My scribbles

Sunday, July 11, 2010

KONWANIS 2010


2010/07/09

BIRO Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengalu-alukan penyertaan wanita ke Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) yang bakal berlangsung di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson, 24 Julai depan.

Pengarah Konwanis, Norlida Kamaruddin, berkata dalam suasana hari ini, wanita harus mendepani cabaran dalam kehidupan bermasyarakat dengan asas kekuatan yang tepat di samping mengetahui tabiat, impak serta cabaran yang bakal ditempuhi pada era hermeneutik ini.
“Mereka perlu terlebih dulu mengenali diri sendiri agar jelas apakah tuntutan terhadap mereka, jelas hala tuju seterusnya, dan dengan kata lain tidak hanyut dengan arus negatif semasa. Amat penting mereka mengetahui kayu ukur sebenar dalam mentafsirkan identiti dan jati diri mereka.
“Hakikatnya wanita mempunyai tugas dan tanggung jawab yang besar dalam kehidupan yang pelbagai aspek ini, justeru itu wanita mesti cekal, matang dan berwibawa serta berdaya saing dalam menempuh segala cabaran yang mendatang,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Bertajuk ‘Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden’, ia akan membincangkan cabaran isu berkaitan cabaran sosial yang melanda, bagi mencari penyelesaian bagi mengurangkan masalah dihadapi.

Antara objektifnya ialah menjelaskan berhubung identiti dan jati diri wanita dari perspektif Islam; menekankan perkara penting dalam mendepani cabaran sosial pada pasca moden selain berusaha memartabatkan Islam sebagai penyelesai masalah dan jalan keluar.

Selain pembentangan kertas kerja, menarik pada seminar berkenaan ialah pemeriksaan kesihatan percuma, jualan dan pameran serta malam kesenian Islam. Bayaran penyertaan ialah RM70 untuk ahli, sementara untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan organisasi, masing-masing RM35 dan RM100. Bayaran penginapan atas tanggungan sendiri. Maklumat lanjut hubungi Zakiah Abd Rahman di talian 013-262 2375/Shazwin Hassan(013-443 0803)/Suria(019-275 9117)

sumber: www.bharian.com.my

No comments: