My scribbles

Tuesday, February 2, 2010

KoBanna



Berkunjung ke KoBanna memberi keyakinan dalam menilai dan mencongak halatuju dakwah di msia..

Pembentangan Kertas 1 dan 2 informatif tapi agak slow menyebabkan beberapa kali tertidur2 (mungkin semalam nyer mmg tak tidur naik bas dgn syifa'). Cuma tersedar 2-3kali bila dengar ust rusydi bercerita pasal Humanisme vs islam. i dont know that humanisme meletakkan centralnya pada semua kehendak manusia ( as the name sounds) dan lahirlah Sekularisme, Liberalisme, sosialisme, kapitalisme. Kebebasan kehendak dijadikan sembahan. Negara, kerajaan dan ritual agama hanya lahir setelah berlakunya pertembungan antara kehendak2 ni...

Yng paling tak best nama lain bagi Humanisme ni adalah GLOBALISASI. Memang benar, globalisasi mempromosikan kehendak manusia degan kemajuan teknologi. It narrows the role of religion and kuasa kerajaan. Dunia tanpa sempadan.

Ust Hazizi dalam kertas kerja k-2 banyak bercerita kembali tentang sejarah jatuh bangunnya tamadun islam. Suasana kerajaan Bani Abbasiyah 1 yang runtuh akibat serangan 2 hala - Tatar/ monggol dari Timur dan tentera Salib / Crusaders dari Barat.

bagaimana selepas itu berlakunya pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya melahirkn ideologi sekularisme. Arus kebendaan menjadi 'sembahan', manusia dikelirukan dengan agama, sampai pada majlis kawin / mati / pusaka je nampak islam, yang lain semua ikut westerners.

Topik 3 ana tak tidur..hehe.. sebab tajuk dia mengancam " Menilai kemelut politik tempatan berdasarkan maqasid syarak" by UFA.

A topic well done presented.

Tanah Melayu Islam.
Kalau ikut sejarah, tanah melayu asalnya diduduki oleh orang Melayu. Mereka islam walaupun keislaman tanah melayu ni pelik sket. Masyarakatnya islam selepas rajanya masuk islam. Sbb tu still ada budaya Hindu yang menebal dalam amalan tradisionalnya. Tapi takpe. Yang kita nak tengok adalah Kita harus memperjuangkan tanah yang dulunya islam n bebaskan tanah tu. Itulah maqasid syaraknya kita dalam perjuangan tanah Melayu. Kita harus perjuangkan Malaysia sebagai satu Tanah Melayu Islam yang kita nak balik makmurkan islam atasnya.

Melayu muslim vs Non Muslim.
Sekarang mmg semua partai politik di malaysia berlumba2 nak dapatkan undi non muslim. Semua berlumba2 nak jadi liberal. 'Pas for all', 'keadilan untuk semua', 'Satu Malaysia'. Semua tu utk raih undi non-muslim. Sampaikan ada yang sanggup mendedahkan pekung partai seaqidah utk dapat undi non muslim.

If ikut sirah, Rasulullah ada buat tahalluf ( kerjasama) dengan non muslim. Ada 2 syarat utk tahalluf dengan non muslim:
1- Orang2 bukan islam itu dipercayai takkan khianat.
2- Orang2 bukan islam itu berada di pihak yang lemah dan kumpulan islam itu berada di kedudukan yang kuat.

so tahalluf tidak boleh mmbawa kepada wala'/ taat pada non muslim. Begitu juga tahaaluf takleh membawa pada bocornya rahsia umat islam. Tidak boleh membantu non muslim utk jatuhkan orang islam. Amalan tradisi zaman empayar islam menyaksikan mrk tak minta bantuan tentera musyrikin utk perangi bughah (pemberontak dari kalangan muslim).

Kebencian terhadap maksiat orang islam tidak boleh membawa kepada bara' kepada mrk. Harus terus menyayangi mereka. Menegur kemungkaran dengan tegas krn takde kompromi dalam kemungkaran.

So tidak ada jalan bagi umat Melayu islam di malaysia selain dari kembali kepada penegakan sistem berdasarkan syariah.

Yang penting orang Melayu Nasionalis dan Islamis harus bergabung tenaga utk next PRU, bukannya terkejar2 utk raih undi non muslim.

Best ayat ustaz:

Melayu islam akan still paling ramai dari segi statistik. Sebab:
1- Sebuah keluarga melayu typical je ada dalam 7-8 anak ( termasuklah ada yang dah reach 13 hehe).
2- Melayu islam boleh kahwin lebih dari satu ( yolah tu)

No comments: