My scribbles

Monday, September 7, 2009

Ayah is becoming weaker..

My husband found this:

--------------------------------------------------------------------------------
Title : USM beri harapan baru kepada pesakit barah otak
News : Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KOTA BHARU 11 April – Pesakit barah otak di negara ini berkemungkinan mempunyai harapan baru untuk sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa perlu melalui proses pembedahan dan rawatan kemoterapi pada masa akan datang.

Penyelidikan oleh Jabatan Neurosains Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2003 dengan menggunakan virus sampar ayam sebagai rawatan alternatif, didapati berjaya melawan dan memusnahkan sel barah.

Ketua jabatan itu, Prof. Dr. Jafri Malin memberitahu Utusan Malaysia, hasil ujian itu memperlihatkan virus pembunuh ayam itu tidak merosakkan sel-sel normal dalam badan dan hanya memberikan kesan sampingan yang minimum.

Beliau yakin, perkembangan positif itu akhirnya dapat mengubah persepsi bahawa barah otak mustahil disembuhkan dan dicegah serta menjadikan USM sebagai peneraju dalam mengaplikasikan teknologi rawatan berasaskan kejuruteraan virus.

‘‘Kita telah menjalankan kajian termasuk menggunakan tikus bogel iaitu sejenis tikus termutasi yang tidak mempunyai antibodi dan tidak mampu membuang sel barah otak manusia yang disuntik dan berkembang dalam badannya,” ujarnya di sini hari ini

Menurut beliau, dalam tempoh sepuluh hari selepas virus sampar ayam yang telah dibiakkan itu dimasukkan, haiwan tersebut kembali pulih sepenuhnya dan proses ujian ke atas manusia dijangka dapat dimulakan tidak lama lagi.

‘‘Kita menggunakan virus tempatan AF2240 dan V4UPM hasil penemuan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dihasilkan bagi mengatasi penyakit sampar ayam.

‘‘Ciri-cirinya telah dipatenkan dan kita berharap pada masa depan, kita dapat turut menghasilkan vaksin pelalian tempatan bagi mencegah penyakit barah,” ujar beliau.

Katanya, penyelidikan dijalankan dengan kerjasama UPM dan Majlis Kanser Negara (Makna) yang memperuntukkan dana hampir RM750,00 bagi tujuan itu.

Menurut beliau, penyelidikan yang diketuainya melibatkan sekumpulan penyelidik iaitu Prof. Aini Ideris (kini Dekan Fakulti Pengajian Siswazah UPM), Prof. Manaf Ali (kini Dekan Bioteknologi dan Pertanian Universiti Darul Iman), Dr. Hasnan Jaafar dan Dr. Zulkifli Mustafa.

Hasil penyelidikan peringkat awal telah dibentangkan di Kongres Persatuan Neuro-Onkologi Eropah ke-7 di Vienna pada Oktober 2006 oleh Dr. Zulkifli.

Katanya, virus sampar ayam didapati hanya menyerang sel barah dan merangsang kematian sel itu secara terus atau merangsangnya untuk membunuh diri.

Source : Utusan Malaysia, Khamis 12/4/2007 - Dalam Negeri (m/s 5)
Date Source: 12/04/2007


------------------------------------------------------------------------------

So i called up Prof Jafri Malin, asking about my father in- law's condition.

Whether there's any hope for cure..

Any of this vaccine available in the market now?

He's a nice guy with very strong Penang accent. he..

Prof kata skrang research ni hanya pada peringkat rodents (tikus) lagi.. belum ada ujian keberkesanan pada human..

Siap dok kata lagi " Tan Sri Merican hang la tak approve lagi result research ni. Kena test pada non-rodents (bukan tikus) dulu baru boleh kata boleh work on human. skrang kami tengah dok continue research ni pada beruk. Beruk paling dekat dengan human so kena tengok result vaccine ni pada beruk dulu.

O ok..

So camne prof, ada tak apa2 lagi yang kita boleh try and work up for my father?

Tumor dia kat ne? Kat pons ke?

O tak prof. Tumor dia kat corpus callosum..

O dah jadi butterfly pattern ke?

A'ah..

If that's so, prognosis mmg bad. Kat US ada buat dendritic therapy. Target pada end nerve tu utk bunuh cancer cells tu. Tapi GBM kalau dah jadi butterfly pattern mmg prognosis bad regardless of any therapy available skrang..

O ok..

Butterfly pattern is still a challenge for neurosurgeon...

Hm.. not much for ayah.. only TLC.. and TLC..

May ALLAH strengthened ayah's faith ( and us ), sekuat mereka yang berjuang di Badr Al-Kubra hari ini.. 17th of ramadhan..

May ALLAH purified ayah ( and us ) sesuci lebaran Al-Quran yang diturunkan hari ini.. 17th of Ramadhan..

drfatiha

No comments: