My scribbles

Showing posts with label Tafakur. Show all posts
Showing posts with label Tafakur. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

Rindu

Betapa terkadang aku rindu..
rindu pada suasana itu..
pada kebeningan malam di tepian Yarra River..
pada keselesaan tram and train di melbourne.
pada kedai Hong Kong Clayton
pada butcher di Dandenong
pada pemandangan spring cleaning setiap kali lalu di Moriah St
pada jalan belakang ke Monash Medical Center
pada bunga2 kecil yang gugur setiap kali autumn
pada pagar2 renek yang nanti rasa je ada anjing akan melompat keluar..
pada beaches and the sunset..(padanya gelak tawa kita setiap kali u bersama)
pada travelling yang tak pernah rasa penat.......

argh.. rindunya pada suasana hening di pagi winter..
tatkala menuruni tangga dari Deakin Hall..
burung berkicauan dengan deburan itik-itik di pond uni..
sangat menenangkan..

RINDU..rindu pada suasana alam maya ciptaan ALLAH Yang Esa..
terasa kehangatan cintaNYA pada setiap renungan alam yang menginsafkan..

adakah tiada di sini??
sini juga bumiNYA..
kita berkongsi cita yang sama..
cuma di suasana yang lain..
yang lebih tegar dan tidak mesra alam..
masyarakat yang sepenuhnya islam tetapi confused...
mereka yang menyanyi membuka aurat tetapi juga lincah melagukan quran..
mereka yang menyanyi siulan syaitan tetapi masih tega melagukan azan.
mereka yang bertudung tapi leka dengan zina.
mereka yang terkinja2 menari tetapi culas mengerjakan solat.
mereka yang suka makan McD tanpa rasa bersalah.
mereka yang asyik menyapu krim Johnson&Johnson dengn alasan krim lain allergic.

teringat nasyed di KISAS..
'Wahai generasi dengarlah pesanan ku ini.
Bumi ini bumi bertuah..
suburnya sesubur tanaman di lembah.
menghasilkan insan berjiwa tabah!

Monday, November 23, 2009

Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah




Ramai daripada kalangan kita yang telah maklum akan kelebihan 10 malam-malam terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai di kalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 hari-hari pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tiada suatu hari pun di mana amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah." Para sahabat baginda bertanya: "Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan hari-hari tersebut)?" Ujar Baginda: "Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)."

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiada suatu hari pun di mana amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)."

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda: "Seutama-utama hari adalah hari Arafah".

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya sabda Nabi s.a.w.: "Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga".

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, "Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu".

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang."

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum." Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, "Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) ".

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya", dan di dalam riwayat lain: "Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban."

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, "Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya)."

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Ini Jalanku <http://inijalanku. wordpress. com/>

Thursday, September 3, 2009

Lets strive !




It's the 13th of Ramadhan.. lets strive!

Dah berlalu 10 malam rahmah..kini giliran 10 malam maghfirah..

and 10 malam seterusnya terhindar dari azab api neraka..

Ta'abud ! Tadabbur ! Tafakkur !

;)

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan shines..





Ramadhan kareem..

cintaku menjelma kembali.

utk ku sulam air mata taubat kepadaNya.

semurni jiwa bidadari cilik di tepiku..

moga mujahed ku tetap langkahnya. dan terus maju bermujadah memacu dakwah n usrati dengan himmah dan kebijaksaan dan keperwiraan.


mari bertadarus dan bertadabur.. ( min 1x/ khatam quran)
mari berhafazan ...(min satu juzuk baru)
mari beribadah ..(tarawikh, iktikaf, zikr, qiyamullail )

mari perbanyakkan berdoa..(tetapkan thabat kami di jalan dakwah.. moga perakhiran dalam husnul khatimah..mg dapat tukar dungun / paka ..ya ALLAH)

mari berukhuwah..

mari berdakwah .. (bil qudwah wa lisanina wa qalbina wa seluruh kehidupan ini...)


moga kekal kuat utk terus breastfeeding..amen

tips: soya bean curd, multivitamin, nasi (musti!), lots and lots of water.


Nak gi cari lobak putih. ta.




u_syifa'

Saturday, August 1, 2009

Manusia dan tanggungjawab.

Telah terkhilaf ke atas manusia tak kira besar kecik tua muda. Apabila lahir ke dunia maka akan jatuhlah tanggungjawab ke atas dirinya utk menjadi khalifah di muka bumi..



Iz qola rabbuka lil malaaikati inni jaa'ilun fil ardhi kholifah.

Qoluu ataj a'lufiiha man yufsida wa yasfikud dimaa'a

wa nahnu nusabbihu bihamdika wa nuqaddisulak

qola inni a'lamu maa la ta'lamuun..



(Al baqarah: 30)



Kadang2.. terkenang.. zaman kecik2 dulu.. main kat tepi sungai perak.. time tu tengah banyak explore. Banyak tengok orang. Suka sembang dengan orang. Suka main masak2. Main rounders, penggal selipar, main getah. Sbb nak experience banyak menda. Seronok sungguh. I'm so thankful to my parents for a wonderful childhood di kampung.

Ummi and waled selalu impose tanggungjawab pada adik beradik. Along kena make sure takde pinggan dalam sinki. ana pula kena sapu daun2 yang gugur kat halaman. amir time tu kecik, asyik main lego. Tapi tanggungjawab semua .. bila keluar rumah, kena balik sebelum pukul 7pm. if not, ummi tak bagi masuk rumah. Kena kurung kat luar rumah.

Ada sekali balik terlewat sikit. Seronok sangat main beskal. pastu pergi dengan No ke tepi gigi sungai .. kutip remis.. asyik sangat sampai dah nak dekat senja..tengok matahari terbenam. Sangat cantik. So akhirnya terlewat sampai rumah. Pukul 7.05pm. Kena denda duduk kat luar sampai waled balik. huhu. takutnyer ALLAH je yang tahu.

sekarang tengok syifa'ul hayah. Baru nak besar. Dulu ALLAH izinkan syifa' budding in me.. kicking.. wriggling...bila dah tertulis saaat dan ketika, syifa' keluar jadi permata ummi n abi. and i'm now an ummi. and zaujiy habibiy is an abi. Banyak sekali tanggungjawab utk dilaksanakan..



Aku ingin bahagia seriang kicau burung yang terdengar ..
Aku menginginkan warna kehidupan seindah pandangan..
Aku ingin segalanya damai.. sedamai pagi yang cerah ..

Aku ingin hati ini sebersih titisan embun..
Aku ingin semuanya yang harum dan indah..
Tapi segala galanya bermula di sini.. di HATI ini.. jiwa yang gersang..
Mencari kasih sayang di persada kehidupan..

Kerana indahnya suasana.. berpunca dari dalam diri sendiri..
Oleh warna kehidupan yang tercorak di sanubari...
Kerana.. indahnya suasana .. berpunca dari dalam diri sendiri..
Teraut di pentas hati semua ketenangan dan keindahan segala..


Hanya.. pada IMAN dan ISLAM..


in memories.. Su Nik ..the true you/

Wednesday, March 4, 2009




Puteri ku sayang..
kau mengharumi perjalanan dunia.. dilaulah penyeri islam dan tamannya..
jangan dicemar keharuman dirimu.. dengan mazmumah dan palitan dosa dunia.

pertahankan keindahan dan kemurnian maruah..
dengan pertimbangan dan kewarasan iman..
biar kumbang itu terus menagih..
andai kau kuat , lempari nya dengan kekuatan iman dan malu..
bukan terus menerus setia pada yang bukan hak..
bantulah dirimu dan hatimu mencari cinta suci..

andai hidayah ALLAH telah mengetuk pintu hatimu,
jangan kau tutupi ia..
kerana mungkin cuma sekali ia mengetuk..
dan tidak datang lagi..

Wednesday, February 4, 2009



‘ Wanita yang kotor adalah untuk lelaki yang kotor dan laki-laki yang kotor adalah untuk wanita-wanita yang kotor. Wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik, dan laki laki yang baik hanyalah untuk wanita wanita yang baikk ( An Nuur: 26)

Kerapkali kita tersilap menyusun pembaikan diri kerana niat untuk mempersiapkan diri menerima dia. Walhal sebenarnya ada atau tidak adanya dia ‘saya’ harus terus melakukan pembaikan diri. Bukan untuk mengukur ‘wah saya harus memperbaiki diri dulu ni’. Akibatnya setelah melakukan pembaikan diri pun masih ada pertanyaan, ‘ bagaimana kita mengukur bahawa kita sudah sedia untuk menikah? Bagaimana mengukur kita sudah layak mendapatkan dia? Dan bagaimana kita mengukur bahwa dia juga sesuai untuk kita?

Hakikatnya itu terlalu cetek untuk menjadi tujuan sebuah perbaikan diri yang nantinya adalah proses terus menerus yang juga kita lakukan setelah menikah dan sepanjang hidup. Soal siapa yang jauh lebih baik dari dia, tiada waktu untuk diteka teka. Biarlah itu urusan ALLAH. Sampai pada suatu masa kita serius untuk sebuah proses pernikahan, lalu ada ikhtiar. Dia akan bukakan rahsia itu dengan mudah iA. Lalu saya jadi teringat pada sebuah pertanyaan di sebuah forum, ; kalau kita sudah memperbaiki diri kemudian kita menikah, ternyata kita mendapat jodoh yang tidah sebaik kita, bagaimana?

Ada beberapa alternatif jawapan yang boleh dipertimbangkan. Pertama, memang ada kemuliaan yyang ALLAH berikan kepada hambanya berupa ujian melalui pasangan hidup seperti yang dialami oleh Nabi Nuh, Nabi Luth dan Asiyah Bt Muzahim. Kedua mungkin kita telah melakukan pembaikan diri dan itu nampak secara zahir. Tetapi secara batinnya kita mungkin lebih buruk lagi dari pasangan hidup kita itu, iaitu niat kita, keikhlasan kita dan prasangka prasangka pada ALLAH misalnya. Jadi jika ditimbang semula, jadinya sama saja.

Kemungkinan ketiga, jangan jangan kita hanya merasa baik tapi sebenarnya parah. Dan ini yang mengkhuatirkan. Kerana merasa baik sering menutup pintu pintu pembaikan yang selanjutnya. Salah seorang sahabat sering mengingatkan kita dari ghuruur ( ketertipuan) semacam ini.’ Ah itu hanya perasanmu saja!”

Ternyata soal nikah ini susah ya? Tapi insyaALLAH lebih banyak mudahnya. Kecuali jika kita mmg suka menyulitkan diri dan mempersulitkan orang lain. Sememangnya, menyulitkan diri membuat kita sulit di dunia sedangkan mempersulitkan orang lain membuatkan kita sulit di hadapan ALllah di akhirat kelak.

Awalnya memang dari niat. Niat ketika kita berazam utk bersegera mencapai sebuah kebersamaan suci dalam naungan Redha Ilahi. Niat ketika menetapkan criteria. Niat ketika kita memulakan sebuah proses yang bersih, tanpa hubungan haram bercouple, tanpa interaksi yang membazir masa / perasaan dan merosak hati. Niat ketika melihat calon suami / isteri. Niat ketika diperkenalkan pertama kali. NIat ketika melihat keadaan keluarganya. Niat ketika menentukan mas kahwin / mahar dan syarat2. Niat ketika menyatakan persetujuan dan penerimaan. NIat ketika merancang hari akad dan walimah. Niat selama dalam penantian. Niat ketika dan ketika..

Niat ketika mengucapkan ijab dan qabul. Niat di saat menerima ucapan selamat dan doa. Niat di waktu bersama dengan tetamu. Niat di saat tetamu meninggalkan majlis. Niar ketika mengucapkan salam dan mengetuk pintu kamar. Niat ketika berjemaah dua rakaat buat pertama kalinya. NIat ketika meminta meminum air dari tepi gelas yang sama. Niat ketika mengajak bicara dan meneguhkan komitmen bersama. Niat ketika mengajak bermain dan bercanda. Niat ketika dan ketika…

Sampai di sini, kita harus merenung. Jikapun dulu ada niat yang bertitik hitam, ada prasangka terhadap kebesaran Allah, ada ketidakjujuran padaNya dan pada manusia, masih ada waktu untuk beristighfar bertaubat dan memperbaharui niat. Pembaikan, dengan mengubah apa2 yang ada dalam jiwa kita inssyaAllah akan memahatkan makna dan mengalirkan darah baru dalam keberkahan rumahtangga kita.

Pada engkau yang belum menikah, katakana padaku saat kau rasa nikmatnya pandangan pertama, apa yang terbit di hatimu. Sudahkah engkau bersegera menunjuk dada dan bertanya “ Akan adakah barakah dalam pernikahan kita? “