Sunday, March 8, 2009
Mitsaqan ghalizan
Perjanjian itu
Dimeterai atas dasar iman dan taqwa
Tadhiyah lid dakwah ila ALLAH
Menghalalkan ukhuwah dan cinta antara kita..
Perjanjian itu
Mempertemukan kebiasaan kebiasaan
Dan menyamakan kelainan
Antara kerijalan ikhwah dan keperempuanan akhawat
Menyeimbangkan dan menyalurkan fitrah
Akhi ku
Daku menyintai mu kerana ALLAH
dan sinar matamu yang mengasihi tulus ikhlas keranaNYa
walaupun dibatasi kekurangan kekurangan antara kita
Kita berusaha mengatasinya .. bersama..
Zaujiy habibiy
Pimpin tanganku menuju redhaNYA
Daku akan berusaha membantumu sadayaku
kerana cinta mawaddah dan rahmah NYA
Ku berdoa moga kasih kita berkekalan sehingga ke syurga
dan zuriat zuriat yang bakal dilahirkan
akan dapat mewarisi perjuangan kita
sehingga tercapai antara dua ..
Eesy Azeezan au mut syaheedan!
fillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment