My scribbles

Saturday, May 23, 2009

Our greatest gift from ALLAH - Syifa' Al Hayah ( Syifa'ul Hayah )

16 Mei 2009:
Last checkup di hospital Pusrawi KL under Dr Habibah. VE jalan dah buka 1cm. Mahu tak mahu if takde symptoms and signs of labour ( irregular contraction pain, show/ leaking/ reduced fetal movement) terpaksa datang semula pada 20/5/09 utk di induce.

20 Mei 2009:
Contraction pain ada tapi memang tak regular. Terpaksa datang ke Pusrawi utk admission for induction of labour ( IOL) pada 21/5/09 (elok2 waktu EDD). Datang agak lewat dalam pukul 10pagi. Tapi kaunter kata Dr Habibah suruh terus ke labour room utk buat CTG ( cardiotochogram) dan time contraction. Terkejut sampai termenangis sekejap sebab tak sangka nak ke labour room. Di tolak masuk ke labour room dengan wheel chair.

CTG showed contraction ada tapi mild and irregular, dalam 1 contraction in 10 mins. Heart rate baby cantik, dalam 130bpm. CTG pun reactive ( BHR 130, takde deceleration, ada acceleration dan good beat to beat variability). Alhamdulillah.

Dalam kul 2pm, Dr Habibah datang and tanya option - either nak induce pakai prostin ( prostin adalah prostaglandin synthetic yang akan dimasukkan ke posterior fornix cervix to ripen the cervix ) atau await natural birth sampai esok pagi. If not esok pagi akan induce pakai pitocin je.

I chose to wait for natural birth. So terus di di wheel ke antenatal ward As-Saa'dah, bilik 4.

21/5/09 - 1.00am
start contraction pain. SROM pukul 1.30am sekali dengan show. terus di wheel ke labour room Ar-Rahmah.

VE nampak jalan buka 3cm.
Alhamdulillah good progress by pukul 5am dah buka 6-7cm. Sakit tak terkata. Minta nubine ( pain killer). Sebelum tu buat breathing technique kak nor. Memang berkesan, cuma ingatkan sakit boleh lebih tolerable dengan pain killer. Lepas bagi pain killer, kepala pening dan pusing sedangkan sakit tak berkurang pun.

6.30am.
Os fully dilated. Memang bergema lah the whole labour room dengan doa Laailahailla anta, subhanaka inni kuntu minaz-zolimin. ( baca sekali dengan abi walaupun suara dah berubah sebab sakit sangat)

Akhirnya after few goood strong pushes , kepala baby pun keluar.
Sakit bersalin lebih sakit dari episiotomy yang dibuat. Cord round neck x1 tight. baby kuar blue tapi vigorous. baby tak nangis masa lahir. Hanya bersuara after a few mins. alhamdulillah. Tepat 0743am.

still rasa nak buang air besar yang amat. Rupanya placenta baru nak kuar. Lepas kuar placenta baru rasa lega.

Pengalaman di jahit episiotomy tidaklah sesakit bersalin. Di beri enthonox gas utk kuraangkan pain masa jahit. Tapi bertambah pening kepala lagi.

MasyaALLAH, suatu pengalaman yang menginsafkan. To ALLAH we submit ourselves.


-20/5/09- light walking to self induce labour di PUSRAWI



-Syifa' Al Hayah - few hours after birth


- First kiss abi to syifa' after iqamah and tahnik


-Opah Ummi and Syifa'


-Embah, Tuk Wan, Pak Chu and syifa'

Tuesday, May 12, 2009

Comfort zone

Kembali ke dakapan keluarga sementara menghitung hari menjelang EDD..

Antara orang awal yang memanfaatkan pekeliling baru utk pegawai kerajaan wanita - dibenarkan utk mengambil cuti bersalin 2 minggu (14 hari) lebih awal daripada EDD bermula 1/5/09. Tak perasan pun pekeliling ni asalnya. Tapi Bos Lutfi yang mencadangkan ambil instead of guna cuti rehat. Alhamdulillah rezeki baby utk ummi rehat jap dari ke'panasan' bekerja dan tak henti2 bergerak di triage.

Bila di selayang teringat zaman2 HO di hosp belakang rumah aka hosp selayang.
Seawal 6.50am akan keluar rumah dengan qaswak dan akan memulakan siri2 'perawatan' aka morning round.

Surgical posting .. O+G posting and medical posting..

I wonder how i'd survived.

Hows my life change from being a medical student to a doctor and currently as a wife and an ummi to be!

All praise to ALLAH!

UmmiWaled still melayan seperti menatang minyak yang penuh. Waled tak pernah jemu2 belikan apa yang teringin. Makanya baby habiby membesar 0.27kg from earlier weight.

I'm gaining my normal appetite again.
By looking people around me eating aka waled, ummi, amir, uzair, along.. my appetite grows to its norm again.. alhamdulillah.

But its really hard to ascertain time to meet abi.
And i know quite hard for abi to take leave.
Mujahadah.

Dan sekarang sdang membiasakan diri buat light exercise - berjalan - tak kisahlah berjalan2 di taman tasik ke atau hanya di sekeliling apartment selepas nearly setahun bersama 'orang baru' di tempat 'baru'.

For all ummi - to -be out there.. make sure at least kita buat light walking 10mins/day to ease the birth process. (eventho skrang dah bercuti )

Lets share some tips for the birthing process:

1- Lakukan exercise pernafasan. Firstly baring di atas katil. ( actually bila dah late trimester ni tak berapa bagus baring secara menelentang. Perut yang besar akan tekan inferior vena cava ( pembuluh darah besar di bahagian belakang badan) menyebabkan sesak nafas ). Lebih baik baring mengiring atau letak bantal di bawah perut dan belakang utk keselesaan. Kemudian concentrate pada salah satu bahagian badan. Imagine enti ingin mengangkat satu benda berat di bahagian tangan. Tarik nafas perlahan2 dan tahan selama seminit. Kemudian lepaskan nafas perlahan2 utk melepaskan benda berat tersebut.

Lakukan selama 10-15mins. InsyaALLAH dapat membantu mengawal kesakitan semasa berhadapan dengan contraction pain. So try not to scream when you have your contraction pains. Relax and do your breathing techniques. - tips dari K. nor hehe.

2- Utk elakkan stretch marks pada perut yang semakin besar, elok sapukan minyak zaitun pada seluruh perut bermula dari kandungan berusia 5 bulan lagi. Ini juga bagus utk mengelakkan kegatalan ( itchy ) disebabkan stretch marks. -tips dari K. nor juga .. :)


3- Sentiasa ingat utk zikrullah dan baca al-quran selain minta dengan ALLAH to ease the delivery. Ingatlah segala kesakitan itu adalah utk kaffarah dosa2 kita..

Happy Ummi's Day

KBAZ di Utusan

*Bantu Palestin secara berterusan*

KUALA LUMPUR 9 Mei - Segala tindakan bertujuan membantu rakyat Palestin
perlu dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim kerana penindasan
Zionis ke atas mereka tidak pernah berhenti.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, sebagai contoh langkah memboikot
barangan buatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang sepatutnya diperhebat
serta dipromosikan sehingga sekarang.

Beliau berkata, usaha tersebut sebenarnya merupakan salah satu bentuk jihad
kerana ia adalah tanda sokongan umat Islam negara ini terhadap perjuangan
rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis.

''Makna jihad ialah berusaha bersungguh-sungguh dan orang yang mahu berjihad
tidak semestinya mengangkat senjata.

''Salah satunya ialah dengan memberi bantuan sama ada dalam bentuk material
atau memberi sokongan padu terhadap perjuangan mereka,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Konvensyen
Berakhirnya Agenda Zionis di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) di sini hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad dan Persatuan
Belia Islam Nasional (Pembina).

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad, Abdullah Zaik Abdul
Rahman dan Presiden Pembina, Kamil Azmi Tohiran.

Konvensyen itu berjaya menarik minat 3,000 belia dari seluruh negara untuk
bersama-sama menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Dalam perkembangan sama Juanda berkata, beliau percaya jika sesuatu tindakan
atau kempen itu dilakukan secara berterusan, masyarakat akan sentiasa ingat
terhadap penderitaan rakyat Palestin

Selain boikot, beliau berkata, membaca doa khusus untuk rakyat Palestin
setiap kali imam membaca khutbah Jumaat adalah salah satu bentuk sokongan
yang harus dilakukan secara berterusan.

''Di Perlis, semua masjid pada setiap Jumaat dikehendaki membaca doa khusus
untuk rakyat Palestin. Kami berdoa pada Allah agar mereka satu hari nanti
bebas daripada cengkaman Zionis.

''Kami berasa bertanggungjawab untuk berdoa kerana kebanyakan rakyat
Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis adalah di kalangan saudara
seagama,'' katanya.

Sementara itu Abdullah Zaik berkata, pihaknya akan sentiasa menggerakkan
usaha untuk memberi kesedaran khususnya di kalangan generasi muda mengenai
isu Palestin.

''Kita perlu menyatakan kepada mereka yang kita tentang ini ialah puak
zionis dan bukan bangsa Yahudi. Zionis yang kita maksudkan ini ialah
kerajaan Israel.

''Langkah itu penting supaya mereka tidak terkeliru dengan isu yang
melibatkan rakyat Palestin,'' tambahnya.

Sunday, May 3, 2009

Fish Hook

Semalam kerja di green triage. Angkat2 kad atas meja tengok dulu presenting complaint " caught by fish hook". Ni kes ape la pula ni. Ambil microphone and called patient in. Patient walked in without difficulty. Dalam hati, " sihat je patient ni, siap pakai subang sebelah telinga lagi".

So tanya patient " ape problem ye harini?"

patient pun jawab" ni telinga n tengkuk saya kena mata kail. Masa kawan saya nak baling kail, tersangkut kat saya.."

MasyaALLAH, tengok betul2 balik, betullah. Subang yang ana sangka tadi rupanya mata kail ikan...



hmm.. terpaksa la buat minor procedure kat patient. Bg skit im voltaren 50mg stats,then covered with IM ATT 0.5mg stats, kitorang pun removed the fish hook under LA


keluarkan hook yang belakang dulu... tarik pelan2..rupa2nya ada sayap hook dia..


keluarkan yang kat telinga pula..diam ya..


guna scalpel ..


at last..


Discharged patient with T cloxacillin 500mg QID x 1/52 and T PCM 1g PRN

Friday, May 1, 2009

sedih,,,

sangat sedih sebab tak dapat ikut konwanis..
last minute sangat mereka kata tak cukup orang kat department..my cuti tak dapat diluluskan walaupun bos Lutfi dah bagi green light..

imagine selepas try tonggang terbalik kan roster n puas pujuk semua orang utk ambil my shift... still tak berjaya..

isk.. ALLAH knows better..

probably ada hikmah yang kita sendiri tak tau.. ALLLAHu'alam..

Labour day yang terpaksa melabourkan diri.

drfatiha
Accident & Emergency Dept, Hosp Sultanah Nur Zahirah
K tganu