My scribbles

Tuesday, October 11, 2011

KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM

ssalamualaikum wbt,

Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan/Encik/Cik ke Konvensyen Keluarga Melayu Muslim (KKMM) 2011 anjuran bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)  yang akan diadakan seperti berikut:

Tempat: Dewan Auditorium D8, Parcel D, Precinct 1, Putrajaya

Tarikh: 23hb Oktober 2011, Ahad

Masa: 8-5 petang

Yuran: RM10 sahaja

Untuk sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada info@konvensyenkeluarga.net.

Layari juga laman web www.konvensyenkeluarga.net untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan KKMM 2011. Bagi urusan pendaftaran, sila hubungi Puan Rasyidah di 019- 2676074  atau SMS ke 019-2892566 .
Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan/Encik/Cik akan memeriahkan lagi program ini.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, October 8, 2011

Usrah masa lapang

Memang sakit bila ada orang berfikir usrah hanya sekadar mengisi masa lapang..sekadar untuk seronok2 dapat berkawan atau erti kata lain menumpang ukhuwah yang terbina dalam suasana usrah. Apabila datang tanggungjawab atau beban dakwah yang patut digalas bersama,ia terbang dengan memberi seribu satu alasan...



Saya sibuk (walhal hanya duduk di rumah @mungkin menguruskan bisnes dari jauh,Kerja tidak perlu oncal atau berhadapan dengan hidup dan mati...)



Saya penat..sekarang mengandung..


Adalah tidak munasabah untuk menggunakan alasan mengandung untuk mengelak tanggungjawab..ini adalah kerana putaran hidup kita sebagai muslimah akan sentiasa mengandung dan bersalin,menimang baby baby mujahid dan mujahidah bakal pewaris dakwah..bukan semua kita diduga dengan morning sickness yang teruk..jika dari sekarang Ummi nya sudah tewas dgn runtunan perasaan lelah dan penat,bagaimana nanti dia bakal mengendalikan anak dan keluarga bersama dakwah selepas bersalin? Perlu diingat juga janin yang membesar di dalam rahim kita bakal mewarisi perasaan dan akhlak Ummi nya di sepanjang tempoh kehamilan. Bagaimana kita semasa mengandung adalah juga bagaimana kita bersikap selepas bersalin..)



Saya xde transport..perlu pickup n hantarkan blk if nak saya pergi usrah...


Ini adalah symptom "melemak" ketam yang ana nampak semakin berleluasa @ in trend dgn akhawat sekarang ini.Bukankah kita disaran untuk menjadi Muslim yang bermanfaat kepada orang lain? Sekali dua atau kecemasan mungkin boleh diterima tetapi sehingga bertahun tahun lamanya bukankah itu satu bentuk penganiyaan kepada orang lain? Cubalah berbincang supaya suami dpt menghantar ke tempat usrah atau perkasakan diri belajar memandu,naik kenderaan ie basikal atau motor...



Anak saya ramai..takde orang jaga..


Jangan sesekali menggunakan alasan anak untuk mengelak tanggungjawab..sedarlah bahwa mereka akan menjadi saksi apa yang kita perkatakan..Minta bantuan suami untuk menguruskan anak. Pilihlah waktu usrah yang tidak berselisih dengan suami supaya suami boleh ambil alih menjaga anak semasa usrah. Para suami,bantulah isterimu mendalami ilmu agama melalui usrah..sangat memeningkan bila anak anak meragam dan menjerit jerit semasa usrah hanya kerana suami xnak jaga dan isteri kena bawa ke usrah. Hilang focus dan akhirnya waktu usrah yang hanya sekali seminggu tidak dpt dimanfaatkan sebaik baiknya..



Dia tak buat apa apa pun..asyik ana jer..


Berhentilah menuding jari ke arah orang lain..once u point others.there are 4 fingers back pointing at you...hakikatnya banyak yang ana perhatikan,yang merungut itu lah sebenarnya yang tidak berbuat apa apa..sedangkan yang dituduh itu rupanya lebih kedepan dalam amal dan ikhlas..ingatlah akhawat..bahawa bahtera penyelamat ini akan terus berjalan..kitalah yang rugi sekiranya tidak bersama dengannya..



Tak mampu punyer kita nak buat..susah.orang dulu buat pun tak lepas...



Bersikap negatif sepanjang masa. Bila ditimbulkan soal amal,asyik pessimist..semuanya susah.mustahil, tak mampu..padahal x cuba lagi pun..kadang kadang meleret perbincangan amal melayan persoalan persoalan negatif daripadanya. Cubalah bersikap positif. Cuba dulu baru nilai permasalahan melaksanakannya nanti. Ini meeting menjadi medan debat dan mempertahankan cadangan kerana si dia begitu negatif membidas idea bernas dan semangat orang lain..amal entah ke mana,merungut yang lebih..akhirnya orang lain putus asa takde semangat..



Ha..akhawat ni lebih hebat..dia pandai tajmik.baik suruh dia...


Ni symptom 'musang belang'..diri sendiri tak mahu buat atau sengaja tak nak belajar buat..maka orang lain yang nampaknya dah 'biasa' dipaku semaksima mungkin..Inikah yang dikatakan ta'awun atau kerjasama dalam amal? Bukankah kita patut gembelngkan idea dan tenaga untuk beramal?



Isteri ana tak boleh,dia kena duduk rumah uruskan anak..akhawat lain lebih layak..


Symptoms 'pelik lagi ajaib'. Adalah zalim untuk membiarkan isteri tidak beramal sedangkan orang lain disuruh melaksanakannya. Akhawat rata ratanya mempunyai keterbatasan yang sama, jadi mengapa bersikap pilih bulu dengan isteri sendiri?






Hakikatnya walau bagaimana di mana bersama siapa kita ditempatkan,teruslah beramal dan mengikhlaskan niat kerana Allah. Yakinlah bahawa bantuan Allah akan sentiasa bersama mereka yang menolong agamaNya. Persoalannya siapakah yang akan merebut ganjaran pahala bersama dengan bahtera penyelamat ini? Atau adakah kita lebih suka menghabiskan kehidupan ini dgn melakukan putaran kerja yang sama setiap hari tanpa memberikan apa apa manfaat kepada ummah?

'Dan bersabarlah bersama dengan mereka yang menyeru kepada Tuhanmu di waktu pagi dan malam kerana menginginkan untuk melihat wajah Allah dan janganlah kamu berpaling dari mereka semata mata inginkan perhiasan duniawi...ila akhir ayah...(al kahfi)

Dapatkan maklumat terkini Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di facebook 'HIMPUN' http://www.facebook.com/pages/HIMPUN/ 281101321908972 Ayuh, sertai segera !


Sent from Yahoo! Mail on Android


Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 29, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT


1.      Pengenalan

Peristiwa 3 Ogos 2011 membabitkan penyiasatan JAIS terhadap keterlibatan pihak Gereja dan pertubuhan-pertubuhan NGO Kristian cuba memdakwahkan ajaran Kristian kepada orang-orang Islam merupakan rentetan kepada pelbagai peristiwa sebelumnya.  Sebelum ini masyarakat Islam digemparkan dengan kes Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, Lina Joy, ‘The Herald’ yang mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam, isu ‘Al-Kitab’, isu penggunaan perkataan ‘Allah’ dan pelbagai lagi dapatan-dapatan yang menimbulkan keresahan berpanjangan khususnya bagi masyarakat Islam di negara ini.

