka bercakap menggunakan perkataan yang tidak tepat). Maaf ya emak.

Mereka bukanlah penulis tersohor yang memerlukan publisiti berlebih-lebihan. Pandangan saya, mereka senang merendah diri dan setiap daripada mereka punya 'peminat-peminat' tersendiri yang gemar bertandang sama ada yang tinggal dengan jejak ataupun beridentiti 'silent reader'. Mereka selesa berkongsi ilmu di laman web. Ada juga yang bermula dengan laman web peribadi bagi mengumpul kekuatan untuk berdakwah.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Ali Imran: 110)

Benar, umat Muhammad ini adalah sebaik-baik umat manusia; selalu berpesan-pesan kepada kebaikan. Namun, untuk berpesan-pesan dan berdakwah kini bukan mudah. Malah, ada golongan-golongan tertentu yang membuatkan dakwah ini semakin sarat dengan imej-imej hitam. dan yang paling menyedihkan, golongan yang memalitkan warna itu adalah dari kalangan kita sendiri. Justeru kita harus mempelbagaikan ruang dan peluang yang ada - sebagai strategi 'berpesan-pesan ini'.

Untuk itu, semoga saya bijak menggunakan ruang dan peluang untuk 'berpesan-pesan'.Moga juga, saya mampu menajamkan kata-kata saya yang tumpul ini. So, nak reinforce macamana ea? How to remedy?

1. baca banyak2 artikel yang bersifat fakta dan sejarah.
2. mempelbagaikan bacaan- tidak semata-mata tentang agama, make it wider (kena ambil tahu isu-isu global).
3. baca dan menganalisis keadaan politik (wah, ini sudah boleh jadi AR baginda ni.haha~saya tak pernah ingin ambil tahu tentang bab ini).. tapi bila saya berada di umur ini, saya kira saya boleh buat assume yang agama itu politik.
dan...politik itu seharusnya bersifat sihat, cuma kita saja yang selalu membuatkan dia tak sihat. kan?kan?kan?

No comments: