My scribbles

Thursday, October 20, 2011

Cabaran Dakwah Malaysia



AIDCNews – 20/10/11 “Kristianisasi bukan bermakna mengkristiankan orang secara khusus. Kristianisasi bermakna mencairkan pegangan (akidah) orang..mengeluarkan orang daripada pegangan agamanya yang asal..kalau dia masuk Kristian pun boleh..tak nak masuk Kristian pun dah sampai matlamat..”, kata Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam program SEMAIAN anjuran JAIS dan MAIS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru ini.

“Bukan Kristianisasi yang kita bincang hari ini, soal orang Islam yang murtad sahaja..tapi soal berkaitan dengan penjajahan..persoalan tentang percubaan untuk merubah rupa bentuk negara ini..percubaan untuk merubah struktur yang ada..
“penjajahan dalam bentuk baru, kesinambungan daripada Perang Salib lagi”, katanya.

Menurutnya, oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan kaum, maka ada ‘individu tertentu’ yang menangguh di air keruh untuk merenggangkan lagi hubungan agama yang sudah sekian lama terbina.

“Saya melihat di sini, ada ‘orang’ mengambil kesempatan untuk mempromosi model Barat..Liberal Barat ini untuk menyelesaikan masalah pluralisme ini”, katanya.

Katanya lagi dengan mempromosi Liberal Barat akan menghapuskan semua sistem berasaskan agama dan bangsa yang diguna pakai di negara ini.
“Idea ini (Liberalisme) sudah dicetuskan lama dahulu..yang disebut oleh penulis-penulis sebagai idea humanisme….iaitu menjadikan manusia sebagai Tuhan.
“Dengan formula liberalisasi daripada Barat ini..ia akan meruntuhkan semua benda itu..semua benda yang tercatat dalam perlembagaan yang menjamin kedudukan Islam, hak keistimewaan (akan runtuh)”, katanya.

Menurutnya, penganut aliran liberalisme akan menganggap kedudukan Islam dan hak keistimewaan Melayu/Islam sebagai musuh utama dan berusaha mengkambinghitamkan Islam sebagai rasis.

Sementara itu, Naib Presiden II ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi B. Asmuni menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa isu Kristianisasi sebagai isu remeh.

“Menjaga agama adalah kewajipan nombor satu umat Islam. Ia terletak di nombor satu dalam susunan ‘dharuriat khamsah’ (lima perkara asas yang perlu dipelihara sebagai tiang kehidupan muslim). Ini telah disepakati oleh ramai ulama muktabar termasuk Imam As-Syatibi, Abu Zuhroh dan lain-lain”, katanya.

Menurutnya, Kristianisasi tidak diukur berdasarkan untung rugi undi pilihanraya semata-mata,sebaliknya mesti diukur berdasarkan apa yang dikehendaki oleh Allah dalam perjuangan dakwah Islam. 

“Apa yang dibimbangi oleh masyarakat Muslim adalah toleransi yang tidak kena pada tempatnya akan menghilangkan rasa mulia (izzah) dalam jiwa umat Islam, khususnya generasi muda yang mentah, terhadap hakikat ketinggian agama ini.

No comments: