My scribbles

Sunday, February 22, 2009

Selesa bekerja semasa hamil


Sebagai ummi hamil yang bekerja, ukhti perlu bijak menguruskan diri bagi memastikan diri ukhti sentiasa sihat dan segar sekaligus memastikan kesihatan baby dalam kandungan. Dengan cara ini ukht juga dapat menyelesaikan pekerjaan tanpa bimbang dan ragu.

Berikut antara tips yang boleh diamalkan oleh ummi hamil sepanjang menjalani kehidupan pada waktu bekerja:

1- Pilih baju kerja yang selesa dipakai, tetapi jika perut sudah membesar ( lebih dari 4 bulan), maka sebaiknya boleh pakai baju yang lebih besar dan selesa. Sebaiknya pakai jubah yang lebih besar. Jangan biarkan perut ditekan oleh skirt dalam / kain dalam ynag terlalu sempit atau baju ketat di perut atau memakai pakaian yang diperbuat daripada bahan yang boleh membuatkan suhu badan mudah meningk
at.

2- Minum air biasa 8 gelas sehari ( ini susah dilakukan apatah lagi di pejabat yang ber- aircond), namun apa yang penting ukhti harus biasakannya untuk demi baby dalam kandungan. Lagi2 jika ukhti bekerja on feet sepanjang hari, rajin2 lah ke pantry hospital / ward utk minum air. Ini juga utk mengelakkan sembelit. Jika bosan dengan air biasa boleh juga selang selikan dengan susu atau jus buah. Tetapi jangan terlalu banyak mengambil gula. Tidak mengapa jika ukhti sukakan minuman berais. ( mitos yang mengatakan ais menyebabkan baby besar adalah tidak benar kerana hakikatnya gula yang menyebabkan baby besar).

3- Jangan lupa membawa snek sihat utk diambil sebagai makanan ketika waktu selang waktu makan tengahari dan petang. Boleh ambil buah buahan seperti pisang dan pear. Begitu juga dengan kuih muih asalkan berhati hati dengan gizi dan kalori yang terdapat di dalamnya. Jangan ambil makanan ringan yang terlalu tinggi kalori atau rendah zatnya seperti makanan berminyak. Ini kerana makanan berminyak boleh menyebabkan pedih ulu hati.

4- Pastikan posisi kerja yang seles untuk ukhti. Pastikan kerusi yang ukhti duduk tidak terlalu tinggi atau rendah. Duduk tegak dan bersandar dengan selesa. Pastikan juga kaki tidak tergantung ataupun jika tergantung bawa kerusi kecil untuk dibuat tempat letak kaki. Hal ini berguna untuk mengelakkan kejang atau bengkak pada kaki. Jika pekerjaan memerlukan ukhti duduk lama, maka usahakan setiap 2 jam sekali utk relax dan berehat samada berjalan atau berdiri sejenak.

5- Ambil makanan yang sihat dan mengenyangkan ( hindari makan mi segera yang tinggi kalori , kurang zat dan boleh menyebabkan pedih ulu hati). Tetapi jangan pula makan terlalu kenyang sehingga menyebabkan ukhti mengantuk. Pastikan juga ukhti tidak mengambil makanan yang terlalu pedas dan masam. Utk kesegaran pilihlah jus buah buahan yang segar dan berkhasiat.

6- JIka pada waktu rehat ukhti terasa letih dan mengantuk, pastikan ukhti cepat berehat dengan berbaring atau tidur sebentar. Namun perlu ingat bahawa tempat rehat itu selesa ( contohnya berbaring di surau untuk memastikan badan segar kembali).

7- Basahkan bibir dengan zikrullah dan mohon banyak2 pada ALLAH utk membantu kita menjalani kehamilan dengan normal dan sabar. Ingatlah untuk sentiasa berbaik sangka dan elakkan dari sifat mazmumah kerana ia mungkin mempengaruhi sifat anak yang sedang dikandung.

No comments: