Sunday, January 31, 2010
Bus trip to KoBanna
First time naik bas dengan syifa' n abang! seronoknya rasa family union and jalan2 after these few tight weeks!
Yang paling mengujakan adalah packing barang2 utk syifa'. Pam2 susu dapat 3 botol then stock dalam travel bag. Beli drypers drypantz sbb nak mudah salin. Pack juga sikit syrup PCM n syp piriton and supp pcm dua tiga butir sbb syifa' demam. (walaupun demam ummi nak bawa juga syifa'.. takkan nak tinggal dengan mok mek sedangkan ummi gi KL? no no ) Packing 2-3 clothes yang travel friendly sbb nanti syifa' nak kena tinggal kat nursery ( i wonder hows the nursery looks like..em).
Ummi n abi share satu je bag. Betullah like people say, once u have kids, u dont really be so fussy about urself.. em..
Malam tu syifa', mubsirah, kauthar n abi naik toreq gi parking kat hospital sbb kita akan tunggu bas kat depan hospital sekali ngan budak2 udm kota.
Naik bas gedegang gedegong..syifa' takleh tido.. tambahan pula syifa' demam sesikit and selsema sesikit.. syifa' takleh tido.. sian kat dia.. nasib baik abi boleh riba syifa'..takdela ummi lenguh sengsorang..
sampai masjid Uniten umi wipe je badan syifa' sbb sejuk n tukar baju hensem utk syifa'.
Tapi tak sempat jumpa sape2 pun ummi dah terpaksa antar syifa' ke nursery. Sedih sekejap tinggalkan syifa' duk terjelepok kat atas tilam baby. dah mula dah berair mata campur pandang2 abi.. nak tinggal ke syifa' ni.. cam tak caya je kat mereka ni.. isk..
abi buat gaya nak cepat ( sbb konvensyen start kul 8, now it's 8.30am)leaving me sedih kejap before lari2 anak kejar abi..
tawakkal je la!
ramainyer jumpa akhawat.. ummu , malia, nana , cik lin, mas, dayah, nik (selamat pengantin baru!), banat!, huda!, etc etc..
ramai je la plak bawa baby masuk sekali.. ayyya. hows my baby doing?
elok2 lunch time ajak abi gi tengok syifa'. nekad nk gi amik syifa'. tngok syifa' dlm nursery, cool je, br lepas mandi.. susu pun ada lg sebotol.. syifa' siap mengacau2 baby yang ada di sekitar bilik baby sebb syifa' baby paling besar hehe...sbb nampak syifa' ok so syifa' stay la sampai abis program k..
the second time travel nk balik ganu syifa' dah boleh tido selesa atas lap ummi !
a day to remember!
good luck abi ada assessment arini..(cian dpt tidur sejam je sebelum kena rush balik paka kul 6.30am). maY ALLAH ease ur assessment..amen..
Sunday, January 24, 2010
lessons learnt
Semalam nights dengan J. Dia jaga red. Ana jaga yellow. Tiba2 masuk satu kes dari penjara marang. Patient 36 y.o Malay complain of sudden onset SOB (shortness of breath). Patient positive RVD (retroviral/ AIDS), active IVDU (IV drug user), known case PTB (pulmonary tuberculosis). Otherwise patient masuk memang tachypnoiec kaw kaw. Dscan dalam 6mmol/L. spo2 on air 95-96% under room air. BP PR sume stable. Tapi patient mmg tachypnoiec. RR 30/min.
Buat Chest xray se. J gi interpret as dia paling senior. J kata dia nampak pneumothorax. Serius setelah ku cuba tonggang terbalikkan xray, i could hardly see any collapsed lung. Tapi J decide nak buat chest tube. Fikir2 balik only pneumothorax yang >25% je yang perlu tube. Hmm biar kat awak la.. tapi J insist cam ana yang kena buat chest tube tu. Tak kuasa weyh.. patient dah la ada HIv , PTB lagi ntah ntah kang ada hep B /C, tak pasal2 je terpercik ke needle prick ke.. tapi as dia insist ( siap perli2 kata cam kita tak reti tube) so ana pun dengan langkah malas gi amik glove (double gloving) n tengok HO buat. (actually HO dah ada dah yang nak wat so biarla mereka buat. akak dulu dah melambak buat, korang buatla plak)
Elok2 tengah dok buat tu, bos L datang. Eh kes ape ni? J pun dengan penuh semangat cite kes ni perlu tube da da da.. bos L gi tengok xray. Ni tak perlu chest tube pun ni. Tapi alas, chest tube dah elok masuk. Ada la sesikit air bubble kuar kat under water container. J pun cam puas ati kata patient improve. So patient dimasukkan ke ward medical 7ef.
