My scribbles

Monday, January 19, 2009

Sekitar pilihanraya Kuala Terengganu 2009




Baru baru ini berlangsung perang pilihanraya di kawasan ana, Kuala Terengganu antara calon yang dipertandingkan adalah Dato Wan Ahmad Farid ( BN ) dengan Mohd Abdul Wahid Endut( PAS ). Sememangnya bila dikatakan pilihanraya di msia ni sebenarnya adalah perang poster and bendera. Sepanjang jalan dilihat kain kain rentang yang menggambarkan kepartian masing2. Bila diukur dari sepanjang2 jalanraya di Kuala Terengganu, mau dikatakan kedua2 belah parti berhabis jutaan ringgit utk memperkenalkan calon masing2 pada penduduk setempat.

Ana agak baru dengan suasana politik msia, tapi tidaklah mahu hanya menjadi pemerhati kepada senario yang berlaku di tempat ana ni. Jadi sepanjang jalan dari hospital K tganu menuju ke rumah simpang Kuala Berang ana sibuk memerhatikan kain rentang. Impian di hati nak mengenali kedua2 calon yang bertanding. Malangnya ana tidak menemukan gambar calon parti pembangkang. Yang ada di merata2 adalah gambar calon BN , Najib, dan Abdullah Badawi. Dalam hati terdetik juga, amboi banyak juga duit mereka2 ni. siap berposing2 dalam poster sepanjang jalan!

Malahan banyak juga ditunjukkan poster calon meranduk air banjir utk bertemu rakyat, bersimpuh bersama makcik2 di atas tikar mengkuang utk memperlihatkan keprihatinan menangani isu rakyat. Yang paling ketara adalah penambahbaikan jalan raya yang sedia ada di sepanjang jalan besar Kuala Terengganu. Ana dan zaujiy berfikir kalaulah duit yang ada boleh dibelanjakan utk mengupgrade jalan2 dan parit2 utk persediaan banjir di Kuala Terengganu mungkin lebih besar manfaatnya kepada penduduk tempatan. Kalau dilihat di sekitar Gong Badak / Batu Rakit , selalu sangat penduduk kampung dilanda banjir kerana kurangnya sistem perparitan yang berkesan.

Adapun pada 6hb Januari, tarikh penamaan calon telah diadakan di khemah / bangunan yang dibuat bersebelahan jalan masuk Hospital besar. Jangan dikenangkanlah sebegitu ramai polis / tentera/ FRU ditempatkan di parking2 yang ada. Mereka juga diberikan tempat penginapan di sepanjang pantai batu buruk. Mengikut kata kawan ana, memang habislah semua rumah sewa/ chalet / tumpangan / hotel/ motel yang akan diisi oleh polis2 ni. Yang mengagumkan ana, mereka sempat membina kemah2 yang besar2 sepanjang jalan di Bukit Payong utk dijadikan pos pengawal. Selain itu disediakan satu restoran khas yang akan menghidangkan makanan secara percuma kepada polis yang bertugas. Betapa banyaknya duit yang telah diberikan untuk pilihanraya ni.

Masa 6hb tu pengurusan hospital juga tergendala. Pesakit2 takde tempat utk meletak kenderaan ( kerana kesemuanya telah digunakan oleh trak2 polis dan motor2 besar mereka). Kwan2 ana terpaksa parking jauh di astaka ( selepas bulatan besar batu bersurat) dan terpaksa berjalan kaki ke hospital kerana tiada parking. Sampaikan ibu bapa pesakit ana terpaksa meninggalkan anak yang sakit dalam kereta kerana jauhnya berjalan..

Mengejutkan sekali apabila yang menang adalah pihak pembangkang.

drfatiha

No comments: