My scribbles

Thursday, December 23, 2010

Muhim!

Kebelakangan ini, terutamanya dalam suratkhabar banyak mengutuk House Officers. Juga merendahkan graduan dokor2 muda dari dalam dan luar Negara. Oleh pengaruh yang kuat dari pendapat Cuma beberapa individu dan bukan evidence based data, ramai doktor2 Islam telah percaya dan terpengaruh sehingga berpendapat :

1. Doktor akan terlalu ramai dalam jangkamasa terdekat

2. Houseman sekarang terlalu ramai

3. Houseman sekarang tak berkualiti

4. Houseman sekarang banyak masa lapang sehingga ada yang sempat tengok wayang etc.

5. Universiti swasta hanya mementingkan keuntungan dan hasilnya tak berkualiti

6. Universiti2 luar Negara dimana ramai orang2 Melayu/Islam pergi (kerana mungkin itu saja yang mereka mampu) adalah tidak berkualiti kononnya

7. Pada tahun 2015, kita akan kecukupan nisbah Dr : Pesakit

Saya ingin mengemukakan pendapat saya yang sangat bertentangan dengan pendapat di atas.

Pada pandangan saya, ini adalah agenda untuk mengurangkan doktor2 Melayu atau Islam untuk jangkamasa akan datang.

Kita semua maklum bahawa perkembangan kini telah meningkatkan nisbah doktor2 melayu dari 8 % sehingga lebih 38%. Kita pastinya tidak kecukupan kalau mengikut nisbah penduduk Malaysia dan kita juga maklum keperluan doktor2 yang sanggup bekerja di luar Bandar adalah sangat tinggi. Kebanyakan tanggungjawab ini dipikul oleh doktor2 Muslim sementara yang lainnya lebih mementingkan kepakaran dan wang yang banyak.

Kita juga maklum bahawa zaman ICT telah mula berakhir dan zaman akan datang adalah zaman biologi/bioteknologi dimana ia akan memandu kemajuan dan pertembungan peradaban. Inilah medan jihad masadepan untuk menjayakan perjuangan ummat. Ummat sangat2 memerlukan manpower dalam bidang ini. Perubatan, Pergigian, Farmasi, Health Sciences, semuanya akan penting untuk masadepan.

Pada pandangan saya, kita tidak harus terikut2 dengan trend yang buruk di atas kerana ia telahpun memberikan kesan negative yang sangat merbahaya antaranya :

1. Ramai house officer yang telah berhenti setelah beberapa bulan sahaja bekerja. Mereka telah di hina dan di kutuk oleh seniours seolah2 sangat tidak cekap dan bodoh. Padahal janji kita dalam sumpah pengamal perubatan Islam adalah untuk mendidik mereka yang muda dan menganggap semua adalah saudara kita dalam team yang sama. Ini adalah perbuatan seniors yang sungguh tidak beretika dan mengundang bala dari Allah!

2. Ramai yang cepat2 mahu untuk berhenti kerja setelah bertungkus lumus belajar tidak kurang dari 5 tahun dan bergegas untuk buat kursus preclinical walaupun belum habis housemanship dan tidak berdaftar penuh sebagai pegawai perubatan

3. Kementerian Pendidikan tinggi terlalu tergesa2 mahukan Moratorium untuk menghentikan university baru memulakan kursus perubatan. Kenapa?

4. Ramai tidak sedar bahawa para doktor Malaysia boleh berkhidmat di negara2 ummat Islam yang lain untuk membantu Ummat secara global. Kita takkan terlalu ramai doktor kalau kita memikirkan issue Ummat

5. Kita lupa bahawa bencana alam berlaku sangat kerap kebelakangan ini. Ia memerkukan khidmat bidang kita yang amat banyak. Bukan hanya boleh dikira dengan nisbah dr:penduduk sahaja

6. Kita juga lupa bahawa setiap kepakaran masih belum cukup tenaga kerja. Dengan adanya ramai graduan perubatan, lebih ramai boleh buat kepakaran yang masih tidak mencukupi.

7. Kita lupa bahawa dengan adanya ramai doktor, lebih ramai yang boleh berkhidmat untuk membantu yang miskin kerana kos perubatan akan menurun dengan adanya daya saing.

8. Ramai yang berkhidmat di Negara asing akan terpengaruh bahawa keadaan di Malaysia adalah teruk dengan adanya laporan akhbar pemfitnah itu dan tidak mahu pulang berkhidmat kerana merasakan ia berada di tempat terbaik meskipun hidup merana tanpa keluarga dan sanak saudara.

Saya berharap agar kita tidak tertipu dan banyak2 membaca surah Alkahfi kerana ini adalah zaman fitnah akhir zaman dimana manusia hanya memikirkan material tanpa melihat lebih jauh ke ganjaran akhirat

Marilah kita sama2 membantu ummat kita dan menjadikan profession kita satu perjuangan, bukan hanya mata pencarian. Kemahuan anak2 kita yang kuat untuk menjadi doktor janganlah di halang atau di hentikan. Merekalah pejuang yang akan menjayakan ummat bila kita sudah tua dan lemah. Sekiranya kita menghalang manusia dari jalan Allah, Dia akan melaknat kita dan meyamakan kita dengan orang2 kafir, Nauzubillah.

Allahu akbar!

3 comments:

anahazirah said...

masyaAllah kak fatihah..ana pun hmpir terleka dgn fakta2 mrk -_-
jzkk m'ingatkan!

mohon copy di blog sy :)

einhyatt said...

likes this kak fatiha. somehow you sound like chedet hehe

banat said...

i can imagine ur face utter words by words tru this entry.

debater ever!

Allahuakbar!

www.banatly.com