My scribbles

Sunday, November 30, 2008

Day Care



alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5274465518176878546" />

-beta thalassemia red blood cells -



-normal red blood cells -


Hari ni pergi ke Day care utk bantu patient paediatrics yang ada thalassemia.
Oh my God, ramainya budak2 kecil malaysia yang ada thalassemia.

Do u know what is thalassemia?

Thalassemia ni is a disease yang affect the folding of your red blood cells ( secara mudah cakapnya thalassemia ni adalah masalah genetic yang menyebabkan sel darah merah berbentuk lain dari normal. Ini akan affect fungsi dia utk mengangkut oksigen. Jadi kebiasaannya patient thalassemia ni akan dapat masalah kekurangan oksigen. Kesannya sbb mereka ni dilahirkan sejak dari kecil lagi dengan lipatan haemoglobin ( bahan asas dalam sel darah merah yang mengangkut oksigen ) yang salah, maka mereka akan dpat beberapa syndrome:

Antaranya:
1- Thalassemia facies - muka yang stereotype utk budak2 thalassemia. Sekali tengok memang akan ingat punya la.

2-Anaemia - biasanya mereka ni akan kena amik blood transfusion sebulan sekali sbb nak top up sel darah merah mereka yang tak cukup tu. Sel darah merah mereka ni bukan saja tak normal, tapi akan senang pecah ( haemolyse). Jadi mereka ni biasanya akan develop jaundice ( kuning mata, badan ) sbb haemoglobin dalam sel darah merah tu akan bertukar jadi billiverdin dan billirubin. Billirubin yang banyak dalam badan akan deposited ( terserap) pada sel2 otak, buah pinggang etc yang akan menyebabkan sawan / terencat akal dsb .

3- Growth retardation ( pembesaran terbantut)
Seperti yang diceritakan di atas tadi, if vital organs etc otak, jantung, paru2, buah pinggang, hati , muscles tak dapat oksigen yang secukupnya, pembesaran budak2 thalassemia ni akan terbantut.

4- Hypersplenism ( spleen / limpa yang besar)
Sel darah merah yang telah mati akan disaring dan dituras keluar melalui limpa. apabila terlalu banyak sel darah merah yang mati, akhirnya spleen / limpa ni akan jadi besar. Ini akan menyebabkan sakit perut / senak / rasa kurang selesa di bahagian perut sebelah kiri atas. ( left upper quadrant pain ). Limpa yang terlalu besar akan menjadi hyperaktif. Iaitu dia akan makan sel darah merah dengan lagi cepat sbb bila dia dah makin besar, fungsi dia semakin hyper. Nape jadi macam tu? ALLAHua'lam. tapi begitula. So biasanya kita akan nasihatkan mereka untuk buat pembedahan buang limpa ( splenectomy ) kalau limpa dah terlalu besar.

dan lain/ ( tak larat nak type) banyak juga la tapi ni je yang dapat dipikirkan skrang.

Maka secara kesimpulannya, buatlah screening dulu sebaik2 nya sebelum kahwin if ada relatives yang ada thalassemia. BUkannnya apa, kalau boleh kita berusaha utk elakkan penyakit genetic yang banyak memakan masa dan belanja ni. Rakyat malaysia ni pun sebenanrnya dah sangat bertuah sbb kerajaan tanggung/ beri subsidi pada semua rawatan. Blood transfusion, iron dechelation agents ( sanagt mahal, rm 2000 sekali therapy. sdgkan patient perlu rawatan ni seumur hidup utk elakkan iron overload kesan dari multiple blood transfusion) dan etc. Itupun yang nak hairan nya, rakyat malaysia ni ramai yang tak nak ambil rawatan. Tak taulah kenapa kurang sangat kesedaran meraka ni.

Nway, begitulah.

1 comment:

ibnatu muhtar said...

askm, akak, menarik post akak kali.. penyakit thalassemia ni mmg sbb keturunan ke? kalau yg kena selepas beberapa kali menderma darah? sebelum tu ok.. how 3x?