My scribbles

Monday, January 19, 2009

kem BTN

assalamua'laykum wrh wbth,

baru baru ini ana telah mendapat surat arahan secara pos laju ke Kem BTN ( birotatanegara) di KDN Besut. MasyaALLAH terasa begitu penat setelah berbadan dua ni utk attend benda2 seperti BTN. tahu2 sajalah di dalam kem BTN pasti seberapa banyak latihan ala ketenteraan terpaksa dihadapi. tanya punya tanya, ada staffnurse yang mengaatakan kem BTN utk perempuan mengandung adalah advantage. sebabnya mereka takkan benarkan kami buat semua riadhah utk elak masalah pada kandungan. Alhamdulillah.

Setelah berbincang dengan zauj, ana pun terpaksa lah packing ke kem BTN yang mengambil masa 5 hari. bayangkan dapat surat utk pergi semalamnya, dan esoknya telah kena bertolak utk hadir kem pada 2.30 ptg. Memang tak sempat utk reply atau buat surat tunjuk sebab utk tak nak pergi. lagi2 tengok dalam jadual oncal bulan ni. sehari selepas BTN tu kena oncal jaga ward 6EF sorang2. uish, memang menduga iman,tapi bila fikir2 balik maybe bagus utk latih baby mujahed wa caliph dalam rahim ni utk jadi mantap, amen. Nasib baik dah biasa packing utk mukhayam, dapat jugalah bergegas ke tempat kem dipandu oleh rakan setugas, Dr Hati.

Sepanjang kem memang banyak kali makan, 6x sehari. ALLAH sahaja yang tahu betapa deeply i feel and think about my fellows brothers and sisters in Ghazza. dah pula tu, handphone tak boleh on sepanjang kem. semua kena serah pada pihak BTN. i called my zaujiy kata yang tak leh nak call nanti. and my zaujiy nasihatkan simpan jelah handphone tu baik2 dalam keta, tak perlulah lurus bendul nak ikut semua arahan mereka. fikir3 balik betul juga kalau ada apa2 urgent camne. so i kept my handphone just in case.

dalam LDK ( latihan dalam kump) banyak betul benda yang diorang refresh. nasib baiklah ana dapat fasi yang 50-50 tak terlalu argumentatif dan provokatif. so dapatlah menerima dan belajar perlembagaan dengan baik. barulah tau tentang perlembagaan 153 - hak istimewa orang melayu ( yang sering dipertikaikan di dalam isu kontrak sosial). Actually sekiranya non malays mempertikaikan tentang hak istimewa orang melayu sebagai pribumi, mereka boleh dipersoalkan hak kerakyatan seperti dalam perlembagaan 14 ( jus soli: hak kerakyatan secara automatik selepas dilahirkan di msia selepas kemerdekaan).

maksud melayu adalah : mereka yang MENGANUTI islam, mengamalkan bahasa melayu dan adat melayu dan a)dilahirkan sebelum atau selepas merdeka atau ibu atau bapanya dilahirkan sebelum atau selepas merdeka. atau b) keturunan daripada keduanya.

yang nak tak puas hatinya tu, semua nya berkisar tentang patriotisme. tazkirah pasal patriotisme, even khamis malam jumaat ditayangkan cerita 1957 hati malaya. ( cite bercampur2 cintan monyet + kemerdekaan) yang diarahkan oleh suhaimi baba. memang nak termuntah la. nasib baik baby sihat sejahtera bersama ummi dia.. he..

nways, btn ni banyak mengexpose kita pada pandangan umum masyarakat msia yang muslim ni. memang banyak lagi kerja yang perlu kita buat utk fahamkan msian cara terbaik utk cinta dauliy ( negara). bukan sekadar dengan jerit merdeka sahaja, tapi kena faham erti cinta dan kasih dauliy sebagaimana rasulullah yang meletakkan asas kemerdekaan pada iman dan islam.

teruskan bekerja

drfatiha

No comments: