My scribbles

Monday, January 12, 2009

coretan

Adapted from ismaweb

Inilah Masanya....

Hari ini masuk hari yang ke 14 bumi Gaza bersimbah darah para syuhada yang telah dijanjikan syurga. Walaupun resolusi demi resolusi dikeluarkan, namun Israel tetap tidak peduli, keangkuhan mereka tiada bandingannya.

Tiada kata bicara yang dapat menggambarkan kedasyatan penderitaan penduduk Gaza sekarang ini, setiap saat mereka diambang kematian, yang hidup, hidup dalam puing puing kemusnahan yang tidak dapat digambarkan oleh kata-kata. Tiada manusia yang waras akalnya yang tidak akan bersimpati dengan Gaza, namun apakah hanya simpati dan airmata yang hanya mampu kita hulurkan.

Umat Islam telah jemu dengan persidangan demi persidangan, kecaman demi kecaman yang hanya ditertawakan oleh Israel. OIC yang ditubuhkan dengan objektif untuk membebaskan bumi Palestin menjadi menjadi pengecut, begitu juga pemimpin-pemimpin Arab dan umat islam yang telah hilang kelelakiannya.

Hari ini, umat islam diseru untuk memboikot produk-produk dari Amerika, usaha ini adalah satu usaha yang baik, namun sebaik-baiknya usaha ini perlu diperkembangkan lagi dengan memboikot terus cara hidup dan sistem sosial negatif yang didoktrinkan oleh Yahudi.

Tidak ada gunanya kita memboikot Coca Cola sedang pada masa yang sama kita masih lagi menyimpan wang dan menggunakan kad kredit dari perbankan konvensional tajaan yahudi, membeli kereta dan rumah dengan pinjaman riba yang diasaskan Yahudi. Tidak ada gunanya umat ini memboikot Colgate sedang pada masa yang sama masih lagi asyik dengan hiburan-hiburan negatif barat seperti MTV, filem-filem ganas dan video klip lucah dari Hollywood.

Inilah masanya untuk kita kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, menggabungkan diri dengan saf orang-orang yang beriman dan bersama dengan kumpulan yang bercita-cita menegakkan Islam. Hanya dengan Islam dunia ini akan kembali menjadi aman.

Inilah masanya kita kembali kepada Islam, kelalaian kita setiap saat akan dipersoalkan oleh Allah dihari akhirat kelak, saudara-saudara kita di Gaza akan menuntut bela terhadap kelalaian umat Islam dalam memberi pembelaan kepada kita di hari akhirat nanti…mampukah kita untuk menanggung azab api neraka akibat kelalaian kita di hari akhirat nanti…

Bangkitlah!

Mohd Hisham Mohd Sharif

PEMBINA, Kedah Darul Aman

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *
Coretan 2 : Dari Dr. Zulkifli Yusof, Pengerusi Pembina Kedah

Saya seorang doktor tekak. Tetapi hari ini saya sakit tekak. Sebabnya, banyak bertakbir pada pagi tadi. Programnya, kempen ‘Save Gaza’ anjuran Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ). Takpa, esok pagi saya bekerja, boleh ambil ubat tekak jika masih tidak sembuh.

Kami bertolak seawal 3 pagi dengan beberapa kereta dari Alor Star untuk menghadiri rapat umum tesebut. Mengantuk juga dalam perjalanan, tapi mata jadi segar semasa berada di dalam Stadium Melawati, Shah Alam. Kalau ikut semangat, ‘la tu’ juga nak pergi tolong umat islam di Palestin.

Dicelah-celah takbir yang bergema, sempat juga berfikir dan membuat sedikit catitan. Unik juga perhimpunan kali ini. Semua lapisan pemimpin masyarakat dapat bersama dalam satu majlis. Dari NGOnya hinggalah kepada pemimpin parti politik berwarna hijau, biru dan biru muda. Moga benarlah pendapat yang mengatakan bahawa isu Palestin dapat menyatukan semua lapisan muslimin merentasi sempadan politik dan tanah air. Awatlah beberapa pemimpin taribarut di setengah negara umat islam tak faham bab ni.

Saya juga sempat membawa satu-satunya anak lelaki saya ke perhimpunan ini. Masih bersekolah rendah. Saya tengok matanya merah, mungkin sebab mengantuk tak cukup tidur. Maklumlah anak Malaysia generasi sekarang yang serba serbi senang. Saya tanya: faham ke perhimpunan ni? Dia geleng kepala. Kesimpulannya saya kena bawa dia banyak kali lagi dalam majlis seperti ini. Moga dia membesar menjadi lebih baik dari ayahnya dalam menegakkan islam.

Saya pandang kiri, kanan, depan dan belakang saya. Semuanya orang muda. Rasanya saya antara beberapa kerat yang dah beruban. Makin bertakbir, rasa makin muda. Mula rasa muda 10 tahun, kemudian rasa muda 20 tahun. Orang-orang muda sekeliling rata-rata nampak bersemangat. Tapi seorang penceramah mengingatkan, ‘jangan semangat sekarang saja, tapi balik mesti teruskan usaha….agar Allah tukarkan jiwa kerdil umat ini kepada jiwa pejuang. Agar lahir jiwa Nuruddin Zanki dan Salahuddin Al-Ayubi’.

Sememangnya rapat umum tidak dapat menyelesaikan semua perkara. Tapi itu adalah salah satu cara berkesan menarik perhatian umat terhadap isu yang penting ini. Semoga kita balik dan meneruskan segala cara yang dibenarkan dalam membantu rakyat Palestin. Apa lagi yang boleh kita buat? Jawapannya banyak. Kita boleh ambil tabung Aman Paletin dan kutip derma di pejabat, surau, taman dan keluarga kita. Kita boleh lekat stiker kat kereta kita dan ronda bandar pelan-pelan biar semua orang tengok. Kita boleh anjurkan ceramah, forum, perhimpunan Palestin. Kita boleh pergi kedai kopi/kedai makan dan borakkan isu Palestin dengan kawan-kawan. Kita boleh ambil tandatangan banyak-banyak dan hantar kepada pemimpin masyarakat. Kita boleh habaq kat wakil rakyat kawasan kita supaya pergi cakap isu ini di Parlimen. Dan banyak lagi cara-cara yang dibenarkan undang-undang. Disamping kita tidak putus-putus berdoa agar Allah memenangkan tenteranya dan menghancurkan Israel laknatullah. Memang Israel layak mendapat title tersebut.



Dr Zulkifli Yusof

No comments: