My scribbles

Wednesday, March 10, 2010

Devastating

arinih tengah rileks2 tengok case di yellow, tiba2 maghi 3 cases serentak ke red zone. Case 1 perempuan separuh abad dah biru. check pulse dah takde. BID (brought in dead). Case 2 budak lelaki 8 tahun muka penuh darah dengan menjerit2 sakit. Terus di tolak ke red hujung. Case 3 perempuan muda gigi semua abih tercabut dengan kepala still bleeding.

Uish, case gapo ni?

Ana terus attend budak 8 tahun yang sedang menjerit2. Assess GCS 14/15. Eyes open to call (3/4), verbally talking (5/5), motor following command (6/6). Sibuk tanya adik nama apa? Wahab !! antara dengar tak dengar adik tu kata nama dia Wahab. FIne .

Attend case 2. Bukak mata dik!
Menangis.
Apa jadi tadi? Tak jawab.
Sakit kat mana? Auww..

Huh parah ni.
GCS still full.
Shine torch kat mata. duh. Pupils tak equal. Belah kiri dilated 4. Kanan 3 reactive to light.
Tengok kepala. Duh. Still bleeding. Laceration wound dalam 3x5cm, exposing skull. Lahai.. kena buat CT brain ni.

Wei, ni case ape sebenarnya?

K lia baru lepas abis tengok Case BID. Inform mereka ni sume mangsa MVA ( Motor vehicle accident) versus lori!! Padanla semua parah.

Ok kena buat log roll. Ana kat kepala. Stabilise cervical bones. Yang lain check bruises ke bleeding lain ke kat occipital region.

Clear!

Tangan kanan ada bruise besar penumbuk. Left femur nampak deformed.

Ok. settle case ni. Isi borng xrays. Kena buat portable.

Bos Lutfi datang tengok case sekali. O my God, mmg bersepah keadaan dalam resus area. Tup2 maghi relatives patient. Nangis2. Kami terpaksa maklumkan seorang dah mati. 2 org lg rupanya mati on the spot.

Mereka semua rupanya naik avanza bertembung dgn lori di Binjai rendah. Dlm perjalanan selepas berbincang utk kenduri kahwin one of the anak Ahad ni.

Pengarah Hospital turun pulak sekali dengan Timbalan. Maklumkan yang MB Mat Said nak datang tengok. Besar jugak case ni.

MB mat said datang dengan reporter yang sibuk ambil berita campur tangkap gambar. Aisey, esok sure front page Harian Metro. Macam case mat rempit putus kaki n case budak 8 tahun kena raped 2 sepupu 12 n 11 tahun tu...

hm.. layan je la..

No comments: