My scribbles

Tuesday, September 1, 2009

Bengkong

Semalam secara officialnya, bengkong and tungku telah dipulangkan kepada pemilik asalnya.. Sumie

Sebelum ni ditakdirkan ana bersalin 2 bulan lewat dari mak sedara ku.. summie.. jadinya proses peminjaman barang2 confinement amat kerap berlaku. Sumie lahirkan shahir (note: baby boy merangkap pak su kepada syifa') pada bulan 3 manakala syifa'ul hayah menjenguk dunia pada tanggal May 2009. Akan bermulalah nanti episod kejar mengejar dalam milestone dan perkongsian tips seperti breastfeeding, diapers, etc. Nasihat bercampur baur petua asam garam semasa sesi berpantang juga amat kerap dikongsi hingga naik takut menerima kunjungan sumie se-famili ke rumah.


Sumie sangat pandai dalam bab pengurusan baby. Ada sekali kena tegur time melawat rumah dia sbb tak bawa barang2 mandian syifa' bila berjalan. Yang nak sedihnya tu, mmg ana sentiasa letak toileteries syifa' utk mobile nyer dalam satu beg. tapi disebabkan banyak tangan yang nak menguruskan anak sedara pertama di rumah makanya barang-barangan syifa' tidak ada sewaktu ziarah tu. Maka nampakla ana seperti ummi yang tak convenient. Minyak telon , bedak hatta wash baby sume nyer pinjam shahir punye. Alangkah sedihnye time tu...



Elok2 hari ketiga selepas balik dari Pusrawi Sumie datang visit. First impression dah tak best dah sbb time tu letih sangat , bangun tido kul 9am. Itupun sbb nak buka pintu dengar ada orang datang. Buka2 sumie.erm..siap buat expression lagi " sumie masa pantang tak pernah bangun lewat. Abih lewat pun 7pagi. Kena sedas. erm. Walaupun boleh bagi alasan baru kuar hospital + jahitan masih tersangat baru and rasa sangat takut utk kenakan air + syifa' pun baru nak try lena di rumah, lebih baik berdiam diri je sbb kita kan baru ..junior has to respect senior. Mak sedara ku.

Rawatan mengurut juga di suggest oleh Sumie. Maka bermulalah sesi mengurut seawal hari ke-3 lepas bersalin. Takla.. takut la nak terus ngurut. Tapi bila tengok muka dah naik sembab, rasa letih2 walaupun dah makan banyak, makanya mungkin idea mengurut tu agak baik. Hari ke- 5 baru jemput acik ngurut datang rumah. Ada juga diberi tips aka pantang larang semasa bersalin.

Adapun banyak sungguh makanan dan perbuatan yang dipantangkan. Memang menangis setiap kali nak makan. Tak sangka ummiwaled sangat kuat memantangkan makan walaupun waled awal2 tu siap suapkan buah betik sampai sepinggan .. he.. bila dpaat tau betik tkleh makan sbb sejuk waled bagi epal plak. Jzk waled atas kasih sayangmu.

Pun begitu sumie memang best. Semalam sebelum nak balik sumie bagi free satu pack Drypers Small size sbb shahir dah tukar pakai Mami Poko. Em. Best nye syifa' dapat present. Actually agak ketat dah Drypers S utk syifa' sbb syifa' dah membesar. Ummi n abi pun sebenarnya dah naik tarafkan saiz ke M. Sumie jelas terkejut gel tengok syifa' pakai M. jeje.
Thank you Opah Su.. and pak su shahir.. hehe

Its a one step further in my life after syifa' was born. It's not just about takleh makan ini atau itu. It's not just about kenapa tak leh makan kacang. Walaupun Syifa' kembung n meragam saban malam sbb ummi dia tak tau dal takleh makan and bila sumie tau ouch..bermulalah list panjang bahan2 yang boleh dan tak boleh di makan mengikut petua sebelah opah dan mak mertuanya. Aduh.

But its all about responsibility. Syifa'ul hayah adalah amanah ALLAH utk ummi n abi. Not just for love. Tapi utk memelihara n mendidik amanah ALLAH ini agar menjadi mutiara dakwah. Your first cry make me wonder in amazement of how little you are ,dear caliph... u are so dear to me when i cuddled u. Let my warmth wrap your worry to the world..O AlLAH, help me to nurture this little princess with my very own hands. iA..

Friday, August 28, 2009

Aina ukhti

Aina ukhti?
Aina ukhti yang telah menjadi rofeq dakwah ku setelah sekian lama?
Limaza nti berubah sementelah berkunjungnya kita ke alam baru?
Maa yang membezakan antara diriku dan dirimu... dulu kini dan esok?

ingatkah dikau?


saat kita mentelaah sejarah panjang nenek moyang kita.. yang bersalasilah jauh sehingga adam dan hawa.. masyaALLAH rupanya kita bersaudara.. ruh2 kita telah tersusun bersama di alam arwah.. saat ruh2 kita berterbangan dalam cinta mawaddah dan rahmahnya yang agung.. kita tersenyum dan tertawa dalam limpahan ukhuwah yang suci.. fillah..

jiwa kita menjadi satu.. kerana jalan dakwah ini.

Sungguh, daku rindu saat itu.

Ingat lagi tika kita menyusuri bait2 dakwah dan cinta kasih kitab2 dakwah. kita basah dalam tangisan Muhammad Ar Rasyid, sayid qutb..kita terkedu dengan jihad mereka di falestine. kita dikejutkan dengan cerita ceriti israel raya, freemason, nazisme.. communisme..marxisme..

kau lupa?

di kebeningan subuh kita mula mendalami..quran kareem menjadi zikir hati dan lidah2 kita. Cinta kita semakin menebal pada ALLAH dan rasulNya. Bagaimana sakitnya rasulullah membawa dakwah pada generasinya yang lupa..
ya .. lupa..

mereka pernah beriman dengan ALLAH tetapi mereka lupa.

Selupa Abu Jahal yang tetap bersumpah dengan nama ALLAH tapi lupa utk beribadah kepadanya.

abasa wa tawalla? -kau berpaling dan bermasam muka...
an jaa'hul a'ma? -apabila datang padamu seorang buta ..

mendasari muntalaq yang telah menjadi langkah bermula diriku dan dirimu..

Maka kita bermula, hingga mampu kita berlari.. sekencang kuda2 yang membangkitkan ghairah abd kadir jailani

thumma kita ditakdirkan kembali ke negara asal kita.. realiti hidup kita.
Malaysia.

dan ditakdirkan utk membuat pilihan

saringan dakwah.

samada kau bersedia atau tidak.

samada kau mengotakan mujahadah yang kau ikrarkan.

dan kita katakan bismillahirrahmanirraheem utk menerimanya.


maka setelah kita melangkah ke alam baru.. adakah patut kita melupakan permulaan kita?

adakah kita semakin sibuk menguruskan kehidupan kita? nafsi- nafsi kah kita?

innamal hayatud-dunya la'ibun wa lahwu.. sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah permainan and pastime..

aduh..

berlinangan air mataku mengingatkan dirimu yang dulu. Lebih aktif. lebih cemerlang. lebih berpendirian.

baitul muslim TIDAK menyebabkan kita mundur.

tapi ia menambahkan kelajuan amal kita.

melangkahlah dengan tenang.

berbincanglah dengan pasanganmu dengan tenang.

daku yakin ikhwah mu memahami amal kita.

tidakkah kelihatan dakwah kita gersang tika ini?


Aku butuh bantuan mu

Aku butuh tenagamu

Aku butuh akal mu.

semoga dakwah kita terus jalannya. amal kita tidak tersekat dengan status baru kita.


ayyuhal ahibba'!

bangkitlah kembali perjuangkan nasib kita.

dengan senapang dakwah yang berada di tangan kita.

mari kita teruskan dakwah ila ALLAHi wa rasulih..

Ayuh kita gemblengkan tenaga yang ada! Ayuh!

Thursday, August 27, 2009

Sanah hilwah abi


Sanah hilwah ya jameel.. sanah hilwah ya jameel..
Sanah hilwah ya abu syifa'..
Moga terus thabat di jalan dakwah..amen..
Sincerely from Bukit Sentosa with lurves:-
Syifa' Al Hayah wa u_syifa'

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan shines..





Ramadhan kareem..

cintaku menjelma kembali.

utk ku sulam air mata taubat kepadaNya.

semurni jiwa bidadari cilik di tepiku..

moga mujahed ku tetap langkahnya. dan terus maju bermujadah memacu dakwah n usrati dengan himmah dan kebijaksaan dan keperwiraan.


mari bertadarus dan bertadabur.. ( min 1x/ khatam quran)
mari berhafazan ...(min satu juzuk baru)
mari beribadah ..(tarawikh, iktikaf, zikr, qiyamullail )

mari perbanyakkan berdoa..(tetapkan thabat kami di jalan dakwah.. moga perakhiran dalam husnul khatimah..mg dapat tukar dungun / paka ..ya ALLAH)

mari berukhuwah..

mari berdakwah .. (bil qudwah wa lisanina wa qalbina wa seluruh kehidupan ini...)


moga kekal kuat utk terus breastfeeding..amen

tips: soya bean curd, multivitamin, nasi (musti!), lots and lots of water.


Nak gi cari lobak putih. ta.




u_syifa'

Thursday, August 20, 2009

Setelah 4 hari di GH, ayah still tak dapat slot utk MRI. So we've slotted ayah into Hosp Fatimah's MRI.

I've discussed thoroughly with the radiologist, Dr Muhammad.

It's actually a GLIOBLASTOMA MULTIFORME, or grade 4 astrocytoma - a form of vulgar brain cancer...

Radiologically, it appears in a butterfly pattern. It originates from the corpus callosum , tempat white matter of the brain atau nak senang nak fahamnya, tempat all the fibres crossing each other. Seperti yang kita tahu, brain kita ni ada Grey matter and White matter. Grey matter ni tempat all kepala neurons terletak,, manakala white matter ni tempat all fibres /ekor neurons tu terletak. Dalam white matter ni ada beberapa glial cells yang fungsinya utk bagi makanan pada sel saraf / neurons. Maka if ada satu dua cells di white matter ni jadi cancerous ( multiply without stopping) dia akan terus menerus multiply tanpa ada had sempadan. Sbb itu kalau nak diikutkan most likely cancer ayah ni develop within this year. .. the most deadliest form of brain cancer.

Cancer ni developed dari CORPUS CALLOSUM and dah involve both of the PARIETAL LOBES...

Treatment wise, sebenarnya pada chemotherapy and radiotherapy.

Tapi utk pastikan chemotherapy dengan radiotherapy ni berkesan, it was recommended for ayah to undergo surgery.

Belah otak and debulk the tumor.

We've discussed with Mr Cheung, HOD neurosurgery GH ipoh, diorang akan approach from the vertex / hujung atas kepala. Make a craniotomy window about 5x3cm di kepala, and they will enter the brain and will try to debulk the tumor.

Debulk to maksudnya dia akan cuba keluarkan tumor semaksima mungkin..

He promised us that ayah will be discharge 3days after the surgery.. dan ayah will be at least the same atau a bit better from his condition now..

itupun if takde complications during the surgery...

for a 78 year old man, with chronic kidney disease, tak sure ayah boleh lepas pre-med dengan anaesthethist ( pakar bius).

Takut his heart and lungs are not fit enough to undergo surgery..

Imagine during operation, we have to take over patient's breathing with a ventilation tube, tambahan lagi ini adalah pembedahan kepala. NO room for mistakes. IF silap sj, boleh dapat massive bleeding. Brain adalah salah satu organ yang paling banyak salur darah / vascular.

Mr Cheung discussed about possibility utk ayah ke ICU after surgery.

ICU Ipoh skrang ada 1 kematian H1N1.

If ayah settle down di ICU, dengan keadaan ayah yang immunocompromised sbb baru lepas surgery, there is surely risk utk ayah dapat H1N1...

And possibility that he wont recover from the surgery.. terus menerus depend on ventilation tube..

And itu baru sebut pasal operation. After operation ayah kena buat chemotherapy dengn this drug named temozolamide and radiotherapy. Temozolamide will help the cancer cells to be more responsive pada radiotherapy nanti.

Chu An tanya if buat operation tapi tak nak buat chemo and radio boleh tak.

If tak nak buat chemo and radio, might as well tak yah buat operation.
Because operation alone doesn't cure the cancer. The definite treatment is with chemotherapy and radiotherapy.

Dalam keadaan ayah nanti utk berulang alik pergi chemo and radiotherapy..i'm not sure whether ayah can cope.

But we can try..

Thinking of these possibilities, mak sangat sedih and affected..
If ayah tak buat surgery, maybe ayah boleh balik dengan keadaan ayah sekarang.. he will deteriorate sooon, but not now.. maybe skrang we can give him among the best moments.. make him happy..

After all, we are talking about QUALITY OF LIFE Vs LIFE.

After all umur ayah dah 78 tahun, mean age male kat malaysia ni 73. Ayah dah hidup far beyond the life expectancy. Ayah dah hidup dengan 5years bonus years.

Rasulullah pun hidup 63years old...


I asked if kita boleh buat radio-surgery, a form of non invasive treatment. Shine kan radiotherapy wave ke tumor bulk to and kill the cancer cells.. Dengan cara tu kita tak payah open up the skull. Tapi rupanya this kind of surgery only available di GHKL. Under Mr Safari.
So I called up Mr Safari, he said he needs to look at the MRI images first.
Tapi he said gamma knife tu cuma boleh matikan cell yang less than 3cm.
Ayah punya tumor dah 5x4x3cm from the MRI images..
Mr Safari offered me that he can take a look.. Boleh cuba tengok for second opinion.



Hence we discussed again in the masjid, apa keputusan yang akan dibuat..

at last we decided to take ayah home.. to rest at home..
play with syifa'.. eat food that only my mom makes..
enjoy life to the fullest..
give back his smiles..
lots and lots of TLC ..(tender loving care)
and opted for complementary medicine..

reflexology, massage..acupuncture.. hemopathy..

Ateh recommend ayah minum mangosteen juice .. banyak antioxidant.. boleh serap free radicals dari badan..

Hemopathy wise, elakkan ayah makan benda bakar2 ..sbb takut carsinogenic..

Air syifa' with daun bidara to ?shrink the tumor..

In the mean time probably i can shoot some MRI images to Mr Safari..

Hence we took ayah home last Thursday..

Ayah was crying bila kami papah beramai2 menuju ke katil yang kami dah bawa keluar dari bilik dan letakkan di living room..

Lepas mandi, mak dudukkan syifa' dekat ayah.. syifa' was entertaining aki to gain back his smiles and strength...

Pagi esoknya, zaujiy ateh me and syifa' shop around for a surgical bed, urinal, commote, wheel chair...

Agak limited options utk cari multifunctional bed like the one in the hospital but we finally manage to find one.

Alhamdulillah..

May ALLAH give strength to all of us.. and make all these as kaffarah to all the past sins we've done.. and take us back in the purest form.. husnul khatimah..amen..

Wednesday, August 12, 2009

Tok Aki is not well..

salam..

sekarang berada di kampung mertua di Buntong, Ipoh. Memang menjadi kebiasaan setiap kali zaujiy habiby balik, kami akan pulang menjenguk mertua ana di sana. Baru 2 ini emak kata ayah macam letih2, tak larat bangun,,macam kaki tu sakit..cakap berulang ulang..bila bawa kereta tak ingat jalan...ayah jadi kerap tidur.. temper..suka marah2 tak tentu pasal.. masuk rumah tapi terlupa buka selipar..Mak suspect kidney ayah..kadang2 ayah boleh lemah bila buah pinggang dia semakin rosak. Tapi mak kata ayah takde bau mulut payau ( uremic fetor ) atau kencing kurang atau pengsan, spt sebelum ni... ana jadi terharu mendengar cerita ayah ana.. lagi2 memikirkan mak sorang yang akan menjaga ayah if jadi begini..

Sudah 2kali mak call utk tanya pendapat tentang ayah. Ana tidak dapat mengenal pasti kenapa ayah lemah kali ini. Seperti biasa ayah baru saja selesai mengambil darah utk usual check up for his kidney pada 28/7.Bila ayah jadi begini 2-3 hari yang lalu, mak terus minta tolong kawan mak yang keja di lab utk check kan result darah ayah. Kesemua uric acid, urea, creatinine menurun. Mak ingat chronic kidney disease ayah stabil.

Tapi ayah still lemah utk bangun. Maka bila mak call lagi kata ayah tiba2 jatuh toilet masa mak papahkan dia utk buang air kecil, ana terus desak mak bawa ayah ke emergency hosp. Nasib baik Mak teh ada dekat utk tolong bawa ayah. Di sana mak kata mrk repeat semula darah ayah n xray pelvic ayah.Tp result xray tak direview lagi.Mrk beri appoinment ke orthopaedic clinic isnin minggu depannya. Ana rasa tak puas hati sbb kenapa mrk tak nak rule out stroke. Bg a 78 y.o man yang ada chronic renal failure with mild hypertension, stroke is sometimes inevitable.

Bila zaujiy habiby bawa ana balik jumpa ayah, i reassess his symptoms. BP is normal, 116/73. PR pun regular, to suggest arrhythmias ke- can sometimes a prove of ACS- acute coronary syndrome )heart block ke arrhythmias ke. CVS dual rhythm no murmur. Respiratory clear.

Neurologically sebelah kiri ayah nampak weak sikit compare to right side. Bila suruh ayah angkat kaki ( active movement) ayah akan angkat kaki kiri bersama tangan kiri sekali. Bila pin down ayah punya tangan kiri tu ayah akan terhoyong hayang nak angkat kaki kiri, Tone normal. Reflex equivocal kat kiri, normal sblh kanan. xde clonus. pupils reactive..so tak nampak cam stroke...signs and symptoms mixing...banyak run diagnosis dalam kepala ana..maybe ayah early onset Alzheimer's? parkinson? depression? mild stroke? takkanlah.. erm.....hi kena buat cr brain ni..if just the ct machine is mine....

Ayah kata dia xde rasa pening kepala ke nak muntah ke. Makan ok, BO/PU normal. Takde susut badan..makan je la kurang. So ana discuss dengan zaujiy, ikut je la appointment ortho tu esok. Tengok apa mereka nak kata. Perhaps if mrk dapat rule out fracture, baru mrk nak suspect stroke. Baru la nak terfikir utk ct kepala ayah kut..

Isnin tu adik pegi dengan zaujiy bawa ayah ke hospital. Ingatkan mrk bawa ke GH. Tup2 dapat call mereka kata ayah di PSMH ( perak specialist medical hospital) -dulu hospital chinese maternity. Mrk terus bawa ayah ke private sbb takut lama nak beratur di GH. Bila ke sana, PSMH tahan ayah dalam ward utk buat CT scan brain. Tapi lepas buat plain ct scan,mrk suspect benda lain pula. Terus buat Ctscan brain with contrast. Ana masa first2 dengar tu terfikir apa lah yang mereka nak tengok dgn contrast...takkanlah ..erm... better find something from the contrast ct..dah la ayah ada kidney problem. Kang tak pasal2 kena dialysis sbb kidney tu jam nak secrete contrast nanti.

Ayah was admitted under Dr Loo CK, nephrologist merangkap physician di PSMH. Petang tu dia kata nak jumpa with the family, nak discuss pasal ayah.

Dia ada beritahu pada mak pasal result ct scan ayah. Nampak macam ada tumor dalam kepala ayah. Ana terkejut bila mak bagitau begini. Di rumah, ana bincang dengan zaujiy, if this tumor slow progressive ana rasa its time to let go ayah. Dalam keadaan ayah begini, memang chances utk survive operation tipis. Kalau ayah survive pun, mungkin ayah akan paralyse, makan pakai tiub feeding, slowly looses his bowel motion and unable to pass urine.. isk.. hati ana sebak coz i've seen these abang.. its dreadful.. so better kita fikirkan cara nak jaga ayah if kuar hospital without operation..

Bila dia show ct scan pada kami, i was shock. Dalam diam i agree. Mmg obvious ada huge tumor at the right parietal lobe, beneath the cerebrum ( boleh kata huge sbb eventho measures around 2x3 cm, skull kita ni sempit,tak leh dah nak bagi ruang pada 'tetamu' yang tak di undang tu. Tumor tu cam arise dari centrum ovalae and was compressing the right lateral ventricle. Ada sikit midline shift to the left. Tapi dia tak exactly measure, so tak sure bape banyak shift tu.

Usual tumor boleh menyebabkan pressure dalam otak tinggi ( increase intracerebral pressure, ICP) dan boleh menyebabkan part of brain herniate atau termasuk ke dalam saraf tunjang (coning). Kalau jadi begini patient akan mati sbb part yang control respiratory center akan terhimpit. Pupils ( anak mata ) akan jadi dilated. BP akan lowish..heart stop pumping...

Tapi the thing with ayah is that the 'tumor' ni macam reactive. It causes the surrounding brain matter oedematous. My Lord, tumor tu dah menyebabkan ayah ada cerebral oedema. (bengkak otak). THIS is EMERGENCY. Dalam keadaan begini, operation is a MUST to remove the pressure. Bukan optional lagi.

If tak operate, keadaan ayah akan critical. Kemungkinan besar ayah kena intubate for cerebral resus-= ayah akan bernafas pakai tube and machine utk control fungsi otak utk terus hidup. If operate, it just to stabilkan pressure dalam ayah. Mrk mungkin tak akan remove the primary tumor tu lagi. Normalise the pressure and treat the cerebral oedema. If ayah survive ayah mungkin akan paralyse. Sukar utk ceritakan apa keadaan ayah selepas operation sbb semua tu bergantung pada operation. Worst ayah mungkin 'die on table'- mati masa operate. Ana pernah 2-3 kali dapat patient die on table. Mmg horror tengah buka perut dia and jahit usus, tiba2 cardiac monitor tu asystole ( jantung berhenti). Terus kami CPR patient dengan keadaan perut dia terbuka. Ana kena tahan usus dan tali perut dia daripada terkeluar setiap kali Mr George push thorax dia utk CPR. Akhirnya we lost the patient. Mengingatkan ini ana sedih sekali.

So the dr gave us options. Rupanya PSMH doesnt have any specialty dalam neurosurgery ( otak/saraf). Kena refer either GH atau ke mana2 private center lain. Discuss lagii with the whole family, we agree to transfer ayah to GH sbb neurosurgeon lebih ramai. Berbanding private, kadang2 neurosurgeon tu sorang la yang akan buat semua benda. Takut he will not judge the best. Dalam situasi ni i agree that public hospitals are better than private. Ada certain things yang private best, tapi ada certain things juga yang public hospitals are terrific at doing.

Ayah di bawa dengan ambulance ke GH. Dimasukkan ke ward neuro 2A. Adik teman ayah malam tu di 3rd class. Tak dapat tidur sbb patient ramai yang bising, mengeluh sakit la and etc. Maka remove kan ayah ke 2nd class. Dlm keadaan gini, ana memang recommend ayah stay either 2nd atau 3rd class. Better tak gi 1st class. Bukan apa, patient first class di tempatkan di blok lain. Kalau jadi apa2 emergency, biasanya respond lambat sbb bukan berada di tempat yang ramai orang. Lagipun ward 1st classs biasanya patient bercampur campur. Semua specialty ada di sana. Jadi takde staff nurses / doctors yang exactly menjaga patient neuro di sana.

Esoknya mak kata Mr Jamie datang round. Explain pada mak yang mrk akan tahan ayah di ward dulu utk stabilkan kidneys and hypertension. Tapi sebelum decide utk operate, mrk kena buat MRI ( magnetic resonance imaging) dulu. Its like a ct scan but dia guna magnet to capture the pictures. MRI is good at looking at soft tissue. After that baru mrk akan decide whether to operate or not. Paling lewat this Tuesday operate if ayah fit for operation. MRI ayah maybe Thursday ni. Doakanlah yang terbaik utk ayah...

i finally manage to read the actual ct report.. its actually a glioma, high grade astrocytoma with central necrosis.........................


drfatiha

Tuesday, August 11, 2009

Syifa'ul Hayah at Embah & Tok Aki's house






Syifa'ul hayah is 2months old and is able to prone! Alhamdulillah..





Tok Aki is not well...currently admitted in neuro ward GH..O ALLAH, please give the best to Tok Aki..give strength and sabr to abi, embah and pak chu..may these proves good deeds to You.. ameen..