My scribbles

Saturday, October 8, 2011

Usrah masa lapang

Memang sakit bila ada orang berfikir usrah hanya sekadar mengisi masa lapang..sekadar untuk seronok2 dapat berkawan atau erti kata lain menumpang ukhuwah yang terbina dalam suasana usrah. Apabila datang tanggungjawab atau beban dakwah yang patut digalas bersama,ia terbang dengan memberi seribu satu alasan...



Saya sibuk (walhal hanya duduk di rumah @mungkin menguruskan bisnes dari jauh,Kerja tidak perlu oncal atau berhadapan dengan hidup dan mati...)



Saya penat..sekarang mengandung..


Adalah tidak munasabah untuk menggunakan alasan mengandung untuk mengelak tanggungjawab..ini adalah kerana putaran hidup kita sebagai muslimah akan sentiasa mengandung dan bersalin,menimang baby baby mujahid dan mujahidah bakal pewaris dakwah..bukan semua kita diduga dengan morning sickness yang teruk..jika dari sekarang Ummi nya sudah tewas dgn runtunan perasaan lelah dan penat,bagaimana nanti dia bakal mengendalikan anak dan keluarga bersama dakwah selepas bersalin? Perlu diingat juga janin yang membesar di dalam rahim kita bakal mewarisi perasaan dan akhlak Ummi nya di sepanjang tempoh kehamilan. Bagaimana kita semasa mengandung adalah juga bagaimana kita bersikap selepas bersalin..)



Saya xde transport..perlu pickup n hantarkan blk if nak saya pergi usrah...


Ini adalah symptom "melemak" ketam yang ana nampak semakin berleluasa @ in trend dgn akhawat sekarang ini.Bukankah kita disaran untuk menjadi Muslim yang bermanfaat kepada orang lain? Sekali dua atau kecemasan mungkin boleh diterima tetapi sehingga bertahun tahun lamanya bukankah itu satu bentuk penganiyaan kepada orang lain? Cubalah berbincang supaya suami dpt menghantar ke tempat usrah atau perkasakan diri belajar memandu,naik kenderaan ie basikal atau motor...



Anak saya ramai..takde orang jaga..


Jangan sesekali menggunakan alasan anak untuk mengelak tanggungjawab..sedarlah bahwa mereka akan menjadi saksi apa yang kita perkatakan..Minta bantuan suami untuk menguruskan anak. Pilihlah waktu usrah yang tidak berselisih dengan suami supaya suami boleh ambil alih menjaga anak semasa usrah. Para suami,bantulah isterimu mendalami ilmu agama melalui usrah..sangat memeningkan bila anak anak meragam dan menjerit jerit semasa usrah hanya kerana suami xnak jaga dan isteri kena bawa ke usrah. Hilang focus dan akhirnya waktu usrah yang hanya sekali seminggu tidak dpt dimanfaatkan sebaik baiknya..



Dia tak buat apa apa pun..asyik ana jer..


Berhentilah menuding jari ke arah orang lain..once u point others.there are 4 fingers back pointing at you...hakikatnya banyak yang ana perhatikan,yang merungut itu lah sebenarnya yang tidak berbuat apa apa..sedangkan yang dituduh itu rupanya lebih kedepan dalam amal dan ikhlas..ingatlah akhawat..bahawa bahtera penyelamat ini akan terus berjalan..kitalah yang rugi sekiranya tidak bersama dengannya..



Tak mampu punyer kita nak buat..susah.orang dulu buat pun tak lepas...



Bersikap negatif sepanjang masa. Bila ditimbulkan soal amal,asyik pessimist..semuanya susah.mustahil, tak mampu..padahal x cuba lagi pun..kadang kadang meleret perbincangan amal melayan persoalan persoalan negatif daripadanya. Cubalah bersikap positif. Cuba dulu baru nilai permasalahan melaksanakannya nanti. Ini meeting menjadi medan debat dan mempertahankan cadangan kerana si dia begitu negatif membidas idea bernas dan semangat orang lain..amal entah ke mana,merungut yang lebih..akhirnya orang lain putus asa takde semangat..



Ha..akhawat ni lebih hebat..dia pandai tajmik.baik suruh dia...


Ni symptom 'musang belang'..diri sendiri tak mahu buat atau sengaja tak nak belajar buat..maka orang lain yang nampaknya dah 'biasa' dipaku semaksima mungkin..Inikah yang dikatakan ta'awun atau kerjasama dalam amal? Bukankah kita patut gembelngkan idea dan tenaga untuk beramal?



Isteri ana tak boleh,dia kena duduk rumah uruskan anak..akhawat lain lebih layak..


Symptoms 'pelik lagi ajaib'. Adalah zalim untuk membiarkan isteri tidak beramal sedangkan orang lain disuruh melaksanakannya. Akhawat rata ratanya mempunyai keterbatasan yang sama, jadi mengapa bersikap pilih bulu dengan isteri sendiri?






Hakikatnya walau bagaimana di mana bersama siapa kita ditempatkan,teruslah beramal dan mengikhlaskan niat kerana Allah. Yakinlah bahawa bantuan Allah akan sentiasa bersama mereka yang menolong agamaNya. Persoalannya siapakah yang akan merebut ganjaran pahala bersama dengan bahtera penyelamat ini? Atau adakah kita lebih suka menghabiskan kehidupan ini dgn melakukan putaran kerja yang sama setiap hari tanpa memberikan apa apa manfaat kepada ummah?

'Dan bersabarlah bersama dengan mereka yang menyeru kepada Tuhanmu di waktu pagi dan malam kerana menginginkan untuk melihat wajah Allah dan janganlah kamu berpaling dari mereka semata mata inginkan perhiasan duniawi...ila akhir ayah...(al kahfi)

Dapatkan maklumat terkini Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di facebook 'HIMPUN' http://www.facebook.com/pages/HIMPUN/ 281101321908972 Ayuh, sertai segera !


Sent from Yahoo! Mail on Android


Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: