My scribbles

Wednesday, July 22, 2009

Flu?


Electron microscope image of the reassorted H1N1 influenza virus photographed at the CDC Influenza Laboratory. The viruses are 80–120 nanometres in diameter.

This topic brought hazardous measures to all clinicians setakat ni. Memang kami emegency doctors dipanggil boss utk briefing pasal how to recognise this symptoms. Elok2 sebelum cuti confinement aritu malaysia tersenarai as one of the country infected with H1N1 influenza A virus. Nama lain swine flu virus. Nama lain virus selsema babi. Semua ni sebenarnya dari family Influenza A subtypes H1N1, H1N2, H3N1, H3N2, and H2N3.

Utk elakkan spreading di malaysia, only certain hospitals kita letakkan patient yang suspected positive H1N1. Seperti biasa di terengganu, hospital sultanah nur zahirah (HSNZ) aka Hosp Kuala Terengganu has to deal with these patient. Dalam skop yang lebih kecil, emergency doctors need to be able to recognise symptoms and sarankan whether patient tu needs to be isolated or not.

Daripada circulars yang kami dapat, from symptoms wise only mmg its quite hard to differentiate between flu apa yang infect patient. Sbb itu we'll go for any clue of contact with infected patient? recent overseas travelling? dapat symptoms within 7days of recent travelling?

If ada jawapan 'yes' to any of the q's, kami akan proceed dengan mengambil darah for :
1- Blood culture- unfortunately, utk kenal virus menda yang menyebabkan patient demam2 sengal2 badan , selsema n sakit tekak ( flu-like symptoms ) adalah dengan mengenalpasti bug tu dalam petry dish. Kalau serupa macam yang kat atas tu, sah la patient ada virus n akan dikuarantin.

Symptoms are similar to those of regular flu:
- Fever
- Lethargy
- Runny nose
- Cough
- Sore throat
- Lack of appetite
- Vomiting and diarrhoea in some cases.

If dah lepas 7hari incubation period tu, biasanya apa yang dialami adalam symptoms flu yang biasa. Kebanyakan flu yang kita dapat pun virusnya sebenarnya diterbangkan dari selatan ie Australia/Nz atau dari utara UK /Eire mengikut arah angin. Sbb tu flu vaccin berubah setiap tahun, tak leh pakai yang sama kerana influenza viruses ni berubah2 n mudah resistant pada vaccin yang sedia ada. BIasanya macam di oz dulu kami akan scan virus flu yang telah menjangkiti orang2 di UK/ eire before develop vaccin sendiri utk tahun tu.

Yang paling ditakuti dari flu viruses ni ( avian flu/ swine flu/ etc) adalah RDS - Respiratory distress syndrome . Viruses ni selepas menjangkiti paru2 boleh evoke our immunity, leading to streams of cytokine response dan akan meng'invite' banyak sel darah putih ( leucocyte) ke paru2 yang dijangkiti virus. Leucocyte pula akan melepaskan enzyme utk attack virus2 ni. Terlalu banyak enzyme yang dilepaskan akan mengakibatkan surrounding sel2 paru2 yang sihat juga termusnah. Sbb tu orang akan jadi sesak nafas and can lead to death.

Tapi pesanan utk para ummahat yang ada baby, atau orang2 tua yang sudah kurang immunity, mereka2 yang selalu/ sedang stress , elakkan dari berjalan2 di public places yang suspected banyak tourists - shopping malls, airports, ship yards, hotels etc.

tips from doctor:
1- Elakkan bersiar2 di tempat awam yang tertutup. Kebanyakan kes kerana terhidu/ terkena bersin orang2 yang dijangkiti.

2- Pakai cover mask bila terpaksa berjalan2 di situ. Ini utk elak air droplets dari mana2 orang yang dijangkiti.

3- Basuh tangan dengan air sabun (kalau boleh antiseptic ie dettol ke ) sebelum makan atau minum atau selepas suspected bermuamalah dengan mereka2 yang bersin / ada flu. if bersin, cover mulut dan hidung dengan sapu tangan/ tisu n buang dalam tong sampah.

4- Tak perlu bawa baby jalan2 time pandemic ni. Duk rumah spend time dengan baby to menambahkan bond antara kita n baby. ( syifa'ul hayah mode, hehe )

5- Babi itu HARAM!

drfatiha

Wednesday, July 15, 2009

assalamua'laykum wrh

aseefiy for not updating this blog for quite sometimes. MasyaALLAH, sedang meng'adjust' diri menjadi ummi pada syifa'ul hayah. Skrang syifa' sudah pandai senyum and guling2 .. alhamdulillah. teringat pada perkembangan physiology anak2 dalam tarbiyatul aulad. moga anak ummi membesar sihat n solehah wa muslehah.

ana still berada bersama family. cuma bezanya skrang kami dah pindah ke Bukit Sentosa. Achik Ummu tak nak ke datang lawat syifa' kat sini? hehe

act skrang tgh hack komputer kat locum clinic ni. hehe. till later.

Monday, June 15, 2009

Inalilllahi wainna ilaihi roji'un

Ustaz Fathi Yakan yang terkenal dengan bukunya "maza yakni fil intima'il islam" and pelbagai makalah dakwah telah kembali ke rahmatullah - Al-jazeera.net

Al fatihah..

macam2 ..


tidak puas hati dengan apa yang telah diciptakan, mahu enjoy life to the fullest.. antara sebab mengapa ada segelintir manusia yang sanggup menggadaikan harga diri ( apatah lagi kesihatan) utk mengikut hawa nafsu.

ulaa'ikallaziina tobaa'ALLAHu 'ala quluubihim wattaba'uu ahwaa ahum.. mereka itulah yang hati2 mereka telah di kunci ALLAH dan mereka mengikut hawa nafsu mereka..

Actually pil perancang ni atau nama lain OCP ( Oral contraceptive pills) ada macam2 jenis. Kita classkan ubat2 ni ikut kandungan hormon oestrogen and progesterone yang ada dalam pil2 ni utk mencegah kehamilan. Camne dia bertindak ana takkan elaborate sbb apa yang nak di highlightkan di sini adalah mengapa mak nyah2 ni ambil jalan mudah utk transform diri mereka jadi pondan sesuka hati.

Oestrogen memang diperlukan dalam badan seorang wanita yang normal utk pembentukan ciri2 luaran seks sekunder. Dikatakan sekunder ( secondary sexual development) adalah kerana asalnya hormon ni diperlukan utk pembentukan ovum dan kawalan reproduction system wanita--> primary reproduction system).

Estrogen dihasilkan dalam badan wanita daripada bahan asasnya iaitu cholesterol. ( sebab itu mereka yang terlalu kurus / tak cukup weight contoh cam girls ballet atau bullemia seringkali ada masalah haid tak datang atau istihadah. At least kena ada 18% fat dalam badan before u can get a period) Lepas tu cholesterol ni kena tukar jadi progesterone ( another female hormone) then jadi testosterone sebelum jadi oestrogen. ( ni cakap mudah ni sebab asalnya seperti gambarajah di bawah ini)



Nak dimudahkan cite kesemua hormon2 penting estrogen, testosterone and progesterone ada dalam badan kedua2 lelaki n perempuan. Yang mana level hormon yang lebih tinggi itulah yang sebenarnya menentukan pembentukan sekunder lelaki atau perempuan. Sebab tu setengah perempuan ada fasa tak dapat kulit lembut ,berjerawat, bersifat agak keras, bentuk badan straight--> kemungkinan besar dalam badan mereka ada banyak testosterone daripada estrogen. Tapi semua tu boleh dinaturalise semula apabila perempuan tu kembali pada fitrah dia seperti berkahwin, mengandung bersalin menyusukan anak etc. Cantik kan sunnatullah tu.

Ada tapi pada ter'lebih'nya hormon estrogen dalam badan..


Estrogen boleh menggalakkan breast cancer, endometrial cancer (cancer rahim) if diambil secara berlebihan. Sebab itu mereka yang sudah menopause dan ada family history cancer tidak digalakkan utk mengambil hormonal therapy kerana boleh dapat cancer.

idea maknyah ni makan OCP utk transform diri mereka jadi ferempuan adalah sia2 sbb hanya akan increase risk mereka utk dapat cancer.

I dont know mengapa setengah orang bercita2 utk ambil idea cross gender macam ni.. isu mak nyah/ lelaki lembut / jambu memang menjadi bualan hangat sekrang.., terutama di IPTA/s. Agaknya mereka tidak mahu terbeban dengan tanggungjawab yang kena pikul if jadi lelaki. Mereka tidak tahu bahwa jadi perempuan juga tidak kurang payahnya. If anak lelaki diharap utk ke hutan mencari kayu api ( jangan cakap lagi soal jihad atau menjadi mujahed pembela ummah) anak perempuan juga diharap utk mengurus rumah tangga yang bermacam2 hal.

Rabbatul bait vs mujahideen

sama2 payah..

Tapi jika menjadi mak nyah, takde apa yang boleh dipikulkan sebab orang either ingat u perempuan , atau setelah 2 3 kali pandang macam lelaki lah pulak ( hehe maknyah takleh sorok tengkuk yang besar n saiz badan yang tak proportionate) atau ingat u tak betul ( psychiatric disorder) sehingga terlepas dari memikul tanggungjawab.

So golongan ini tidaklah bermasalah cuma mereka adalah a bunch of bandits yang nak lari dari tanggungjawab!


Di mana harus dicari rijal pembela ummah?

Telan pil perancang jadi wanita

KUALA LUMPUR 14 Jun – Obses untuk menjadi ‘wanita’, golongan lelaki lembut dan mak nyah kini cenderung makan pil pencegah hamil kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya ia boleh merealisasikan impian mereka menjadi wanita.

Mereka beranggapan, amalan pil perancang boleh merubah tubuh menjadi seperti ‘wanita’. Payu dara membesar umpama gadis. Kulit yang kasar akan menjadi halus dan gebu. Suara parau boleh bertukar merdu serta lunak. Otot-otot sasa pada badan bakal pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.

Trend mengambil pil pencegah hamil sebagai alternatif ‘bajet murah’ untuk memiliki tubuh seperti ‘wanita’ ini dikatakan sudah menjadi amalan golongan itu sejak lima tahun lalu.

Ubat-ubat tersebut bukan sahaja diambil oleh golongan mak nyah dan lelaki lembut berusia lebih 40-an tetapi sudah menular di kalangan mak nyah yang masih menuntut..

Mereka tidak takut ‘mempertaruhkan nyawa’ serta menjadikan tubuh sendiri umpama ‘bahan uji kaji’ dengan mencuba pelbagai jenis pil pencegah hamil.

Pemantauan Utusan Malaysia mendapati terdapat lebih 50 jenis ubat pencegah kehamilan jenama popular yang dijual secara bebas di farmasi dan kedai runcit.

Antaranya ialah Nordette, Microgynon 30, Gynera, Marvelon,Nordiol, Rigevidon, Minutet, Mercilon dan Jasmine.

Harga ubat-ubatan tersebut cukup murah iaitu cuma RM9.90 untuk 30 kapsul.

Ada juga menggunakan ubat pencegah hamil yang dijual di pasar malam dan kaki lima oleh warga asing.

Walaupun belum ada perangkaan terkini jumlah mak nyah di negara ini, namun pada Julai 2005, Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun ada menyatakan jumlahnya kira-kira 10,000 orang.

Bilangan tersebut diperoleh daripada kajian yang pernah dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia.

Ekoran sikap `terbuka’ masyarakat terhadap mak nyah, golongan tersebut kini dilaporkan semakin meningkat dan mereka semakin teruja untuk memiliki tubuh wanita bagi melengkapkan lagi penampilan supaya mudah mencari pasangan hidup.


Ya ALLAH, lindungilah kami daripada fitnah akhir zaman..

Monday, June 8, 2009

1st anniversary Abu Syifa' and Ummu Syifa'

Puteri solehah mujahidah ansorullah..
..the believers are only those who when ALLAH is mentioned, feel a fear in their hearts and when His Verses are recited unto them the increase their Faith and they put their trust in their Lord ( alone) - Al anfal: 2


Alhamdulillah.. today is our first wedding anniversary. Alhamdulillah, all praise to ALLAH for the greatest gift for the anniversary.

Syifa Al Hayah Bt Mohd Nasrul Muhaimin
Day 18 of life
Syifa' Al Hayah: "To Abi and Ummi, please stay focus and strive in the course of Allah"


It's still a long way to go for us.... as what Imam Syaheed Hassan Al Banna mentioned in "maratibul amal"
  1. Fardhul Muslim (peribadi muslim)
  2. Baitul Muslim (keluarga muslim)
  3. Irsyadul Mujtama' (membimbing maysarakat)
  4. Tahrirul Wathon (pembebasan watan Islam)
  5. Islahul Hukumah (pembaikan pemerintahan)
  6. Khilafah Islamiyah (khilafah Islam)
  7. Ustaziatul Alam (pembimbing alam/dunia)
Syifa' Al Hayah is part of the "big project". -Abu Syifa'


O you who believe! Betray not ALLAH and His Messenger nor betray knowingly your Amanat.. and know the possessions and your children are but a trial and that surely with ALLAh is a mighty reward..

O you who believe! if you obey ALLAH He will grant you Furqan and will expiate your sins and forgive you, waALLAHu zul fadhlil a'zeem......- 8:27-29

Saturday, May 23, 2009

Our greatest gift from ALLAH - Syifa' Al Hayah ( Syifa'ul Hayah )

16 Mei 2009:
Last checkup di hospital Pusrawi KL under Dr Habibah. VE jalan dah buka 1cm. Mahu tak mahu if takde symptoms and signs of labour ( irregular contraction pain, show/ leaking/ reduced fetal movement) terpaksa datang semula pada 20/5/09 utk di induce.

20 Mei 2009:
Contraction pain ada tapi memang tak regular. Terpaksa datang ke Pusrawi utk admission for induction of labour ( IOL) pada 21/5/09 (elok2 waktu EDD). Datang agak lewat dalam pukul 10pagi. Tapi kaunter kata Dr Habibah suruh terus ke labour room utk buat CTG ( cardiotochogram) dan time contraction. Terkejut sampai termenangis sekejap sebab tak sangka nak ke labour room. Di tolak masuk ke labour room dengan wheel chair.

CTG showed contraction ada tapi mild and irregular, dalam 1 contraction in 10 mins. Heart rate baby cantik, dalam 130bpm. CTG pun reactive ( BHR 130, takde deceleration, ada acceleration dan good beat to beat variability). Alhamdulillah.

Dalam kul 2pm, Dr Habibah datang and tanya option - either nak induce pakai prostin ( prostin adalah prostaglandin synthetic yang akan dimasukkan ke posterior fornix cervix to ripen the cervix ) atau await natural birth sampai esok pagi. If not esok pagi akan induce pakai pitocin je.

I chose to wait for natural birth. So terus di di wheel ke antenatal ward As-Saa'dah, bilik 4.

21/5/09 - 1.00am
start contraction pain. SROM pukul 1.30am sekali dengan show. terus di wheel ke labour room Ar-Rahmah.

VE nampak jalan buka 3cm.
Alhamdulillah good progress by pukul 5am dah buka 6-7cm. Sakit tak terkata. Minta nubine ( pain killer). Sebelum tu buat breathing technique kak nor. Memang berkesan, cuma ingatkan sakit boleh lebih tolerable dengan pain killer. Lepas bagi pain killer, kepala pening dan pusing sedangkan sakit tak berkurang pun.

6.30am.
Os fully dilated. Memang bergema lah the whole labour room dengan doa Laailahailla anta, subhanaka inni kuntu minaz-zolimin. ( baca sekali dengan abi walaupun suara dah berubah sebab sakit sangat)

Akhirnya after few goood strong pushes , kepala baby pun keluar.
Sakit bersalin lebih sakit dari episiotomy yang dibuat. Cord round neck x1 tight. baby kuar blue tapi vigorous. baby tak nangis masa lahir. Hanya bersuara after a few mins. alhamdulillah. Tepat 0743am.

still rasa nak buang air besar yang amat. Rupanya placenta baru nak kuar. Lepas kuar placenta baru rasa lega.

Pengalaman di jahit episiotomy tidaklah sesakit bersalin. Di beri enthonox gas utk kuraangkan pain masa jahit. Tapi bertambah pening kepala lagi.

MasyaALLAH, suatu pengalaman yang menginsafkan. To ALLAH we submit ourselves.


-20/5/09- light walking to self induce labour di PUSRAWI



-Syifa' Al Hayah - few hours after birth


- First kiss abi to syifa' after iqamah and tahnik


-Opah Ummi and Syifa'


-Embah, Tuk Wan, Pak Chu and syifa'

Tuesday, May 12, 2009

Comfort zone

Kembali ke dakapan keluarga sementara menghitung hari menjelang EDD..

Antara orang awal yang memanfaatkan pekeliling baru utk pegawai kerajaan wanita - dibenarkan utk mengambil cuti bersalin 2 minggu (14 hari) lebih awal daripada EDD bermula 1/5/09. Tak perasan pun pekeliling ni asalnya. Tapi Bos Lutfi yang mencadangkan ambil instead of guna cuti rehat. Alhamdulillah rezeki baby utk ummi rehat jap dari ke'panasan' bekerja dan tak henti2 bergerak di triage.

Bila di selayang teringat zaman2 HO di hosp belakang rumah aka hosp selayang.
Seawal 6.50am akan keluar rumah dengan qaswak dan akan memulakan siri2 'perawatan' aka morning round.

Surgical posting .. O+G posting and medical posting..

I wonder how i'd survived.

Hows my life change from being a medical student to a doctor and currently as a wife and an ummi to be!

All praise to ALLAH!

UmmiWaled still melayan seperti menatang minyak yang penuh. Waled tak pernah jemu2 belikan apa yang teringin. Makanya baby habiby membesar 0.27kg from earlier weight.

I'm gaining my normal appetite again.
By looking people around me eating aka waled, ummi, amir, uzair, along.. my appetite grows to its norm again.. alhamdulillah.

But its really hard to ascertain time to meet abi.
And i know quite hard for abi to take leave.
Mujahadah.

Dan sekarang sdang membiasakan diri buat light exercise - berjalan - tak kisahlah berjalan2 di taman tasik ke atau hanya di sekeliling apartment selepas nearly setahun bersama 'orang baru' di tempat 'baru'.

For all ummi - to -be out there.. make sure at least kita buat light walking 10mins/day to ease the birth process. (eventho skrang dah bercuti )

Lets share some tips for the birthing process:

1- Lakukan exercise pernafasan. Firstly baring di atas katil. ( actually bila dah late trimester ni tak berapa bagus baring secara menelentang. Perut yang besar akan tekan inferior vena cava ( pembuluh darah besar di bahagian belakang badan) menyebabkan sesak nafas ). Lebih baik baring mengiring atau letak bantal di bawah perut dan belakang utk keselesaan. Kemudian concentrate pada salah satu bahagian badan. Imagine enti ingin mengangkat satu benda berat di bahagian tangan. Tarik nafas perlahan2 dan tahan selama seminit. Kemudian lepaskan nafas perlahan2 utk melepaskan benda berat tersebut.

Lakukan selama 10-15mins. InsyaALLAH dapat membantu mengawal kesakitan semasa berhadapan dengan contraction pain. So try not to scream when you have your contraction pains. Relax and do your breathing techniques. - tips dari K. nor hehe.

2- Utk elakkan stretch marks pada perut yang semakin besar, elok sapukan minyak zaitun pada seluruh perut bermula dari kandungan berusia 5 bulan lagi. Ini juga bagus utk mengelakkan kegatalan ( itchy ) disebabkan stretch marks. -tips dari K. nor juga .. :)


3- Sentiasa ingat utk zikrullah dan baca al-quran selain minta dengan ALLAH to ease the delivery. Ingatlah segala kesakitan itu adalah utk kaffarah dosa2 kita..

Happy Ummi's Day