My scribbles

Monday, February 22, 2010

Bitten by labi labi

Masa kerja dengan Ezrin di green triage, elok2 masuk satu kad " bitten by labi labi".

Mendelah labi labi ni.. i was quizzing myself. Mungkin sejenis obor-obor..em...( sbb nama dia semirip si luncai terjun dengan labu labunya.. biarkan ..biarkan..wo..)

Puas bertanya pada kakak staffnurse, MA semua pakat tak tau.

Takpela, kita tunggu n tanya patient la nanti. desus Ezrin.

Tekan loceng no and patient pun masuk.

Patient adalah seorang makcik. Masuk dengan jari telunjuk berbungkus sebesar penumbuk.

Em. apa cite ni mokcik? ana mula tanya.

Gini, anak mokcik ada bela sekor labi-labi. Letak dalam kolah. Masa makcik nak bersihkan kolah tu, mokcik ingat dia tengah tidur dalam cengkerang die. Elok2 tangan mokcik dekat je dengan dia, kepala dia tubit dan gigit tangan makcik.

Tidak mahu kelihatan bodoh, maka ana bertanya .. em makcik, labi2 tu menda makcik?

O labi labi ni kura-kura.

O kura kura.

Kura- kura makan tangan orang mokcik? saya ingatkan kura2 makan kangkung saje mokcik.

Tak aih.. labi2 ni makan bontot ayam. Agaknya dia ingat tangan makcik ni bontot ayam la kut.

Ana n ezrin dah tersengih sengih. Hehe. Labi2 ni karnivor rupanya.

Sakit ke mokcik? meh sini saya bukak sket balut ni boleh?

And when i took away the bandage, OMG ( buat kata Ezrin), separuh jari telunjuk mokcik dah hilang.

OMG! Bad carniverous labi labi!!!

Mokcik! kena xray ni.. takut dia lahap sekali tulang hujung jari mokcik ni..
Ikut pandai duktur la.. mokcik ikut je..

Hence mokcik pun gi xray.

Review xray takdak pun tulang yang kena makan. tapi mokcik in severe pain.

Mokcik, saya nasihatkan mokcik toksah la lagi bela labi2 tu. Kembalikan dia ke habitat asal. Kang dia makan menda lain plak makcik.. ana kerling makcik.

Tu labi2 anak mokcik punye. Tapi takpela lepas ni mokcik nak suruh anak mokcik bawa balik labi2 dia tu. Tak ndak mokcik melanya lagi.

It's such a bad impression on labi labi.

Lebih teruk lagi bila anak sendiri punya belaan tapi suruh mok pok tolong bela. Orang tua ni kadang2 memang takde kudrat nak maintain menda2 merepek cam labi2.

Sayangilah orang tua kita. Jangan biarkan mereka jadi hamba kita. Sudahlah mereka lelah menjaga kita dari kecil hingga dewasa, kita pulak sedap2 makan kudrat dia yang tersisa. Orng tua tua ni mereka tak reti menolak permintaan anak2. Lagi 2 anak tu mereka kira telah dewasa n faham keperluan mereka. Mereka biasanya akan terkesan bila anak2 minta tolong. Bagi mereka anak2 lah buah hati mereka. Sanggup bergolok bergadai demi anak2. Setitis perasaan Ar Rahman di hati mereka seperti selautan kasih sayang buat anak. Bagilah peluang mereka beribadat ie pergi haji etc, bukannya melayan benda2 remeh seperti membela labi-labi.

A lesson to all.

1 comment:

banat said...

Subhanallah~ kene bgtau anak murid labi2 tu carnivore

siang ke mokcik ok