Kegiatan Kristianisasi dikalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa.  Pendakwah-Pendakwah Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit-pesakit kronik di wad-wad hospital terpilih, menganjurkan kelas-kelas tuisyen untuk anak-anak orang Islam yang diwarnai ajaran Kristian.  Menyebarkan risalah secara terbuka di tempat-tempat awam dan rumah-rumah persendirian, mengadakan acara-acara hiburan yang ditaja pertubuhan-pertubuhan Kristian, menganjurkan majlis-majlis makan malam seperti makan malam Thanksgiving, memberi hadiah kepada golongan-golongan orang Islam yang mudah terdedah dan berbagai-bagai lagi.

Peristiwa 3 Ogos 2011 telah menimbulkan banyak reaksi daripada pelbagai pihak.  Di satu pihak JAIS dan YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dikecam habis-habisan oleh pemimpin-pemimpin Kristian melalui media cetak dan media baru yang menjadi saluran kepada usaha dakwah mereka. 
Tidak kurang juga tindakan mempolitikkan isu Aqidah ini dalam mana parti-parti politik mengambil kesempatan meraih sokongan rakyat untuk tujuan politik mereka dengan memaparkan peristiwa itu mengikut jalur selera mereka.
                                                              


2.      Apa dia Himpunan Sejuta Umat?

Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:

a.      Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

b.      Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c.       Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d.      Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e.      Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f.        Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


3.      Prinsip Pengendalian Program

Himpunan  Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas berikut:

a.      Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.

b.      Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).

c.       Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.

d.      Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.

e.      Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.


4.      Penganjur Program

Program Himpunan Sejuta Umat akan dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan serta NGO-NGO Islam serta penglibatan warga korporat dan warga kerja masing-masing.

Masyarakat Islam khususnya akan menjadi peserta barisan hadapan.  Mereka mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, AJK Masjid dan Surau, tenaga guru dan lain-lain badan serta pertubuhan yang akan disenaraikan kemudian. 

Sebuah sekretariat akan ditubuhkan.  Sekretariat ini akan dibantu oleh beberapa pasukan kerja yang akan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tempat himpunan, kemudahan yang diperlukan, susur atur majlis, penyediaan makanan dan tempat solat, publisiti dan pemberitahuan awam, tetamu jemputan, iklan di media cetak dan elektronik serta media baru dan sebagainya. 


5.      Pembiayaan

Program ini akan dibiayai secara tajaan, pungutan derma dan sumbangan CSR dikalangan syarikat-syarikat korporat.  Akaun Tabung Amanah akan dibuka dengan pengendalian kewangan berpandu kepada prinsip-prinsip keamanahan dan kebertanggungjawaban yang ketat.


6.      Kandungan Program

Secara tentatif Program Himpunan Sejuta Umat ini dicadangkan diisi dengan acara-acara berikut:

a.      Ucapan penganjur mengalu-alukan penyertaan para peserta himpunan,
b.      Alunan Asma Ul-Husna,
c.       Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan,
d.      Nasyid bertemakan jihad mempertahankan kesucian Islam,
e.      Ucapan tetamu utama,
f.        Ucapan  wakil-wakil NGO terpilih,
g.      bacaan ikrar mempertahankan kesucian Islam,
h.      Menyampaikan logo Himpunan Sejuta Umat kepada wakil-wakil negeri sebagai tanda komitmen mereka penganjuran himpunan yang sama diperingkat negeri-negeri.


7.      Tarikh, Masa dan Tempat

Tarikh yang dicadangkan adalah 22 Oktober 2011 (Sabtu) jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.  Tempat yang dicadangkan adalah Stadium Shah Alam.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PerhimpunanNGObincangakidah_kedudukanIslam/Article


Sunday, September 25, 2011

BID

Lately i've received lots of BID.. ( Brought in dead)..

paling sedih when children came in BID..

last month, a 2 year old girl was BID..mother has poor spacing, currently mengandung due hujung bulan ( mengandung setiap tahun sebab ayah dia teringin anak lelaki..semua anak sebelum ni perempuan,termasuklah anak yang dalam perut ni..)

hence anak perempuan 2 tahun ni start complain demam seminggu dah.. mak bawak datang klinik last week.. dah diberi antibiotics cover..but according to mother, anak demam panas, tak larat bangun dan makan, malam nak meninggal tu tercirit sekali, then berhenti nafas..

bawa ke KK, noted dah pulseless dah patient..

Yang very sad nyer, all BID cases kena minta burial permit dari polis.
Dan biasanya polis akan minta untuk buat post mortem untuk dapat definite diagnosis..

so budak ni dibawa ke hospital, post mortem dan sangat sedih bila dapat report kata lungs dia penuh dengan kahak..
untreated pneumonia..
tak tau salah sape.. samada patient tak makan ubat atau mak dia terlalu letih menjaga anak yang lain sampai terlalai kan dia. . So ayah, if dapat anak perempuan berderet deret, redhalah.. kemungkinan itu yang terbaik, janganlah kerana nak dapat anak lelaki, setiap tahun paksa isteri beranak..
letih menjaga anak2 yang kecil2 ..
bukankah Allah suruh kita family planning supaya setiap anak dapat kasih sayang yang sepatutnya?


Hari ni another BID, baby setahun lebih, terjatuh dalam kolam ikan. Mak jumpa dah terapung dah.
Bawa ke KK.. i examined, basah kuyup baju adik tu, cold peripheries.. another BID.. dengar cite, he's the only son.. youngest plak tu.. mak dia amik cuti sampai 2 tahun nak jaga dia.. but Allah lebih menyayanginya..

Innalilllahi wainna ilaihi rojiun..
Parents out there, jagalah anak2 dengan baik. Mereka adalah amanah ALLAH pada kita..

Saturday, August 13, 2011

?

i'm  looking for a walker for abdullah..he's starting to pull to stand and is pushing everything as a walker..even tudung saji pun jadik..:)...hmm which one is good?

ke better buy it straight from supermarket?




Friday, August 12, 2011

KONVENSYEN SAINS PERUBATAN DAN IFTAR PERDANA I-Medik



TENTATIF

   
Masa:
Aktiviti

8.30-9.00 


Kehadiran dan Pendaftaran
9.00-9.15  
Ucapan Alu-aluan Pengerusi Konvensyen Sains Perubatan I-Medik 2011 (Dr Azizi Ayob)
Ucapan Perasmian oleh Pengerusi I-Medik (Prof. Dr Azmi Md Nor)

9.15-9.45  
Etika Pengamal Perubatan dan Kesihatan (Dr Mohamed Hatta bin Mohamed Tarmizi, Pakar O&G Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu)

9.45-11.00 
Isu kontemporari dalam bidang Perubatan dan bidang Farmasi
Dr Murizah bt. Mohd Zain (Consultant O&G, Hospital Alor Setar) dan Dr Azizi Ayob (Consultant Pharmacology, PT Dexa Medica Indonesia)

11.00-11.45
Cabaran Kerjaya dan Tanggungjawab Sosial: Dr Mohamad Nor B. Sundari (Consultant Orthopaedic, Kuantan Medical Centre)


   Rehat

11.50 – 1.00

Syarahan Utama Az-Zahrawi: ‘Pembangunan saksiah dan ilmiah ilmu perubatan dan kesihatan Islam:   Dari perspektif ‘Az-zahrawi’ (Dr Zulkifli Yusof, Pakar ENT, Hospital Alor Setar Kedah)


Solat zohor

2.00 – 3.30 

Sesi bersama 'The Young and Talented I-Medik'
o   Dr Aini Hayati (Dental officer)
o   Aisya Nabilah Abd Rahman (HO Pharmacy)
o   Nur Atiqah Md Zain (Nursing)
o   Dr Mohd Naim b. Mohd Yaakob (Medical)

3.30 – 4.45
Forum I-Medik: ‘Langkah Bermula Bersama I-Medik di Arus Perdana’
Dr Zainur Rashid Zainuddin (Moderator), Dr Mat Salleh Sarip, Dr Nujaimin Udin, Dr Nor Sharifah Hashim (Melaka)

4.45
Sesi bergambar


Solat Asar
5.00 – 5.45

Persiapan Iftar

6.00 – 7.00
Majlis Pembukaan:       
Kata-kata aluan Pengarah Iftar Perdana
Persembahan Video Montaj I-Medik
Ucapan Alu-aluan Presiden I-Medik : Prof. Dr Azmi Md Nor
Ucapan Wakil JKP ISMA: En. Abdul Rahman Md Dali


Nasyid selingan -             Kumpulan Sohwah (NorHakim)
7.30 – 8.15 

Iftar dan solat magrib


8.30

Bersurai         
Solat isya & tarawikh dan bersurai (di Masjid Al-hasanah)

   



Jemput datang beramai ramai..:)

Sunday, June 5, 2011

TOday is Holiday

Today's holiday. King's birthday. Seronoknya bermalas malas.

Zaujiy kena pegi keja. Shutdown dah abis, tapi semalam Start up. Banyaknye istilah. Whuteva la. Yang penting dah 3 months straight tak balik kg tengok mak. Sian zaujiy keja tak henti2.. tak dapat cuti.

Ring Ring!

Assalamua'laykum bos! N ni! ada MVA lebih dari sorang bos!

wsalam n.. ok..

Saya kena gi amik sorang lagi. Bos boleh tolong tengok sorang ni.. baru saya amik tadi kat Santong!

Stable x?

Nampak x stable boh..

ok ok tunggu jap.. saya datang .. ( N ni mmg tak cekap buat keja.. if dah ada MVA buat apa nye ko pun nak gi tolong. Biar bomba keluarkan victim tu dulu. Hang standby la kat sini..em)

Bergegas jap gi klinik. Zaujiy ana minta tolong tengok2kan anak2 yang sedang tergolek golek atas toto.. tok sah pegi kilang lagi ye..

Sampai klinik nampak ada 2 kes. Sorang budak lelaki atas strecher. Muka biru herot sebelah. Kepala ada bandage.  M sedang sibuk letak high flow oxygen.

Sorang lagi tergolek atas stretcher dengan wife nangis kat sebelah..

Ni yang MVA tadi ke kak? apa cite ? mana relatives ? sambil tanya tangan sibuk tekan dada. Kena assess GCS. Nampak teruk sey...

Tolong call ambulance! Emergency! ana suruh staffnurse call .

Adik! Adik ! bukak mata! no respons - GCS 3

Rasa carotid pulse- Takde

Tengok ada chest rise x - Xde spontaneous breathing

Amik stetoscope - xde breathing

Amik jap BP tu- BP unrecordable.. rpt manual pun xdapat..

spo2- unrecordable..

ah sudah.. meninggal dah budak ni..

Police sampai.
Dr nak tanya kes MVA tadi dah sampai ke ..

Sampai sorang .. tapi dah meninggal.

Innalillahiwaiinailaihi rojiun..

Time of death - 7.20am, cause of death - Alleged MVA with suspected Intracranial bleed with multiple fractures.

Beralih ke patient kat sebelah tepi. Apa cite ni kak? Ana tanya kat wife yang tengah nangis..

ntahla dr.. saya pun tak tau.. saya dapat call.. nampak dia pengsan kat santong tepi van tadi.

Dia terlibat kemalangan dengan sape?

Dgn budak tu.. ( sambil tunjuk budak meninggal tu)

M mencelah.. Dr van ni salah amik lane. bertembung dengan budak naik moto ni dr..

em.. ana tengok pemandu van tu.. You are in a big trouble man.. mati budak tu..

Thorough check... no injury.. but refer gak ke hosp dungun TRO head concussion..

Ambulance datang. Bawa pemandu van sementara body adik tu akan tunggu traffic dtg claim body untuk post mortem..

Yet today is holiday..