My scribbles

Tuesday, September 1, 2009

Bengkong

Semalam secara officialnya, bengkong and tungku telah dipulangkan kepada pemilik asalnya.. Sumie

Sebelum ni ditakdirkan ana bersalin 2 bulan lewat dari mak sedara ku.. summie.. jadinya proses peminjaman barang2 confinement amat kerap berlaku. Sumie lahirkan shahir (note: baby boy merangkap pak su kepada syifa') pada bulan 3 manakala syifa'ul hayah menjenguk dunia pada tanggal May 2009. Akan bermulalah nanti episod kejar mengejar dalam milestone dan perkongsian tips seperti breastfeeding, diapers, etc. Nasihat bercampur baur petua asam garam semasa sesi berpantang juga amat kerap dikongsi hingga naik takut menerima kunjungan sumie se-famili ke rumah.


Sumie sangat pandai dalam bab pengurusan baby. Ada sekali kena tegur time melawat rumah dia sbb tak bawa barang2 mandian syifa' bila berjalan. Yang nak sedihnya tu, mmg ana sentiasa letak toileteries syifa' utk mobile nyer dalam satu beg. tapi disebabkan banyak tangan yang nak menguruskan anak sedara pertama di rumah makanya barang-barangan syifa' tidak ada sewaktu ziarah tu. Maka nampakla ana seperti ummi yang tak convenient. Minyak telon , bedak hatta wash baby sume nyer pinjam shahir punye. Alangkah sedihnye time tu...



Elok2 hari ketiga selepas balik dari Pusrawi Sumie datang visit. First impression dah tak best dah sbb time tu letih sangat , bangun tido kul 9am. Itupun sbb nak buka pintu dengar ada orang datang. Buka2 sumie.erm..siap buat expression lagi " sumie masa pantang tak pernah bangun lewat. Abih lewat pun 7pagi. Kena sedas. erm. Walaupun boleh bagi alasan baru kuar hospital + jahitan masih tersangat baru and rasa sangat takut utk kenakan air + syifa' pun baru nak try lena di rumah, lebih baik berdiam diri je sbb kita kan baru ..junior has to respect senior. Mak sedara ku.

Rawatan mengurut juga di suggest oleh Sumie. Maka bermulalah sesi mengurut seawal hari ke-3 lepas bersalin. Takla.. takut la nak terus ngurut. Tapi bila tengok muka dah naik sembab, rasa letih2 walaupun dah makan banyak, makanya mungkin idea mengurut tu agak baik. Hari ke- 5 baru jemput acik ngurut datang rumah. Ada juga diberi tips aka pantang larang semasa bersalin.

Adapun banyak sungguh makanan dan perbuatan yang dipantangkan. Memang menangis setiap kali nak makan. Tak sangka ummiwaled sangat kuat memantangkan makan walaupun waled awal2 tu siap suapkan buah betik sampai sepinggan .. he.. bila dpaat tau betik tkleh makan sbb sejuk waled bagi epal plak. Jzk waled atas kasih sayangmu.

Pun begitu sumie memang best. Semalam sebelum nak balik sumie bagi free satu pack Drypers Small size sbb shahir dah tukar pakai Mami Poko. Em. Best nye syifa' dapat present. Actually agak ketat dah Drypers S utk syifa' sbb syifa' dah membesar. Ummi n abi pun sebenarnya dah naik tarafkan saiz ke M. Sumie jelas terkejut gel tengok syifa' pakai M. jeje.
Thank you Opah Su.. and pak su shahir.. hehe

Its a one step further in my life after syifa' was born. It's not just about takleh makan ini atau itu. It's not just about kenapa tak leh makan kacang. Walaupun Syifa' kembung n meragam saban malam sbb ummi dia tak tau dal takleh makan and bila sumie tau ouch..bermulalah list panjang bahan2 yang boleh dan tak boleh di makan mengikut petua sebelah opah dan mak mertuanya. Aduh.

But its all about responsibility. Syifa'ul hayah adalah amanah ALLAH utk ummi n abi. Not just for love. Tapi utk memelihara n mendidik amanah ALLAH ini agar menjadi mutiara dakwah. Your first cry make me wonder in amazement of how little you are ,dear caliph... u are so dear to me when i cuddled u. Let my warmth wrap your worry to the world..O AlLAH, help me to nurture this little princess with my very own hands. iA..

No comments: