My scribbles

Monday, January 17, 2011

Ahlan wa sahlan mujahid sulung! Abdullah AL Mubarak b Mohd Nasrul Muhaimin


Abdullah Al Mubarak b Mohd Nasrul Muhaimin, 12/1/2011 @ 8 Safar 1432H
Bwt 3.28kg, normal, Prince C ourt hospital

First kiss abi to Abdullah

Klong syifa' throwing tantrum upon seeing Abdullah?



Alhamdulillah, putera sulung ummi n abi telah selamat dilahirkan pada
12/1/2011 8 Safar 1432H, 3.10pm @ Prince Court Hospital.

Jazakumullahu khairan kathera pd semua yg sudi ziarah sepanjng berada di hospital..;)
( ukhti wani n akhi zayd ; ukhti huda ukhti humaira n akhi hatta ; ukhti nana, ukhti rumaysa n akhi zaizul)
Banat- iA ada rezeki kita jumpa..syifa rindu acik banat jg!

--------------------------------------------------------------------------

Abdullah Al-Mubarak Mewarisi Ibnu Mas’ud

(Al Muntalaq)



Allah S.W.T. memberi hidayah kepada Abdullah bin Al-Mubarak (meninggal pada 181H) untuk melakukan pembaharuan (tajdid) dalam kehidupan umat Islam.

Abdullah bin Al-Mubarak Rahimahullah adalah seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti dengan adanya hadis-hadis beliau yang termaktub di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim, kitab-kitab sunan dan kitab-kitab musnad. Lebih dari itu, beliau adalah di antara ahli fiqh yang bijaksana dan mempunyai harta yang banyak. Kekayaannya telah dibelanjakan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar dan majlis ilmu di semua ibu negara Islam. Beliau juga mempunyai koleksi puisi-puisi indah tentang keimanan.

Bukan itu saja, bahkan beliau juga adalah seorang da’i dan mujahid. Setiap tahun beliau berperang di Rom dan menjadikan Tursus yang terletak di selatan Turki sebagai tempat tinggal. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau pemimpin ahli hadis semasa zamannya.

Kata-kata yang dipetik dari Abdullah bin Mas’ud itu menggegarkan Abdullah bin al-Mubarak lalu dijadikan sebagai pelita di dalam hidupnya. Beliau memainkan peranan Ibnu Mas’ud yang kedua. Hinggakan kita dapat lihat beliau membantah sikap sahabatnya, seorang ahli ibadah zuhud yang thiqah iaitu al-Fudhail bin Iyadh Rahimahullah (meninggal pada 187H) kerana mengasingkan diri di Mekah untuk beribadat dan meninggalkan jihad.

Al-Fudhail juga merupakan seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti apabila hadis-hadisnya terdapat di dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim. Dalam sejarah Islam, beliau dianggap seorang ahli ibadat dan zuhud yang termasyhur dan paling baik perkataannya. Tetapi Abdullah bin Al-Mubarak tidak menganggap keistimewaan itu sebagai alasan untuk meninggalkan jihad dan memerangi musuh Islam. Ibnu al-Mubarak pun mengeluarkan ‘kata-kata berat’ kepada al-Fudhail di mana beliau menyifatkan sahabatnya itu sebagai ahli abid yang bermain-main dengan ibadatnya. Tegurannya itu dikirimkan kepada al-Fudhail dari Tursus setelah selesai satu peperangan, semasa belum pun sempat debu di badannya hilang. Beliau mengirimkan rangkap-rangkap puisi yang tersangat indah, menjadi hujah bagi setiap da’i selepas beliau.

Syairnya mengandungi rangkap-rangkap yang sungguh mengkagumkan, isinya yang sangat benar dan jitu disulami dengan bahasa yang bermutu tinggi.

Bukalah hati kalian, rungkaikanlah belenggu dan bebaskanlah hati kalian dari ikatan, supaya dia terbang dan melayang tinggi bersama rangkap-rangkap puisi Ibnu al-Mubarak:

Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram, jika kamu melihat kami

nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.

orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,

sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah

dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia

sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan

kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami

adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan

telah datang kepada kami sabda Nabi kita

kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta:

“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala

kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa “orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta

Ungkapan Abdullah bin al-Mubarak ini diucapkan kepada ahli ibadah yang berada tanah haram Makah al Mukarramah. Al-Fudhail digelar sebagai ahli ibadah di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan banyak menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya dengan menyebut tentang air mata. Seperti sesetengah orang yang bersembahyang, al-Fudhail memakai haruman mawar dan lain-lain haruman untuk mencontohi sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Abdullah bin Al-Mubarak menyindirnya dengan mengatakan ianya satu haruman yang mudah padahal Rasulullah S.A.W. dan pewaris baginda dari kalangan ulama’ mujahidin berlumuran dengan darah dan debu medan peperangan di samping haruman mawar dan kasturi.

Apalah yang patut kita katakan kepada orang yang pada hari ini meninggalkan jihad dan dakwah, tidak amar makruf dan nahi mungkar, bukan kerana banyak beribadat, tetapi untuk berehat, bermewah, mengumpulkan harta dan memuaskan hati suami atau isterinya?

Apakah tidak patut kita katakan kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah di katakan Abdullah bin Al-Mubarak:

“Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat, barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”

Jika ahli ibadat merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak melakukan solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula bengkok belakang mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka terpaksa ke sana ke mari pula membincangkan dan merencanakan pelbagai urusan dan maslahah umat Islam. Tekak mereka pula kering kerana banyak bekerja dan bergerak. Mereka mengorbankan darah mereka hinggakan jasad-jasad mereka terkulai di tali gantung.



Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, December 23, 2010

Muhim!

Kebelakangan ini, terutamanya dalam suratkhabar banyak mengutuk House Officers. Juga merendahkan graduan dokor2 muda dari dalam dan luar Negara. Oleh pengaruh yang kuat dari pendapat Cuma beberapa individu dan bukan evidence based data, ramai doktor2 Islam telah percaya dan terpengaruh sehingga berpendapat :

1. Doktor akan terlalu ramai dalam jangkamasa terdekat

2. Houseman sekarang terlalu ramai

3. Houseman sekarang tak berkualiti

4. Houseman sekarang banyak masa lapang sehingga ada yang sempat tengok wayang etc.

5. Universiti swasta hanya mementingkan keuntungan dan hasilnya tak berkualiti

6. Universiti2 luar Negara dimana ramai orang2 Melayu/Islam pergi (kerana mungkin itu saja yang mereka mampu) adalah tidak berkualiti kononnya

7. Pada tahun 2015, kita akan kecukupan nisbah Dr : Pesakit

Saya ingin mengemukakan pendapat saya yang sangat bertentangan dengan pendapat di atas.

Pada pandangan saya, ini adalah agenda untuk mengurangkan doktor2 Melayu atau Islam untuk jangkamasa akan datang.

Kita semua maklum bahawa perkembangan kini telah meningkatkan nisbah doktor2 melayu dari 8 % sehingga lebih 38%. Kita pastinya tidak kecukupan kalau mengikut nisbah penduduk Malaysia dan kita juga maklum keperluan doktor2 yang sanggup bekerja di luar Bandar adalah sangat tinggi. Kebanyakan tanggungjawab ini dipikul oleh doktor2 Muslim sementara yang lainnya lebih mementingkan kepakaran dan wang yang banyak.

Kita juga maklum bahawa zaman ICT telah mula berakhir dan zaman akan datang adalah zaman biologi/bioteknologi dimana ia akan memandu kemajuan dan pertembungan peradaban. Inilah medan jihad masadepan untuk menjayakan perjuangan ummat. Ummat sangat2 memerlukan manpower dalam bidang ini. Perubatan, Pergigian, Farmasi, Health Sciences, semuanya akan penting untuk masadepan.

Pada pandangan saya, kita tidak harus terikut2 dengan trend yang buruk di atas kerana ia telahpun memberikan kesan negative yang sangat merbahaya antaranya :

1. Ramai house officer yang telah berhenti setelah beberapa bulan sahaja bekerja. Mereka telah di hina dan di kutuk oleh seniours seolah2 sangat tidak cekap dan bodoh. Padahal janji kita dalam sumpah pengamal perubatan Islam adalah untuk mendidik mereka yang muda dan menganggap semua adalah saudara kita dalam team yang sama. Ini adalah perbuatan seniors yang sungguh tidak beretika dan mengundang bala dari Allah!

2. Ramai yang cepat2 mahu untuk berhenti kerja setelah bertungkus lumus belajar tidak kurang dari 5 tahun dan bergegas untuk buat kursus preclinical walaupun belum habis housemanship dan tidak berdaftar penuh sebagai pegawai perubatan

3. Kementerian Pendidikan tinggi terlalu tergesa2 mahukan Moratorium untuk menghentikan university baru memulakan kursus perubatan. Kenapa?

4. Ramai tidak sedar bahawa para doktor Malaysia boleh berkhidmat di negara2 ummat Islam yang lain untuk membantu Ummat secara global. Kita takkan terlalu ramai doktor kalau kita memikirkan issue Ummat

5. Kita lupa bahawa bencana alam berlaku sangat kerap kebelakangan ini. Ia memerkukan khidmat bidang kita yang amat banyak. Bukan hanya boleh dikira dengan nisbah dr:penduduk sahaja

6. Kita juga lupa bahawa setiap kepakaran masih belum cukup tenaga kerja. Dengan adanya ramai graduan perubatan, lebih ramai boleh buat kepakaran yang masih tidak mencukupi.

7. Kita lupa bahawa dengan adanya ramai doktor, lebih ramai yang boleh berkhidmat untuk membantu yang miskin kerana kos perubatan akan menurun dengan adanya daya saing.

8. Ramai yang berkhidmat di Negara asing akan terpengaruh bahawa keadaan di Malaysia adalah teruk dengan adanya laporan akhbar pemfitnah itu dan tidak mahu pulang berkhidmat kerana merasakan ia berada di tempat terbaik meskipun hidup merana tanpa keluarga dan sanak saudara.

Saya berharap agar kita tidak tertipu dan banyak2 membaca surah Alkahfi kerana ini adalah zaman fitnah akhir zaman dimana manusia hanya memikirkan material tanpa melihat lebih jauh ke ganjaran akhirat

Marilah kita sama2 membantu ummat kita dan menjadikan profession kita satu perjuangan, bukan hanya mata pencarian. Kemahuan anak2 kita yang kuat untuk menjadi doktor janganlah di halang atau di hentikan. Merekalah pejuang yang akan menjayakan ummat bila kita sudah tua dan lemah. Sekiranya kita menghalang manusia dari jalan Allah, Dia akan melaknat kita dan meyamakan kita dengan orang2 kafir, Nauzubillah.

Allahu akbar!

Tuesday, November 23, 2010

PAKA



Hari ni first day keja di paka. K Kam pergi kursus TBIS di kemaman, so kena handle sorang2 klinik arini. herm.



Pegi belek2 machine scan. Kuno ya rabbi. Tapi takla seteruk machine di kj. Boleh faham la camne nak operate. Ok jom kita start keja. panggil patient masuk. Nice and comfy.

Elok2 pukul 10am dapat call dari M.. Dr ada satu kes pengsan kat rumah. Makcik tu umur 60's ada DM and HPT. BP on arrival 218/100.. alamak.. hypertensive emergency with possibility of stroke. Ok saya datang kejap lagi.. wait me in casualty.

Tiba2 ada sorang akak staffnurse berlari2 datang dari site. Dr Dr ada patient nak deliver. Dah 7 cm . Nak minta tolong dr buatkan ARM ( artificial rupture of membrane -pecahkan air ketuban). ok, nak sambut kat sini ke? ok je dr, lagipun dia dah gravida 3 ( kandungan ke 3).. ok ... saya gi tengok case casualty jap, sikit lagi saya gi sana...

Examine makcik yang tengah terbaring di stretcher. GCS 12/15. Tak bercakap pun..rupanya recurrent stroke. Left CVA with right hemiparesis. and hypertensive emergency. Pupils equal, Buat referral and send patient to hosp.

Pergi pulak attend patient in labour. Dr Dr Air ketuban dia dah pecah dah tadi. Cuba dr check.. saya rasa macam fully. Tapi bukan kepala tu dr.. cam pungggung baby je ..

ah sudah.. breech ke..
ana pun buat VE.. o my god.. buttock presentation.. Breech la oi..

saya rasa macam membrane bulging lagi.. sempat kut kita kejarkan ke hospital dungun. bukannya tak nak sambut kat sini.. tapi better ada paeds standby.

Patient nak push sangat. Alamak. all i can see is a buttock at the vagina. Membrane dah rupture la!

Dah sambut je la kat sini. Ok akak2 .. kita sambut baby ni kat sini!

Ana cakap dengan patient... Ok kak ye.. anak akak ni songsang. Akak kena tolong saya supaya saya boleh tolong akak.. banyak doa moga mudah baby ni nak kuar.

akak2 staffnurse sibuk pakaikan ana gown. I put on sterile gloves.
Ok kak..sakit tak skrang? patient angguk,..ok TERAN!

nampak buttock baby kuar masuk kuar masuk. TERAN KAK kuat2!
ok kak staffnurse. bagi saya gunting epi, kena buat epi ni..

dr dr kita takde epi set!

hah! la.. dah camtu kita guard elok2.

patient teran bersungguh2, good.. buttock bby nak keluar dah. Guard perineum dia. Kang tak pasal2 koyak rabak plak. Ana cari kaki baby. Extended breach. Kuarkan satu kaki kiri pelan2,.pastu kaki kanan baby. Berjaya.

Baby terberak. Agaknya stress kut, ok.. takpe takpe.. tangan baby pulak ana tarik kuar, Satu satu. Ok akhirnya tingggal part kepala tak kuar lagi. Huargh,, ni yang paling takut ni.

ok kak.. badan dah kuar ni.. kepala plak,

Ana buat maneuver badan baby secara tertonggeng. Masukkan jari dalam mulut baby. Support neck dia,.

Lama kepala baby stuck. Kami dah takbir ramai2..dalam lebih kurang 3minit, kepala baby dapat dikeluarkan. ALLAHUAKBAR!

Baby cuba nak nangis. Sikit je,Blue but vigorous. Ana gosok2 belakang dia. Stimulate senses, Suck secretion dia.. baby pun nangis. ALHAMDULILLAH>.

Cucuk syntometrin kat peha patient. Then minta tolong staffnurse tolong kuarkan uri sementara ana dok siapkan referral ke hosp. Check tear patient. Ok. Second degree je,.. boleh jahit kat hosp. Patient dah berjela2 menunggu.. fuh..

lepas ni nak kena minta epi set . tak logik la kat klinik takde epi set.

Am i to take O&G? cam menarik la plak.

what a day! sampai ada staffnurse yang tegur.. baby dr ok ke? nyaris dr sendiri tak terberanak!
hehe.

ALLAHu mustaa'an..

note: External cephalic version boleh dilakukan untuk cuba memusingkan baby sebelum tanda2 bersalin. Syaratnya kena dibuat di hospital yang ada pakar and ada paeds. Sbb risiko utk fail tinggi yang boleh menyebabkan uri lekang ( placenta abruptio) and perlu ada backup ceaserean section. )

Thursday, November 11, 2010

Crucial…


Because of recent abductions
In daylight hours, refresh yourself of these things to do
in an emergency situation...
1.
Tip from Tae Kwon Do:
The elbow is the strongest point
on your body.
If you are close enough to use it, do it!
2.
Learned this from a tourist guide.
If a robber asks for your wallet or purse,
DO NOT HAND IT TO HIM.
Toss it away from you....
Chances are that he is more interested
in your wallet or purse than you & he will go for the wallet/purse.
RUN LIKE MAD IN THE OTHER DIRECTION!
3. If you are ever thrown into the trunk of a car,
kick out the back tail lights and stick your arm out
the hole & start waving like crazy.
The driver won't see you, but everybody else will.
This has saved lives.
4. Women have a tendency to get into their cars
after shopping, eating, working, etc., & just sit
(doing their cheque book, or making a list, etc.
(DON'T DO THIS!)
The predator may be watching you,
& this is the perfect opportunity for him to get in
on the passenger side, put a gun to your head,
and tell you where to go.
AS SOON AS YOU GET INTO YOUR CAR,
LOCK THE DOORS AND LEAVE....

If someone
is in the car with a gun to your head
DO NOT DRIVE OFF,
Repeat:
DO NOT DRIVE OFF!
Instead run the engine and speed into anything, wrecking the car.
Your Air Bag will save you.
If the person is in the back seat they will get the worst of it.
As soon as the car crashes bail out and run.
It is better than having your body found in a remote location.
5. A few notes about getting
into your car in a parking lot or parking garage:
A.) Be Aware:
look around you, look into your car,
at the passenger side floor, and in the back seat
B.) If you are parked next to a big van,
enter your car from the passenger door.
Most serial killers attack their female victims
by pulling them into their vans while the women
are attempting to get into their cars.
C.) Look at the car parked on the driver's side of your vehicle,
& on the passenger side.... if a male is sitting alone
in the seat nearest your car, you may want to walk back
into the mall, or work & get a
guard/policeman to walk you back out.
IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY.
(And better paranoid than dead.)
6. ALWAYS take the elevator instead of the stairs.
Stairwells are horrible places to be alone,
& the perfect crime spot.
This is especially true at NIGHT!
7. If the predator has a gun & you are not under his control,
ALWAYS RUN!
The predator will only hit you (a running target)
4 in 100 times, & even then, it most likely WILL NOT be a vital organ.
RUN, preferably in a zig -zag pattern!
8. As women, we are always trying
to be sympathetic:
STOP!!
It may get you raped, or killed.
Ted Bundy, the serial killer, was a good-looking,
well educated man,
who ALWAYS played on the sympathies of unsuspecting women.
He walked with a cane, or a limp,
& often asked 'for help' into his vehicle or with his vehicle,
which is when he abducted his next victim.
9. Another Safety Point:
Someone just told me that her friend heard
a crying baby on her porch the night before last
& she called the police because it was late
& she thought it was weird... The police told her
'Whatever you do, DO NOT open the door..'
The lady then said that it sounded like the baby
had crawled near a window & she was worried
that it would crawl to the street & get run over.
The policeman said, 'We already have a unit on the way,
whatever you do, DO NOT open the door.'
He told her that they think a serial killer
has a baby's cry recorded & uses it to coax
women out of their homes, thinking that someone
dropped off a baby. He said they have not verified it,
but have had several calls by women saying that
they hear baby's cries outside their doors
when they're home alone at night.
10. Water Scam!
If you wake up in the middle
of the night to hear all your taps outside running,
or what you think is a burst pipe,
DO
NOT GO OUT TO INVESTIGATE!
These people turn on all your outside taps
full bore so that you will go out to investigate
& then they attack.

Stay alert, keep safe, and look out for your neighbours!

Monday, November 1, 2010

Ketengah Jaya

Today i replaced Jason at Kj.. alhamdulillah, abang drove me there. Jauh sey..masuk felda.. huhu.. nasib baik sehari ni je.

Jlan masuk ke dalam memang bersimpang siur..L pernah kata kadang2 motorsikal lalu takde lampu..kereta lain semua laju sbb turun bukit.mmg accident head injury kaw kaw sampai doctor sendiri kena turun ke accident site confirm death.

if duduk kuarters, confirm penduduk kampung datang ketuk pintu rumah malam2 minta tolong tengokkan case.

Ana pusing2 tengok klinik. Ok. Nice setup. Ada klinik ABC (birth center) kat sini. Seronok jap baca pasal exclusive breastfeeding. Tengok Kd pun dah dapat pengiktirifan baby friendly clinic.

kes2 still banyak bertambun2..

Ultrasound memang antik.. yang screen besar tu..berat..terboyot boyot rasanya nak ubah kedudukan ultrasound bagi patient tengok baby yang discan.. puas tekan tekan pusing pusing cursor, baru jumpa fetal measurement. Nasib baik gambar tak kelabu asap. Kalau tak patient kena datang balik la utk confirm REDD and repeat scan.

after quite sometimes in clinic, i realized Public health is quite interesting. Peranan yang dimainkan primary care memang menarik and all out especially dalam bab Pengawalan denggi, vektor surveillance, TB , leptospirosis... u know all these community projects. We were all given abate ( ubat jentik2 ) to be put in our own water tanks /pots masa orientation..turun padang utk bersihkan kawasan hot spot dengue. Kalau ikutkan thermal fogging and semua kempen2 banteras dengue yang kita dah buat, mmg sepatutnya takde dengue dah.. tapi disebabkan community awareness yang kurang.. ( oh.. betapa haritu masa wabak dengue di KTganu, takde orang kampung nak join gotong royong.. tapi sampai hati tunjuk2 kat kami kat mana tempat tong2 yang perlu dibersihkan.. teruk sungguh.. bukannya nak tolong..

Malaysia ku yang kotor dengan penduduknya yang pengotor. Sbb tu nyamuk aedes aegepti betina membiak dengan berjentik2 banyaknya.. dalam air yang bertakung..berterbangan sejauh 200mter utk gigit orang lain pula. Thats why thermal fogging kita target rumah2 yang within 200meters radius.

Tapi masalah iman yang sebenarnya. Kurang iman leads tu kurang taqwA. Kurang taqwa leads to suka buang sampah merata rata. Sbb tak takut ALLAH nampak. Suka buang sampah leads to pengotor. Pengotor leads to dengue..

An nazofatuminal eman..

Sunday, October 31, 2010

Its rainy season in Terengganu!

Again! ( alhamdulillah..how i hate the 'rain rain go away song',..rain is SUPPOSED to be a blessing, not something to be hushed away..stupid song..)

And ummi waled just gone back to selangor.. missing them already..

Reading the newspaper, i wonder how malaysia will perform in the next 5 years?

batu sapi and ansari slipped into the sea? hihi..

brek bas tak makan killing 7 MALAY youths? oh..mmg ada agenda utk hapuskan melayu ke ni? hmm..

flipping thru majalah solusi, faizal tehrani commenting on drama malaysia kini yang gila..hampir pupus idea, takde nilai estetika ( keindahan).cuma menonjolkan maksiat dan paparan realiti asing yang keliru..

dah ke mana malaysia kita?

1 malaysia yang makan diri sendiri?

when are we going to raise?

Antara ahli ibadat yang bermain2 dan tarian kijang kijang yang pengecut!

Wednesday, October 13, 2010

Tabahlah..

Air mata menderu laju..tak pasal pasal menangis tersedu sedu di situ..

Muka bengkak kL kutatatap...

"Akak awal awal tu rasa asyik nak terbuang air.. dua tiga kali pergi toilet..tiba tiba rasa ada benda nak keluar ikut depan pulak.. masyaALLAH terus terkeluar baby akak,, sempat pegang la..dia nangis kuat juga..pastu akak call kk dungun, mereka suruh jm dari kd padang jambu untuk assist akak..

kL menceritakan detik cemas dia menyambut sendiri kelahiran anaknya yang tak cukup bulan..ana tarik nafas dengar ceritanya..

kL mengandung lebih kurang sama waktu dengan ana sendiri.. tapi mengandung kali ni kL ada banyak komplikasi.. she was suspected molar pregnancy, atau bahasa lainnya mengandung anggur,.placenta (uri) jadi seperti buah anggur..berbiji biji putih.. tak dapat supply enough oxygen pada baby. Kadang kadang baby ada complication lain, fetal hydrops, Baby jadi berbonggol bonggol air dan biasanya akan keguguran..

kL follow ups antenatal dengan kami di kuala dungun. Linda yang tengok case kL sbb time ana masuk already kL dah pregnant 24 weeks gitu. kL selalu bleeding masa mengandung kali ni.. walaupun kandungan dah 20 weeks over, tapi kL selalu bleed .. kadang2 habis satu sarong kain telekung lenjun dengan fresh blood... banyak tu.. Hence linda dah referred kan kL ke specialist O+G HSNZ and ada visiting specialist dari Hosp K.baru yang akan counsel kL regarding the pregnancy. Last f/up kL kata uri yang mereka suspect molar tu dah jadi cam blood clot je dalam ultrasound.. tapi bb dah ada banyak air di jantung...

ana tarik nafas dengar cite kL..i think most likely bb tu dah developed hydrops... probably kL ada half molar pregnancy.. sbb tu baby still viable..

minggu lepas i was shocked bila dapat berita kL tiba tiba bersalin di rumah. Uri dipotong di rumah oleh jm dari klinik desa padang jambu. Baby terus dikejarkan ke NICU hSNz sbb biru.. kL sendiri masuk ke hosp dungun sbb terlalu pucat,.. Hb di hosp hanya 7.4 ..kL tak boleh bangun langsung.. kena papah... muka pucat lesi,,, uri lekat pulak tu.. kena buat manual removal of placenta ... korek uri yang tertinggal sampai tumpah darah lagi... kL kena transfused malm tu dan esoknya ..total dalam 4 pints pack cells...

ana bergegas message nik di paeds hsnz..nasib baik nik dah masuk rotation paeds.. boleh tolong tengok2kan baby.. nik kata bb kena intubate ( masuk tiub pernafasan sbb nampak tachypnoiec).. mereka beri dexamethasone ( utk matangkan paru2 baby sekali) sbb bb premature...nampak keadaan kritikal.. tak comel mana..

esoknya i received news yang baby dah passed away kul 5am semalam.. sangat sedih,.. kL still dalam ward.. sedangkan baby dah takde.. kL kata cikgu pergi kebumikan baby .. abang n ikhwah lain sempat ziarah cikgu bagi semangat..

ana lari2 dari kk sebelum waktu !erja tamat utk visitk kL di dungun. But i cannot restrained my tears ..sedih simpati semua ada.. itulah kL kata , dalam ward bersalin tu tengok kiri kanan depan belakang semua orang ada baby.. baby dia... astaghfirullah.. moga tabah akak! moga ALLAH gantikan dengan yang lebih baik amen...