My scribbles

Monday, June 15, 2009

Inalilllahi wainna ilaihi roji'un

Ustaz Fathi Yakan yang terkenal dengan bukunya "maza yakni fil intima'il islam" and pelbagai makalah dakwah telah kembali ke rahmatullah - Al-jazeera.net

Al fatihah..

macam2 ..


tidak puas hati dengan apa yang telah diciptakan, mahu enjoy life to the fullest.. antara sebab mengapa ada segelintir manusia yang sanggup menggadaikan harga diri ( apatah lagi kesihatan) utk mengikut hawa nafsu.

ulaa'ikallaziina tobaa'ALLAHu 'ala quluubihim wattaba'uu ahwaa ahum.. mereka itulah yang hati2 mereka telah di kunci ALLAH dan mereka mengikut hawa nafsu mereka..

Actually pil perancang ni atau nama lain OCP ( Oral contraceptive pills) ada macam2 jenis. Kita classkan ubat2 ni ikut kandungan hormon oestrogen and progesterone yang ada dalam pil2 ni utk mencegah kehamilan. Camne dia bertindak ana takkan elaborate sbb apa yang nak di highlightkan di sini adalah mengapa mak nyah2 ni ambil jalan mudah utk transform diri mereka jadi pondan sesuka hati.

Oestrogen memang diperlukan dalam badan seorang wanita yang normal utk pembentukan ciri2 luaran seks sekunder. Dikatakan sekunder ( secondary sexual development) adalah kerana asalnya hormon ni diperlukan utk pembentukan ovum dan kawalan reproduction system wanita--> primary reproduction system).

Estrogen dihasilkan dalam badan wanita daripada bahan asasnya iaitu cholesterol. ( sebab itu mereka yang terlalu kurus / tak cukup weight contoh cam girls ballet atau bullemia seringkali ada masalah haid tak datang atau istihadah. At least kena ada 18% fat dalam badan before u can get a period) Lepas tu cholesterol ni kena tukar jadi progesterone ( another female hormone) then jadi testosterone sebelum jadi oestrogen. ( ni cakap mudah ni sebab asalnya seperti gambarajah di bawah ini)



Nak dimudahkan cite kesemua hormon2 penting estrogen, testosterone and progesterone ada dalam badan kedua2 lelaki n perempuan. Yang mana level hormon yang lebih tinggi itulah yang sebenarnya menentukan pembentukan sekunder lelaki atau perempuan. Sebab tu setengah perempuan ada fasa tak dapat kulit lembut ,berjerawat, bersifat agak keras, bentuk badan straight--> kemungkinan besar dalam badan mereka ada banyak testosterone daripada estrogen. Tapi semua tu boleh dinaturalise semula apabila perempuan tu kembali pada fitrah dia seperti berkahwin, mengandung bersalin menyusukan anak etc. Cantik kan sunnatullah tu.

Ada tapi pada ter'lebih'nya hormon estrogen dalam badan..


Estrogen boleh menggalakkan breast cancer, endometrial cancer (cancer rahim) if diambil secara berlebihan. Sebab itu mereka yang sudah menopause dan ada family history cancer tidak digalakkan utk mengambil hormonal therapy kerana boleh dapat cancer.

idea maknyah ni makan OCP utk transform diri mereka jadi ferempuan adalah sia2 sbb hanya akan increase risk mereka utk dapat cancer.

I dont know mengapa setengah orang bercita2 utk ambil idea cross gender macam ni.. isu mak nyah/ lelaki lembut / jambu memang menjadi bualan hangat sekrang.., terutama di IPTA/s. Agaknya mereka tidak mahu terbeban dengan tanggungjawab yang kena pikul if jadi lelaki. Mereka tidak tahu bahwa jadi perempuan juga tidak kurang payahnya. If anak lelaki diharap utk ke hutan mencari kayu api ( jangan cakap lagi soal jihad atau menjadi mujahed pembela ummah) anak perempuan juga diharap utk mengurus rumah tangga yang bermacam2 hal.

Rabbatul bait vs mujahideen

sama2 payah..

Tapi jika menjadi mak nyah, takde apa yang boleh dipikulkan sebab orang either ingat u perempuan , atau setelah 2 3 kali pandang macam lelaki lah pulak ( hehe maknyah takleh sorok tengkuk yang besar n saiz badan yang tak proportionate) atau ingat u tak betul ( psychiatric disorder) sehingga terlepas dari memikul tanggungjawab.

So golongan ini tidaklah bermasalah cuma mereka adalah a bunch of bandits yang nak lari dari tanggungjawab!


Di mana harus dicari rijal pembela ummah?

Telan pil perancang jadi wanita

KUALA LUMPUR 14 Jun – Obses untuk menjadi ‘wanita’, golongan lelaki lembut dan mak nyah kini cenderung makan pil pencegah hamil kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya ia boleh merealisasikan impian mereka menjadi wanita.

Mereka beranggapan, amalan pil perancang boleh merubah tubuh menjadi seperti ‘wanita’. Payu dara membesar umpama gadis. Kulit yang kasar akan menjadi halus dan gebu. Suara parau boleh bertukar merdu serta lunak. Otot-otot sasa pada badan bakal pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.

Trend mengambil pil pencegah hamil sebagai alternatif ‘bajet murah’ untuk memiliki tubuh seperti ‘wanita’ ini dikatakan sudah menjadi amalan golongan itu sejak lima tahun lalu.

Ubat-ubat tersebut bukan sahaja diambil oleh golongan mak nyah dan lelaki lembut berusia lebih 40-an tetapi sudah menular di kalangan mak nyah yang masih menuntut..

Mereka tidak takut ‘mempertaruhkan nyawa’ serta menjadikan tubuh sendiri umpama ‘bahan uji kaji’ dengan mencuba pelbagai jenis pil pencegah hamil.

Pemantauan Utusan Malaysia mendapati terdapat lebih 50 jenis ubat pencegah kehamilan jenama popular yang dijual secara bebas di farmasi dan kedai runcit.

Antaranya ialah Nordette, Microgynon 30, Gynera, Marvelon,Nordiol, Rigevidon, Minutet, Mercilon dan Jasmine.

Harga ubat-ubatan tersebut cukup murah iaitu cuma RM9.90 untuk 30 kapsul.

Ada juga menggunakan ubat pencegah hamil yang dijual di pasar malam dan kaki lima oleh warga asing.

Walaupun belum ada perangkaan terkini jumlah mak nyah di negara ini, namun pada Julai 2005, Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun ada menyatakan jumlahnya kira-kira 10,000 orang.

Bilangan tersebut diperoleh daripada kajian yang pernah dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia.

Ekoran sikap `terbuka’ masyarakat terhadap mak nyah, golongan tersebut kini dilaporkan semakin meningkat dan mereka semakin teruja untuk memiliki tubuh wanita bagi melengkapkan lagi penampilan supaya mudah mencari pasangan hidup.


Ya ALLAH, lindungilah kami daripada fitnah akhir zaman..

Monday, June 8, 2009

1st anniversary Abu Syifa' and Ummu Syifa'

Puteri solehah mujahidah ansorullah..
..the believers are only those who when ALLAH is mentioned, feel a fear in their hearts and when His Verses are recited unto them the increase their Faith and they put their trust in their Lord ( alone) - Al anfal: 2


Alhamdulillah.. today is our first wedding anniversary. Alhamdulillah, all praise to ALLAH for the greatest gift for the anniversary.

Syifa Al Hayah Bt Mohd Nasrul Muhaimin
Day 18 of life
Syifa' Al Hayah: "To Abi and Ummi, please stay focus and strive in the course of Allah"


It's still a long way to go for us.... as what Imam Syaheed Hassan Al Banna mentioned in "maratibul amal"
  1. Fardhul Muslim (peribadi muslim)
  2. Baitul Muslim (keluarga muslim)
  3. Irsyadul Mujtama' (membimbing maysarakat)
  4. Tahrirul Wathon (pembebasan watan Islam)
  5. Islahul Hukumah (pembaikan pemerintahan)
  6. Khilafah Islamiyah (khilafah Islam)
  7. Ustaziatul Alam (pembimbing alam/dunia)
Syifa' Al Hayah is part of the "big project". -Abu Syifa'


O you who believe! Betray not ALLAH and His Messenger nor betray knowingly your Amanat.. and know the possessions and your children are but a trial and that surely with ALLAh is a mighty reward..

O you who believe! if you obey ALLAH He will grant you Furqan and will expiate your sins and forgive you, waALLAHu zul fadhlil a'zeem......- 8:27-29