My scribbles

Wednesday, May 26, 2010

Syifa' Al Hayah is now 1 year old!


Alhamdulillah, anak ummi n abi dah masuk setahun on the 21st of May 2010. Moga menjadi anak solehah wa muslehah, taat pada ALLAH dan Rasul..dan berjuang n berjihad demiMU ya ALLAH..
ameen...

Syifa's birthday on Retreat Pembina Tganu..

Wednesday, May 19, 2010

Conjunctivitis

Balik dari hospital pergi amik syifa' di rumah Mok Mek. Nampak mata syifa' dua2 belah diselaputi dengan 'discharge' atau nama lainnya tahi mata.

Hem.. sakit mata anak ummi ni..

Tapi takdak sape kat umah ni yang sakit mata.. ( Mok Mek mempertahankan diri)

Actually memang takde contact dengan orang lain yang ada sakit mata. Tapi syifa' ada blocked nose 2-3 hari ni. Ni mungkin ascending viral URTI naik ke mata.

So i put the fucithalmic eyedrop dalam mata syifa',.

Sangat payah,, sebab syifa' bersilat ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan matanya dibubuh ubat..

Maka ku bungkus anakku dengan blanket ( this is a trick utk restrain baby n buat procedure) dan yeye boleh bubuh ubat mata..

beginilah .. ( ada ke patut abi kata.. ummi jahat.. hemm...)

Sunday, May 16, 2010

NCEM n presentation is finally over!


Hari ni gi present kat Primula Hotel. Rebana Hall 3. Nasib baik sempat tidur pa*gi tadi lepas EOD nights. Kami bukannya macam peserta lain.. kami kena keja sebab tak cukup orang. So kenala bergilir2 siapa yang nak pergi NCEM dengan sape nak kerja..

Oklah nights dengan Deli. Taklah jonah cam k.lia. dapat tidur dengan aman dari kul 1am-4am. Dengar cite ada satu baby maghi born flat. CPR and intubated kul 3.30am. Deli attend.

So hows the presentation ?

Haha! ok lah walaupun ada a bit of tremor. Prof Rashidi(ED consultant HKL kut) jadi antara judges.

I did ask my HO yang jadi moderator for the program to snap a photo of me presenting. Seciput je dapat. Hey probably ini je time nak present. Who knows lain kali i boleh tarik diri.. hehe..

So akhirnya pakai baju apa tahu?

Ini lah batikkku.. ok pe.. tu pun abang kata dah cukup tabarruj..(ok ok) kalau berbatik sutera entahla.. never in my life pakai baju gini2 tahu. Too regional!



with aini comey for tea break after the free oral presentation

Then decide tak nak ( tak mboh!) pegi Gala Dinner. Abi balik tahu, baik masak untuk abi. Candle-light dinner je dgn abi n syifa'.best pe


my abstract in the NCEM book..a treasure..hehe

Wednesday, May 12, 2010

NCEM

Extremely busy. NCEM just around the corner.

3 hari straight utk conference. First time involve dengan benda major camni. NationaL Conference on Emergency Medicine. National level. Satu malaysia datang tganu kiter, first time tganu (HSNZ) jadi host.

Tak pasal2 antara banyak2 abstract yang dihantar, i am yang terpilih. Fuh, kena present depan emergency consultant n physician yang dah ancient tu.. moga dipermudahkan.

Hari ni sehari suntuk di dept siapkan presentation. siap snapshot CECT abdomen images utk lebih comey.

N i'll be 'buddy'ing Dr Mahathar ( EP consultant HKL,kenal pun dak).

Mana nak cari baju batik ni.. rasanya ada kut jubah yang macam batik kan. aiseh2 sempat ke cari ni. Kena attend Gala DInner utk ambil CV dr Mahathar. hmm maleh tau dak?

My presentation will be on 16th May 2010 at Primula Hotel (Gamelan room) at 2pm . Free oral paper presentation entitled "The Fortunate Special One" ( Dr Nur Fatiha K, Azizul F, Nik Ahmad S, M Lotfi)

Friday, May 7, 2010

Be Patient !

Malam tadi seorang patient walk in ke consultation room dengan shorts and knapsack. Masuk dengan mata yang memerah.

Saya pening kepala doktor.. .katanya sambil pegang kepala..

Sakit macammana.. berdenyut ke ..

Tak, dia sakit memusing. pintasnya cepat.

Ada sakit telinga ke ( maybe labyrinthitis ke otitis media ke externa ke .. rajin juga boleh jadi vertigo (kepala memusing).

Saya tak tahu la. Kepala saya sakit.

Kepala sakit tu berapa nak letak skor kesakitan? Tengok skala kat dinding tu, 0 tak sakit, 10 paling sakit sampai boleh menangis.. awak nak letak sakit ni berapa per 10? " sambil tunjuk skala Wong-Bakers face tu n explain kat patient.

Saya tak TAHU La. saya sakit kepala ni.

Iyelah. Kita nak bagi ubat tahan sakit pada awak berdasarkan skor kesakitan tu. Tolong beri kerjasama.

Saya tak TAHU la. Kepala saya sakit tau tak?

Ok.. dah mula hilang sabar. Rasa menggelegak dada. Tangan dah memang ringan nak bg penampar. Kau ingat kau lelaki aku takut? syaitan bisik2(teringat zaman budak2 dulu, kalau u mess with me, memang kena pelempang)

Astaghfirullah. TOlak kad patient ketepi n terus keluar dari bilik.

Masuk bilik sembahyang. Sakit dada. Berombak2.

La taghdob!

Friday, April 23, 2010

Runtuhnya moral di kalangan belia. Apa resolusi?


Gejala pembuangan bayi semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan statistic terbaru mempersembahkan 17,303 orang bayi baru lahir tanpa berbapa telah meninggalkan saya tercongak congak sendirian memikirkan.. apa sudah jadi pada masyarakat ini? Negara kecil Malaysia dengan kapasiti penduduk yang tidak sampai 25 juta tetapi mempunyai generasi tak bernasab seramai hampir 17 ribu orang... O Tuhan.. musibah apakah yang telah menimpa umat ini?

Helaian akhbar saban hari galak menyiarkan kes pembuangan bayi di merata rata. Ada yang dibuang sejurus selepas lahir, ada yang dibuang ke dalam tong sampah sehingga tiada yang sedar ia sudah hampir separuh terbakar…saya sendiri berpengalaman merawat salah seorang ibu bayi ini yang dapat ditangkap pihak berkuasa setelah meninggalkan bayinya di Masjid Terapung Kuala Terengganu. Bayi tersebut dijumpai mati dalam ruang solat wanita setelah hampir seharian ditinggalkan berbungkus dengan kain batik. Hasil rawatan mengesahkan wanita tersebut mempunyai beberapa kesan seperti baru melahirkan dan kini berhadapan dengan tuduhan membunuh buat pertama kali dalam kes buang bayi sepertinya di Malaysia.

Apa yang saya lalui sendiri di dalam mengendalikan kes kes perempuan mengandung luar nikah, perlakuan seks di bawah umur, keganasan rumahtangga (domestic violence) sangat mendukacitakan. Bukan saja hampir saban hari kes- kes seperti ini singgah di kecemasan, tetapi juga sikap pesakit-pesakit ini tak ubah seperti ‘alah bisa tegal biasa’. Saya cuba untuk melakukan beberapa pendekatan ‘lembut’ dalam usaha untuk menginsafkan mereka dalam 10-15minit konsultasi tapi hasilnya masih kurang memuaskan. Boleh saya katakan kebanyakan daripada remaja –remaja ini kelihatan ‘tegar’ dengan maksiat dan tiada usaha untuk melepaskan diri dari lingkungan kawan kawan yang tidak baik. Bila didengarkan nasihat dan teguran, ada yang sekadar menunduk tanpa apa-apa perasaan atau sekadar tersengih-sengih sendirian.

Saya tidak mahu untuk mengambil sikap buruk sangka terhadap semua mereka yang terlibat dalam kancah maksiat seperti ini. Tetapi kita juga harus mempunyai semangat dakwah yang tinggi untuk menyedarkan sekaligus memelihara generasi hadapan daripada terjebak dalam masalah kebejatan sosial seperti ini. Antara yang dapat kita lakukan adalah dengan bermula dari diri kita sendiri. Siapkan dirimu dengan senjata iman.

Berbicara mengenai iman, kebanyakan daripada kita merasa selesa dengan keadaan iman di waktu dulu. Sehinggakan tidak ada DAYA USAHA untuk terus menerus meng’upgrade’ iman dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan diri tidak ada ketahanan untuk berhadapan dengan arus jahiliyah yang berlegar di sekeliling masyarakat moden ini. Cuba anda bayangkan begini.. seorang kanak-kanak dengan ke’teloran’ bahasanya bercakap sambil memegang mainan baru. Dia terus menerus dalam ke’pelat’an bahasa ‘telor’nya bercakap sehingga ke sekolah menengah. Bukankah dia nanti akan menghadapi masalah untuk bergaul dengan rakan sebayanya? Mungkin sahaja dia akan diejek oleh temannya kerana tidak mahu mencuba MENGUBAH ‘telor’ bahasa kanak-kanaknya kepada dewasa. Mungkin sahaja dia akan stress sendiri dengan keadaan dirinya yang tidak berubah ke arah kedewasaan dan kematangan.

Begitu juga halnya dengan iman..

Iman sepertimana dihuraikan oleh Sayid Qutb di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran..bersifat dinamik dan progresif. Ertinya iman menjadikan seseorang itu semakin maju dalam membaikkan dirinya. Seorang muslim yang beriman tidak akan membiarkan dirinya terus menerus leka dalam maksiat melainkan dia sendiri mengambil iltizam untuk membaikkan dirinya.

Dia berusaha untuk solat berjemaah setiap masa di masjid atau surau, bercakap benar, memperbaharui hafazan dan memperelokkan ibadah hariannya, bergaul baik dengan kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga, beriltizam dengan akhlak muslim yang soleh.. Begitu juga dengan seorang muslimah yang solehah.. dia akan sentiasa berusaha untuk solat di awal waktu, menutup aurat mengikut caranya yang betul, beriltizam dengan akhlak islam yang baik, melengkapkan diri dengan hafazan dan bacaan Al-Quran dan sebagainya..

Adakah semua itu cukup untuk menjamin kita daripada terselamat daripada gejala kebejatan sosial di sekeliling kita?

Masih tidak cukup.. seandainya tidak ada perasaan ingin menasihati orang lain di dalam hati kita. Ini kerana tidak ada gunanya seorang muslim itu soleh sendirian sedangkan di sekelilingnya dipenuhi orang orang yang jahat yang berpotensi untuk mengajaknya kea rah kemungkaran. Perkara paling utama yang perlu dilakukan adalah bergaul dengan kawan-kawan yang ada di sekelilingnya dan beruasaha untuk memperbaiki mereka sepertimana kita memperbaiki diri kita.

Sememangnya sukar untuk kita bermula melakukan perubahan didalam diri dan mereka yang berada di sekeliling kita. Tetapi dengan melihat apa yang terjadi saban hari, kita harus bermula…suka atau tidak.. bermula dengan kaedah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dalam menegakkan islam di muka bumi ini.. Yakinlah, apabila seorang muslim /ah itu berniat untuk melakukan kebaikan, ALLAH telah terlebih dahulu memberikan ganjaran pahala yang banyak kepadanya. Maka berusahalah.. untuk memperbaiki dirimu …dan rakan-rakan di sekelilingmu.. agar dapat kita sama-sama menghindari kemelut kerosakan akhlak yang semakin hari semakin membimbangkan ini.



Thursday, April 22, 2010

Chicken with lemon sauce

nampak macam ter'banyak' lemon la plak..

masak lagi..wah banyaknya entry masakan.Sememangnya memasak hobi baru..hehe

hari ni surf lagi..dapat resepi AYAM BERSOS LEMON..hey, macam best aja..jom try!

1) Perap ayam dengan serbuk pati ayam + lada sulah selama 10mins. (fuh, mmg cepat)
2) Salut ayam dengan tepung jagung + telur and Goreng.. (siap!)

3) Buat sos pulak.
-Perah 2 biji oren sunkist. (if takde lemon)
-Potong kecil2 satu biji oren.
- Bancuh tepung jagung dengan air.. sikit sudahlah.. sekadar nak pekatkan kuah oren tu je.
-Letak sikit serbuk pati ayam.
-Letak cili api sikit ( 2/3 biji)
-Tumbuk bawang+ bawang putih+ halia--> tumis hingga wangi.
Then campurkan dengan perahan oren, tepung jagung, letak juga sedikit gula dan garam..
Masak hingga mendidih..


Tuangkan di atas ayam yang telah digoreng tadi..

SIAP!!


gaya syifa' yang menangis nak mintak dokong walaupun ummi depan mata..



Hidangan untuk keluarga sebelum keluar kerja malam ni ..isk ..meh syifa' gi umah mok mek..


hakim mengadili masakan bersama chef kenit..