My scribbles

Friday, April 23, 2010

Runtuhnya moral di kalangan belia. Apa resolusi?


Gejala pembuangan bayi semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan statistic terbaru mempersembahkan 17,303 orang bayi baru lahir tanpa berbapa telah meninggalkan saya tercongak congak sendirian memikirkan.. apa sudah jadi pada masyarakat ini? Negara kecil Malaysia dengan kapasiti penduduk yang tidak sampai 25 juta tetapi mempunyai generasi tak bernasab seramai hampir 17 ribu orang... O Tuhan.. musibah apakah yang telah menimpa umat ini?

Helaian akhbar saban hari galak menyiarkan kes pembuangan bayi di merata rata. Ada yang dibuang sejurus selepas lahir, ada yang dibuang ke dalam tong sampah sehingga tiada yang sedar ia sudah hampir separuh terbakar…saya sendiri berpengalaman merawat salah seorang ibu bayi ini yang dapat ditangkap pihak berkuasa setelah meninggalkan bayinya di Masjid Terapung Kuala Terengganu. Bayi tersebut dijumpai mati dalam ruang solat wanita setelah hampir seharian ditinggalkan berbungkus dengan kain batik. Hasil rawatan mengesahkan wanita tersebut mempunyai beberapa kesan seperti baru melahirkan dan kini berhadapan dengan tuduhan membunuh buat pertama kali dalam kes buang bayi sepertinya di Malaysia.

Apa yang saya lalui sendiri di dalam mengendalikan kes kes perempuan mengandung luar nikah, perlakuan seks di bawah umur, keganasan rumahtangga (domestic violence) sangat mendukacitakan. Bukan saja hampir saban hari kes- kes seperti ini singgah di kecemasan, tetapi juga sikap pesakit-pesakit ini tak ubah seperti ‘alah bisa tegal biasa’. Saya cuba untuk melakukan beberapa pendekatan ‘lembut’ dalam usaha untuk menginsafkan mereka dalam 10-15minit konsultasi tapi hasilnya masih kurang memuaskan. Boleh saya katakan kebanyakan daripada remaja –remaja ini kelihatan ‘tegar’ dengan maksiat dan tiada usaha untuk melepaskan diri dari lingkungan kawan kawan yang tidak baik. Bila didengarkan nasihat dan teguran, ada yang sekadar menunduk tanpa apa-apa perasaan atau sekadar tersengih-sengih sendirian.

Saya tidak mahu untuk mengambil sikap buruk sangka terhadap semua mereka yang terlibat dalam kancah maksiat seperti ini. Tetapi kita juga harus mempunyai semangat dakwah yang tinggi untuk menyedarkan sekaligus memelihara generasi hadapan daripada terjebak dalam masalah kebejatan sosial seperti ini. Antara yang dapat kita lakukan adalah dengan bermula dari diri kita sendiri. Siapkan dirimu dengan senjata iman.

Berbicara mengenai iman, kebanyakan daripada kita merasa selesa dengan keadaan iman di waktu dulu. Sehinggakan tidak ada DAYA USAHA untuk terus menerus meng’upgrade’ iman dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan diri tidak ada ketahanan untuk berhadapan dengan arus jahiliyah yang berlegar di sekeliling masyarakat moden ini. Cuba anda bayangkan begini.. seorang kanak-kanak dengan ke’teloran’ bahasanya bercakap sambil memegang mainan baru. Dia terus menerus dalam ke’pelat’an bahasa ‘telor’nya bercakap sehingga ke sekolah menengah. Bukankah dia nanti akan menghadapi masalah untuk bergaul dengan rakan sebayanya? Mungkin sahaja dia akan diejek oleh temannya kerana tidak mahu mencuba MENGUBAH ‘telor’ bahasa kanak-kanaknya kepada dewasa. Mungkin sahaja dia akan stress sendiri dengan keadaan dirinya yang tidak berubah ke arah kedewasaan dan kematangan.

Begitu juga halnya dengan iman..

Iman sepertimana dihuraikan oleh Sayid Qutb di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran..bersifat dinamik dan progresif. Ertinya iman menjadikan seseorang itu semakin maju dalam membaikkan dirinya. Seorang muslim yang beriman tidak akan membiarkan dirinya terus menerus leka dalam maksiat melainkan dia sendiri mengambil iltizam untuk membaikkan dirinya.

Dia berusaha untuk solat berjemaah setiap masa di masjid atau surau, bercakap benar, memperbaharui hafazan dan memperelokkan ibadah hariannya, bergaul baik dengan kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga, beriltizam dengan akhlak muslim yang soleh.. Begitu juga dengan seorang muslimah yang solehah.. dia akan sentiasa berusaha untuk solat di awal waktu, menutup aurat mengikut caranya yang betul, beriltizam dengan akhlak islam yang baik, melengkapkan diri dengan hafazan dan bacaan Al-Quran dan sebagainya..

Adakah semua itu cukup untuk menjamin kita daripada terselamat daripada gejala kebejatan sosial di sekeliling kita?

Masih tidak cukup.. seandainya tidak ada perasaan ingin menasihati orang lain di dalam hati kita. Ini kerana tidak ada gunanya seorang muslim itu soleh sendirian sedangkan di sekelilingnya dipenuhi orang orang yang jahat yang berpotensi untuk mengajaknya kea rah kemungkaran. Perkara paling utama yang perlu dilakukan adalah bergaul dengan kawan-kawan yang ada di sekelilingnya dan beruasaha untuk memperbaiki mereka sepertimana kita memperbaiki diri kita.

Sememangnya sukar untuk kita bermula melakukan perubahan didalam diri dan mereka yang berada di sekeliling kita. Tetapi dengan melihat apa yang terjadi saban hari, kita harus bermula…suka atau tidak.. bermula dengan kaedah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dalam menegakkan islam di muka bumi ini.. Yakinlah, apabila seorang muslim /ah itu berniat untuk melakukan kebaikan, ALLAH telah terlebih dahulu memberikan ganjaran pahala yang banyak kepadanya. Maka berusahalah.. untuk memperbaiki dirimu …dan rakan-rakan di sekelilingmu.. agar dapat kita sama-sama menghindari kemelut kerosakan akhlak yang semakin hari semakin membimbangkan ini.



Thursday, April 22, 2010

Chicken with lemon sauce

nampak macam ter'banyak' lemon la plak..

masak lagi..wah banyaknya entry masakan.Sememangnya memasak hobi baru..hehe

hari ni surf lagi..dapat resepi AYAM BERSOS LEMON..hey, macam best aja..jom try!

1) Perap ayam dengan serbuk pati ayam + lada sulah selama 10mins. (fuh, mmg cepat)
2) Salut ayam dengan tepung jagung + telur and Goreng.. (siap!)

3) Buat sos pulak.
-Perah 2 biji oren sunkist. (if takde lemon)
-Potong kecil2 satu biji oren.
- Bancuh tepung jagung dengan air.. sikit sudahlah.. sekadar nak pekatkan kuah oren tu je.
-Letak sikit serbuk pati ayam.
-Letak cili api sikit ( 2/3 biji)
-Tumbuk bawang+ bawang putih+ halia--> tumis hingga wangi.
Then campurkan dengan perahan oren, tepung jagung, letak juga sedikit gula dan garam..
Masak hingga mendidih..


Tuangkan di atas ayam yang telah digoreng tadi..

SIAP!!


gaya syifa' yang menangis nak mintak dokong walaupun ummi depan mata..



Hidangan untuk keluarga sebelum keluar kerja malam ni ..isk ..meh syifa' gi umah mok mek..


hakim mengadili masakan bersama chef kenit..

Matbakh!

Hari yang best untuk mengasah bakat memasak yang sekian lama terpendam.

Dapat cuti straight dua hari so decide nak buat surprise kat abi *wink wink*

Nak masak ...AYAM KUNG POU!

Caranya sangat mudah .. tapi barang2 dia kena shop dulu di Giant.
Syifa' dibawa kesana kemari dengan pram mengelilingi Giant mencari barang2 masakan. Sukenye.

So tidurkan syifa; dulu ATAU biarkan saja dia menangis di tepi pagar dapur...

1) Salut ayam dengan tepung jagung n garam.. goreng..

2) Potong capsicum ( i bought red and green capsicum to make it beautiful) Diced them.. letak sebelah.

3) Tumis bawang merah + bawang putih + halia ( tumbuk) sampai naik wangi.

4) masukkan capsicum n ayam goreng.

5) Letak 3 sudu oyster sauce n chillie sauce. Mix them together.

6) Letak cashew nuts. Owh I like!


Siappp!!

Now for the main meal.. NASI CARROT.

1) Diced 1 cup of carrot. (Whats up duck..ciap ciap ciap..)

2) Minyak sapi 1.5 sudu besar. Goreng cabai burung + bawang besar n putih + halia + bunga lawang + bunga cengkih + pelaga sampai wangi.

3) tuangkan susu cair 1 cup.

4) TOs kan beras.

5) Mix all the benda2 di atas dalam rice cooker. Then masak kat rice cooker..

SIAPP!!


Now here is the beautiful cuisine..ready for the 2 lovebirds and their offspring..


Monday, April 19, 2010

Soto buatan tangan sendiri

Semalam telah dapat satu resepi yang menarik untuk dicuba.. *wink wink*

Bersembang dengan K.azlina, doktor yang tengah buat A+E posting for FMS (family medicine) training.. tak sangka dapat pencerahan agung untuk memakmurkan dapur ku.. hehe..

Senang je rupanya buat soto ni..

ikut kata k.azlina..

1) Rebus je dulu ayam2 tu..

2) pastu buat kuah soto.. ( huhu.. sbb ana takde perencah soto kat rumah, so lets make soup ayam saja. No big deal!

3) Pastu rebusla taugeh ( haik, tak suke taugeh atau taukeh..so tak nak)

4) Buat begedil.. ( huhu.. i love this part..rupanya ia sangat mudah)
-Goreng kentang
-Tumbuk kentang
-TUmbuk bawang goreng
-Hiris daun bawang
-Letak minced meat
-Campurkan semua skali..kepal2 buat bulat lepet..goreng brsama telur.

Syifa' nangis2.. tak mo duk dlm playpen. Walaupun ummi depan mata still nangis leleh2 air mata. So mau tak mau maka ku gendong la anakku di tangan kiri sedang tangan kanan asyik mengepal begedil.. huhu





5)Nasi impit
K,az kata dia buat guna yang segera punya.. oleh kerana takde..maka marilah kita himpitkan saja nasi yang baru masak tu.. Jadi lah nasi impit.. yeye

so lps bergelumang di dapur bersama ukhti syifa', ummi telah sempat siapkan juadah enak untuk abi sebelum masuk keja kul 3pm.

I present to you TARAA..

Soto Kubang Parit special ( dibikin oleh u_syifa' and syifa')



Fa sabrun jameel..

Takziah kepada Syatirah atas pemergian nenda tercinta di Bachok, Kelantan..

Moga ALLAH menempatkan ruhnya di kalangan orang2 yang soleh.. amen





We are here to support you.. :))


Monday, April 5, 2010

I LIKE !!!



Sabarlah wahai saudaraku,
Untuk menggapai cita,
Jalan yang kau tempuh sangat panjang,
Tak sekadar bongkah batu karang..

Yakinlah wahai saudaraku,
Kemenangan kan menjelang,
Walau tak kita hadapi masanya,
Tetaplah Al-Haq pasti menang...

Tanam di hati benih iman sejati,
Berpadu dengan jiwa Rabbani,
TEMPA JASADKU JADI PAHLAWAN SEJATI,
Untuk TEGAKKAN KALIMAH ILAHI

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh,
Pastikan azammu semakin meninggi,
Kejayaan Islam bukanlah sekadar mimpi,
Namun janji ALLAH yang akan pasti!

Amen