Elok2 dua tiga hari lepas tu, J bising2 kata dia kena audit dengan medical. Patient tu rupanya sampai ke ward atas tiba2 jadi sesak nafas. Lagi bertambah tachypnoiec. Repeat Xray ada pneumothorax. Pastu mereka compare xray tu dengan the first xray. First xray takde pneumothorax. So kenapa Emergency masukkan chest tube?
Hence medical kata emergency yang buat patient tu pneumothorax. Iatrogenic pneumothorax. Medical keluarkan kami nyer chest tube and masukkan another chest tube. Baru patient improves. And J kena jawab dengan medical n bos L balik.
Nasib baik i was not the one yang insert that chest tube. Maybe niat J was good masa urge ana to put in the tube. but ALLAH knows better.
Wednesday, January 20, 2010
Stories about syifa'
Syifa' really grows up fast!
Skrang syifa' dah 8 m.o..pandai merangkak secara laju, pull to stand, melutut sambil clap clap her hands, babbling ..ammi ( tapi tk pandai sebut aabii lagi hehe ) so entertaining!
She loves to mencakar people too! o sangat kesian dengan muka ummi n abi (serta syifa') yang penuh dengan cakaran. kalau family reunion setiap weekend tu akan terdengarlah jeritan2 sakit la syifa' bila syifa' start merangkak di atas badan ummi n abi for attention seeking!
banyak jg kemalangan2 kecil yg berlaku. mana taknya ummi sorang nk gi masak basuh kain basuh pinggan sidai baju makan..tanpa sempat ummi watchout tangga dapur tiba2 nampak syifa' menjunam ke tangga satu n summersault di tangga kedua. Pucat lesi sekejap.. my god. nasib baik syifa' ok..tp berita ni harus dirahsiakan dari embah atau opah mi kerana nanti risau la mereka..
but syifa' mmg tak nak stay dlm playpen.. kejap je sebelum start yelling n calling ummi for hugs.. so sekarang ni bila nk buat kerja apa2 ummi akan gendong syifa' mcm joey! tangan ummi memang kena kuat..bila nk mandi bawa tub syifa' ke bawah n letak syifa' bersama duckie Digi abi.
ni syifa' tgh menyusu setelah cubaan ummi nak baca quran lepas subuh tak berjaya..
Monday, January 11, 2010
Family Day
Ramai juga yang turn up to the family day in Angulia Beach Resort anjuran ISMA K tganu.
Kami dapat juga buat aqiqah syifa' on that day.. alhamdulillah.
Tapi kena bergegas balik lepas zuhur utk masuk keja 3pm..xsempat dengar ufa..isk..
Friday, January 8, 2010
Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa
Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.
TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
OBJEKTIF
i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.
PEMBENTANG KERTAS KERJA
Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia
Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia
YURAN PENYERTAAN
Klasifikasi | Bayaran | Sasaran (orang) |
Perseorangan | RM50 | 800 |
Wakil Organisasi | RM100 | 20 |
Suami dan Isteri | RM70 | 200 |
Pelajar | RM20 | 2000 |
TENTATIF PROGRAM
8.00 am – 8.40 am | Kehadiran peserta dan pendaftaran |
8.40 am – 9.00 am | Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi |
9:00am – 10:00am | Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia |
10:00am -10:20am | Rehat |
10:20am -11:30am | Kertas Kerja I ”Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran” oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias |
11:30am- 11:40am | Tayangan Multimedia |
11:40am -12:50pm | Kertas Kerja II”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman |
12:40pm – 2:00pm | Solat dan Makan Tengahari |
2:00pm – 3:10pm | Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni |
3:10pm – 4:00pm | Ucapan Penggulungan dan Resolusi
|
4:00pm | Majlis bersurai |