My scribbles

Tuesday, August 4, 2009

Hari ni rasa sangat marah. Geramnyer.. astaghfirullahalazeem..

Patient ni datang walk in ke clinic. Request for antibiotics utk anak dia yang kononnya demam panas. Tapi anak dia yang sakit tu dia tak bawak. What the..

Its true dia bawa anak dia for check semalam. And i checked her thoroughly, its just viral symptoms. Selsema, sakit tekak, T pun dalam 37.7 C je.. throat both tonsils enlarge la skit. tapi takde exudates pun to suggest bacterial infection. So just viral tonsilitis la...

Pastu ayah dia yang sebuk tanya agak2 ada symptoms H1N1 tak.. and i said buat masa sekarang symptoms dia tak suggest pun utk H1N1. Sbb to prove dia ada H1N1, T should be >38 C, sakit tekak, sesak nafas AND ada history of contact with H1N1. Setakat ni takde.
Tapi kalau nak check H1N1 kena terus ke hospital kerajaan. Sbb nanti boleh terus kuarantin.

Tup2 pagi ni ayah dia datang semula, dengan penuh kebiadapan datang nak minta antibiotics.

i said.. Encik, if takde indication utk antibiotics, anak encik tak perlu antibiotics ni.

Tapi semalam dr kata tekak anak saya bengkak sikit. Kenapa semalam dr tak bagi je antibiotics?
(dalam hati: anak awak VIRAL tonsilitis je la. Nak dapat resistant ke ? fu.. sabo sabo..)

Semalam macam saya terangkan, masa sy check anak encik, tonsils dia bengkak sikit sbb dia ada viral infection. Tonsils ni antara tempat hasilkan sel darah putih utk lawan jangkitan penyakit. Kadang2 dia boleh naik bengkak..Dalam kes anak encik ni tekak dia takde nampak spt bacterial infection. Takde nanah (exudates) pun atas tonsils dia yang bengkak tu..
Lagi satu, virus berbeza dengan bacteria. Cara pencegahan virus adalah dengan kuatkan immunity cth minum air banyak2, rehat.. if teruk baru kita bagi specific anti-viral atau nama lainnya vaccine. Antibiotics adalah utk lawan jangkitan bakteria.

Encik: Oklah, skrang ni apa masalah dr tak nak bagi anak saya antibiotics?

Ana: skrang ni dah la encik tak bawa anak encik...saya pun tak tau bape tinggi temperature anak encik tu. Dan encik kena faham antibiotics ni takleh amik sebarangan kalau tak perlu.

Encik: anak saya memang demam panas. Saya taulah sbb saya dah ada ramai anak. Memang anak saya demam panas ni. Dr bagi je saya antibiotics. Kalau still demam nanti saya akan bawa anak saya gi hospital..

Ana ( malas nak argue dengan patient yang degil ni..kang tak bagi takut mengamuk pula..kami semua perempuan kat sini..)
Ok.. saya dah terangkan pasal antibiotics tadi.. kalau encik nak juga, itu adalah berlawanan dengan nasihat saya..

Dah. Thats it. Ambikla antibiotics.. Takut betul. . Aduh.. mengapalah dapat patient degil dan bodoh sombong. Hanya dapat tahu sebut antibiotics dah asyik nak minta antibiotics je if sakit. Malaysia ku..

Notes: Antibiotics is not a magical drugs. Do not take it if not indicated!

drfatiha

2 comments:

Anonymous said...

"umi...abi pesan, jangan la marah2" -Syifa'

Hazwani said...

salam...doc, tarik nafas dalam2 :)
mmg nampak doc2 seluruh msia tgh stress skg ni. care