My scribbles

Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts

Monday, January 11, 2010

Family Day

It's full with surprise!

Ramai juga yang turn up to the family day in Angulia Beach Resort anjuran ISMA K tganu.
Kami dapat juga buat aqiqah syifa' on that day.. alhamdulillah.

Tapi kena bergegas balik lepas zuhur utk masuk keja 3pm..xsempat dengar ufa..isk..


Barisan fasi yang ber'kakilebar' eventho 'bidan terjun' :)


dan lagi.. :)


Usaid n abangnya yang pandai main bawa belon dengan pipi :)


Syifa' ngantuk sampai tertidur..

Friday, January 8, 2010

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa


Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT : MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.


ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.

iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.

Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

YURAN PENYERTAAN

Klasifikasi

Bayaran

Sasaran (orang)

Perseorangan

RM50

800

Wakil Organisasi

RM100

20

Suami dan Isteri

RM70

200

Pelajar

RM20

2000


TENTATIF PROGRAM

8.00 am – 8.40 am

Kehadiran peserta dan pendaftaran

8.40 am – 9.00 am

Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi

9:00am – 10:00am

Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

10:00am -10:20am

Rehat

10:20am -11:30am

Kertas Kerja I ”Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran” oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias

11:30am- 11:40am

Tayangan Multimedia

11:40am -12:50pm

Kertas Kerja II”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman

12:40pm – 2:00pm

Solat dan Makan Tengahari

2:00pm – 3:10pm

Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni

3:10pm – 4:00pm

Ucapan Penggulungan dan Resolusi

4:00pm

Majlis bersurai

Saturday, December 26, 2009

Monday, December 21, 2009

KLS Ganu '09

Seperti biasa request utk cuti tak dilayan buat kesekian kalinya.. antara lain alasan MO tak cukup ( sentiasa nya yang tak cukup) iyolah, laili nak bersalin amik cuti sbb irregular contraction pain sementara fauzan lak nak ditukarkan ke medical plak.. yang tinggal skrang adalah dalam 9-10 MO ..uish..

Dan seperti biasa ummi kena menyempatkan diri di antara syift keja utk attend program. Semalamnya tu nights so esoknya nights off. Sebaik saja jam mencecah kul 8am, ummi pun angkat kaki lepas bye2 kat orang syift pagi ( takdak kes utk pass over no.. sume saya n kerol dah settlekan..yeah)

Start enjin tengok minyak dh nak hampir zero.. alamak, ni tak g amik syifa' lagi ni. Session ummi start kul 10am.. sempat ke ni..

hence terkocoh2 lah ummi balik ke Kubang parit amik syifa' (nasib baik syifa' dah mandi) singgah di stesen Esso utk isi minyak n tukar baju syifa' bagi hensem sikit (petronas jauh tak sempat pusing balik. Ummi tak yah tukar baju pakai baju semalam. (tak masam pun sbb sangat berhati2 tak kenakan darah patient..hehe)

Elok2 sampai Dahimah tengok adik2 bersemangat dengan Nadia nyer session. Pass over syifa' kat abi n ummi dipanggil utk amik tempat jadi panel forum. Ups, tak pasal2 forum tu jadi sesi ummu syifa' beleber kat adik2 perempuan supaya jaga diri jadi muslimah solehah.. tinggikan maruah diri.. jangan senang sangat nak layan orang laki nanti buncit perut ( uhh terkesan dengan kes oscc yang sangat banyak tu).. tapi still session berjalan penuh hemah setelah di moderate oleh a.aiman. A job well done everyone!

Marilah kita meramaikan golongan professional yang soleh wa musleh! belajar lah bersungguh2!

Akak tunggu adik2 tau! Ramai2 jadi doktor solehah wa muslehah utk sama2 kita mengubati masalah ummah!

Ameen..

Sunday, December 6, 2009

Friday saturday busy day

Ummi n HO Nik Siti siap sedia di medical base utk 'tangkap' patient..hehe..

Yesterday is a busy day for ummi n syifa'. Starting on Friday ummi kena gi standby Jemaah Haji yang baru pulang ke Msia di airport K tganu. Macam jahat lak rasa menangkap tuan2 haji/ hajah yang baru balik dia halls sbb batuk n sakit tekak. Yerla, kang tak pasal2 menjangkitkan ILI / HINI kepada orang2 malaysia. Tapi kebanyakan Tuan2 Haji akan memendamkan batuk sepanjang proses 'penangkapan' sbb nak lepas checkups. Tapi bila dah masuk ke seminar room utk dengar taklimat barulah berkumandang batuk2 ala kahak ganaz, yang kalau dah batuk kat situ, dah kira tak leh patah balik utk ditangkap ke medical base..

Bertungkus lumus siapkan katil utk patient..cantik kan set ni betul2 depan pintu arrival hall..

consultation room ..


yeah.. mari mula bertugas.. sebelum tu tengok pics syifa' dulu..


Hence yang tertangkap adalah puan2 hajah yang diusung dengan wheelchair ke medical base di luar arrival halls. Bos siap survey2 lagi and checkups kena laju 'gel'. Yerla mereka2 ni sure rindu bangat pada anak cucu yang sdg menunggu ketibaan di luar. Dengan kelajuan maksima, vital signs diambil n sesape darah tinggi semua dikasi adalat 10mg n rehat di tepi. Adapun yang nak test2 check gula if tak diabetic takkan dilayan. Namun begitu ada juga puan2 hajah yang tak leh tunggu darah turun sikit lepas makan adalat maka ramai jugalah yang absconded dari treatment. Takpelah mokcik, lari tu boleh tapi jangan tersembam jatuh sbb sakit dada / kena stroke..kami tak bertanggungjawab..

Lepas di airport n stuck kat pintu keluar parking berjam2, akhirnya ummi dapat amik syifa' n bertolak ke Dahimah kul 10.30pm. Syifa' nasib baik tidur sepanjang jalan hence ummi dapat memandu dengan khusyu' sampai abi terkejut bila ummi msg ummi dah sampai ke muka pintu Dahimah resort kul 11.30. hehe.

Good response from candidates at KREW '09. Moga berjumpa lagi di KLS'09 di lokasi yang sama 18-19 Dec ni.. Ilal-liqa'!

Sunday, November 1, 2009

Ceramah Kerjaya

Today syifa' went to Dungun with ummi and abi to attend Ceramah Kerjaya at Sek Men Sains Dungun oleh PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional) Terengganu.

Ummi's slides..






Syifa' main dengan happy di belakang...woah...(akak2 jangan tak concentrate dengar syifa' jerit2)




Lepas abis syifa' hantar ummi masuk keja pukul 3pm ( nasib baik sempat on time) sementara syifa' dihantar abi ke rumah mok mek,, hehe

Sunday, October 18, 2009

Semalam syifa' jumpa ramai acik2 kat umah kak ani.. time kacih acik banat dodoikan syifa' sampai tido 2x..(ehem ehem tak lama lagi la tu..) tapi dengan ummi juga baru syifa' betul2 tido.. hehe..

Wednesday, October 14, 2009

MABIT

Venue: Rumah Pn Wan Mahani, Kg Gong Bilal, K Tganu
When: 16/10/09 , Jumaat
Maghrib on wards.

Semua sisters dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. See u there iA !

Saturday, February 7, 2009

Save Gaza di Masjid UDM Caw Kota



Silalah browse webpage www.pembina.com dan various multimedia about Ghazzah



Gerai jualan aman palestine di ruang legar solat wanita




Keahlian PEMBINA dan sukarelawan Aman palestine



Hadirin mendalami isu Ghazzah




Ukhuwah berkekalan .. amen


Alhamdulillah, semalam berlangsung program Save Gaza di Masjid UDM GOng Badak, K Terengganu. Jzk khairan kathera kepada semua yang membantu menjayakan program. Moga mendapat kebarakahan dari ALLAH s.w.t

Wednesday, February 4, 2009



Bersama2 lah kita menjayakan program "Save Gaza" di masjid UDM pada:

Hari : Jumaat ( ba'da maghrib) 6/2/09
tempat: Masjid UDM
Program: Ceramah umum, video palestine, jualan amal sambil menderma kepada sahabat2 kita di palestine.

Jumpa di sana !

Tuesday, December 16, 2008




Kem Outdoor Pasca SPM
19-21 Disember 2008
Teluk Kalong, Kijal, Kemaman



alhamdulillah, pada 11-13 Dis 2008 telah diadakan KEMPER (kem perkasa) anjuran bersama KRIM Terengganu dan YADIM ( Yayasan Dakwah Islam Msia). Seramai 40 orang peserta dari sekolah menengah seluruh tganu menyertai KEMPER ni. Termasuklah Hazirah, Mubsyirah n Mutqinah dari SHAMS K Tganu.. hehe.. seronok kan journey kita naik qaswak sama2 dengan kak ibah..moga ukhuwah berkekalan.

Monday, November 24, 2008

KEMPER, Agro Semuji Gambang



Bersempena dengan kedatangan musim cuti persekolahan tahun ini, KRIM Terengganu dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) Zon Pantai Timur akan menganjurkan sebuah program kepimpinan remaja.

Daftar segera!!! Untuk mendaftar boleh hubungi/sms KRIM Terengganu di talian 019-6968269/013-9821983.