My scribbles

Wednesday, February 4, 2009




Hari ni dah masuk hari ketiga dah mc sbb conjunctivitis (sakit mata). Awal2 tu hidung tersumbat, coughing, susah nafas, demam, tapi dapat lagi gagahkan diri utk oncal malam balik dari KL tu. Mak n ummi mmg risau sbb balik aritu nampak tak sihat, dengar2 la pulak kena oncal keesokan harinya. tapi nak buat camne, work is work. Di hospital juga kita ada responsibility pada masyarakat umum. Maka digagahi jugalah diri untuk oncal.

Malam tu tak banyak sangat admission. Kena oncal dengan June yang masih baru and inexperience. All blood takings and branula (masuk line utk drip) pada patient ana yang settlekan. Yelah, logik juga June takut nak masukkan jarum pada tangan baby yang dumuk2 dan debab tu. Memang tak nampak vein tapi ana goes blind. Nampak je biru2 sikit2 tu, straight line betullah tu, baca bismillah and cucuk. Alhamdulillah ada back flow blood dalam jarum halus tu. Ok, line in. Staff nurse tolong saya secure line ni. Dan kami akan cepat2 bekerjasama utk ikatkan line pada tangan baby tu. Siap pakai splint lagi supaya line tak tercabut bila baby gerak. So baby, dah siap dah.. yeye.. dia dapat hadiah.

Nak dijadikan cite, sbb takde banyak sangat case nak review malam tu sempat la juga ana nak merebahkan diri utk tidur. Tidur2 terjaga sbb hidung sumbat. Mlm tu bangun nangis sbb tak leh nafas, Nak amik oksigen melampau sangat la pulak. Nasal decongestant tinggal kat rumah pula tu. pegilah merayau dalam ward tanya kat staff nurse ada tak piriton ke minyak angin ke yang boleh unclogged my nose. Huhu, alhamdulillah, ada jg yang terfikir nak bawa minyak angin. So dapatlah tertidur sekejap.

Then dapat phone call dalam kul 4am. Dr, sorry tapi ada case baru masuk. Muntah2 dengan dehydration. Boleh tak datang ward 5CD utk clerk case? wargh... sedihnya. Napelah masuk malam2. Orang2 msia ni suka camtu. Siang2 anak sakit tak nak datang hospital. Bila dah malam / tgh malam baru la menderu2 nak masuk case baru. Try bukak mata, nape la tak leh buka ni. Rupanya discharge dah penuh kat mata. Astaghfirullah, sakit mata la pulak. Dengan penuh sabar, pegilah basuh mata dulu. TEngok dalam cermin, mata sepet sebelah n memerah.

Pegi turun bawah n clerk new case. Abis clerk, naik atas dan tidur semula. harapnya takde la lagi case masuk. Pening rasanya bangun tidur bangun tidur. Kalau tak tidur karang, mesti letih nak sambung keja sampai 5pm.

The next day minta permission dari K nurzul utk pegi opthal clinic. Punya la lama beratur even tho kita ni staff. Near 12 pm baru jumpa doctor and she explain probably this is just a simple conjunctivitis. Dapat lah mc till khamis.

No comments: