My scribbles

Friday, April 3, 2009

salam..

setelah 2 minggu berkampung di Demong, akhirnya tamat juga induksi Kump 1 Profesional dan kump sokongan 1 di Demong Beach Resort, BEsut. Dengar citenye if tolak utk pegi nanti lambat pula nak dipanggil utk induksi lagi. Induksi ni penting bagi peg kerajaan ( baru belajar sebut 'penjawat awam' ) utk disahkan dalam jawatan.If tak sah dalam jawatan susah pula nanti nak practice. Dulu kerajaan tak cukup budget makanya semua kena berkhemah di luar selama 2-3 minggu utk induksi.

Banyak juga rupanya colleagues dari HSNZ yang gi induksi. Dr paeds hanya Pi'e and Husna. Pharmacists, stafnurses and dentists dari PKD K tganu pun datang sekali. KIra boleh bina link la.

Yang tak leh lupa elok2 kami riadah di pantai ( bina sand castle etc ) tiba2 berhadapan dengan insiden adik2 dari UTP yang lemas. My group sempat attended them tapi awal tu mereka tak convince budak2 tu lemas sbb bila my group datang tanya, ada antara mereka yang gelak2. Lawak ke ape.. ni doctors nak datang tolong ni, tak nak cite lak.. tup2 nampak 2 orang baru diangkat naik dari laut. Salah sorang dengan muka yang biru sebiru air laut lepas bebas China selatan. Apa lagi,ber CPR lah mereka slps nearly 2 weeks tak bekerja. Ana dah perut besar mmg tak larat nak CPR. Tapi dengar cite sorang lgi budak yang turun laut sbb nak selamatkan kawan2 ni tadi tak naik2.

Operasi mencari adik ni bermula lewat petang tu smapai lewat malam. Kami seinduksi benar2 rasa bersalah sbb tak dapat nak buat apa2. Lagi2 masa call ambulance stats, boleh paramedic datang nearly an hour after.. apalah.. nasib baik adik2 2 orang tu boleh diselamatkan. Tp adik yang hilang sorang tu dengar citenya last2 nelayan tolong pasangkan pukat n tgu air surut esoknya. Alhamdulilllah, esoknya mayatnya terjumpa tersangkut kat one of the pukat. Memang sedih dengar adik ni tak survive, tapi dapat jumpa body semula dah cukup nasib baik memandangkan 2-3 kes sebelum ni mayat mmg langsung tak jumpa. Mungkin dah terlepas ke laut bebas.

Pengalaman yang menyayat hati with my group : Fahim ( physiotherapist), K nora ( staffnurse A+E), Tun ( pharmacist KK Hiliran), Fara ( dentist ), fiza (dentist), Dr Ganesh ( my colleague time paeds, skrang berpaling tadah ke O+G), Dr Sawalti ( MO O+G), Dr lim



-Kembali ke zaman sekolah- buat notes utk PKPA ( pekeliling kementerian.. kena hafal woo)-




-study utk exam-

Wednesday, March 25, 2009

telah diperintahkan utk menghadiri Kursus Induksi Umum & Khusus Kump 1 di Demong Resort Besut selama 2 minggu.

kena pergi utk sahkan jawatan walaupun tengah sarat..

doakanlah yang terbaik

Sunday, March 8, 2009

Mitsaqan ghalizan



Perjanjian itu
Dimeterai atas dasar iman dan taqwa
Tadhiyah lid dakwah ila ALLAH
Menghalalkan ukhuwah dan cinta antara kita..

Perjanjian itu
Mempertemukan kebiasaan kebiasaan
Dan menyamakan kelainan
Antara kerijalan ikhwah dan keperempuanan akhawat
Menyeimbangkan dan menyalurkan fitrah

Akhi ku
Daku menyintai mu kerana ALLAH
dan sinar matamu yang mengasihi tulus ikhlas keranaNYa
walaupun dibatasi kekurangan kekurangan antara kita
Kita berusaha mengatasinya .. bersama..

Zaujiy habibiy
Pimpin tanganku menuju redhaNYA
Daku akan berusaha membantumu sadayaku
kerana cinta mawaddah dan rahmah NYA

Ku berdoa moga kasih kita berkekalan sehingga ke syurga
dan zuriat zuriat yang bakal dilahirkan
akan dapat mewarisi perjuangan kita
sehingga tercapai antara dua ..
Eesy Azeezan au mut syaheedan!

fillah

Friday, March 6, 2009

adikku sayang




Pukul 4.30am.

Tiha! Tiha! maghilah tengok adik kamu ni.. ngapa ni? ummi memecah kesunyian malam. Ana bergegas keluar bilik. Nampak uzair terduduk atas kerusi.

Uzair! nape ni. Tengok angah sayang.. Nampak uzair seperti tak sedarkan diri. Ummi dah memang kata uzair demam dua tiga hari ni. Tadi dia terbangun nak minum air. Tak sempat minum air, entah macam mana tiba2 dia duduk terjelepuk atas kerusi. Nasib baik sempat call ummi. And ummi and waled rush to the rescue.

Ana tepuk2 muka uzair. Uzair, dengar angah tak? Uzair kerdip2 kan mata.
Uzair rase pening ke?
tak... uzair menggeleng lemah.

Ok jom baring kat bawah.
Abang dan waled tarik uzair ke bawsh. Masa nak tarik tu, sekali lagi uzair pengsan. Muka pucat Ya rabbi. MasyaALLAH risaunya angah.

Uzair! Uzair! nape adik angah ni..
tak disangka2 ummi pun terjelepuk kat lantai.
Ummi! Ummi! ana terpaksa panggil Amir dalam bilik utk attend ummi.
O my god, i cannot attend two emergencies at the same time.. help me God..

Ana grab stetoscope yang dibawa. Air entry equal. Takde la plak pneumothorax or crepts to suggest severe pneumonia. Tapi badan uzair panas. Air mata mengalir laju.

Abang, kita kena bawa uzair pegi Emergency, ti takde equipment ni. Nak bagi oxygen kat uzair.

Uzair bebrpa minit lepas tu sedar semula. Ya ALLAH, uzair, uzair sedar tak ape jadi tadi?
uzair pengsan ke ngah?
A'ah..tapi uzair demam kuat ni.. jom kita gi ED ya..
Uzair sihat la.. tak nak pegi nanti kena cucuk..

MasyaALLAH adik manja angah ni.. Angah yang akan cucuk kalau kena pun.. angah cucuk pelan2 je..tak sakit insyaALLAH..
tak nak .. tak nak..

O my God, i'm dealing with my own brother yang tk nak gi hospital..

7.00am.
Uzair, dah makan panadol kan.. tapi anngh rasa badan uzair ni panas lagi ni. Angah takut jangkitan kumah kat paru2 .. tadi pun uzair dah pengsan. Kena pegi hospital ni.

After beberapa lama pujuk, akhirnya uzair pun mengalah.
Terus bawa ke emergency.
Masuk terus ke observation bay.
Staff nurse mula keluarkan Normal saline nak masukkan drip.
Ana pun mencelah.. takpe2 . adik saya ni manja sket. Saya je yang cucuk dia ya..

and menggunakan pink branula, i pricked my brother's vein,Alhamdulillah, tak melawan la plak. Siap amik darah 2 botol. Utk check FBC and renal profile.

terus masukkan drip dalam badan uzair. and uzair after that di wheel ke xray. Mujurla kebanyakan doctors yang oncal pagi tu approachable. Lagi2 after they've known that i'm also a doctor at HSNZ. dan pernah buat HO kat selayang..

Alhamdulillah, chest xray nampak just a bit of infection, FBC and renalprofiles and all electrolytes normal, so probably uzair pengsn due to poor oral intake due to demam dia tu.. Tapi apapun, mmg menguji bila ahli keluarga sendiri atau diri sendiri yang sakit. MasyaALLAH, moga ALLAH berikan hidayah utk menggunakan kesihatan dengan sebaik2 nya sebelum tk sihat.

Mohon ya Rabb..

Wednesday, March 4, 2009




Puteri ku sayang..
kau mengharumi perjalanan dunia.. dilaulah penyeri islam dan tamannya..
jangan dicemar keharuman dirimu.. dengan mazmumah dan palitan dosa dunia.

pertahankan keindahan dan kemurnian maruah..
dengan pertimbangan dan kewarasan iman..
biar kumbang itu terus menagih..
andai kau kuat , lempari nya dengan kekuatan iman dan malu..
bukan terus menerus setia pada yang bukan hak..
bantulah dirimu dan hatimu mencari cinta suci..

andai hidayah ALLAH telah mengetuk pintu hatimu,
jangan kau tutupi ia..
kerana mungkin cuma sekali ia mengetuk..
dan tidak datang lagi..
i'm attending Neonatal Resuscitation Program..
it's a 2 days course actually..
to learn how to resuscitate poor lil babies that are born with illness..

seronok.

alhamdulillah, dah certified utk resus babies.

Friday, February 27, 2009

Jaundiced




Lately i was oncalled di ward 6CD ( ward baby / neonatal ). Ward ni kita kena jaga baby2 yang bermasalah ie baby tertelan najis masa bersalin ( Moderate meconium stained liqour) , bayi tachypnoiec ( susah nafas sbb terbelit tali pusat etc), baby demam / jangkitan dari ibu masa melahirkan ( GBS +ve / HIV / Hepatitis B etc) and yang paling banyak sekali baby yang masuk sbb jaundiced ( kuning ).

Nak dijadikan cite, the first day i worked in the ward, ada baby yang masuk ni kuning dia terlalu kuning hingga kena buat exchange transfusion ( pertukaran darah utk kurangkan kuning / bilirubin level dalam darah ). Alhamdulillah parents consented utk kami proceed dengan Exchange Transfusion (ET). and i was willing to help Dr Yiaw my senior MO utk buat procedure tu. Nak cuba wey, sekali pun jadia, at least dah experience buat ET. Lepas order bloods dari blood bank ( which took about 1 hr utk cari suitable donor), kami pun set nak buat procedure. Tapi malang sikit kat ward takde aircond , so lepas scrub and pakai sterile gown with the face mask, i was holding the ET tube ready to transfuse the baby. Panas tak terkira, lagi2 procedure lama sbb kena exchange semua blood dari satu pek tu kepada baby. Menguji kesabaran.

Dr Yiaw pun mula mengorek ngorek stump pada pusat baby tu utk cari umbilical vein yang ada. Susah gak sbb biasanya kita buat ET pada baby yang still ada tali pusat. INi tali pusat dia dah tanggal, baby pun dah quite old. about Day 8 of life.

Ada ! in! Masa kitorang pushkan tube ET masuk umbilical vein dia, baby tu baik je, nangis sikit2 je. Then Dr Yiaw push in about 5mls of fresh blood pada baby, wait for about 1min for the exchanging of bilirubin dari baby's blood to the fresh blood and i was to suck out the "used" blood. Kena exact dari segi measurement in and out blood sbb kita just nak exhange baby's blood dengan fresh blood yang takde kuning ( bilirubin) bukannya nak tambah darah baby.

So setiap kali push in and out of blood kena buat within 3 mins. Ada 44 cycles sume. 1st 5 cycles, kami tukar 5mls sekali. Then 10 cycles, 10 mls, then 15cycles 15mls, sampai semua fresh blood abis ditukarkan kepada baby. Fuh procedure yang lama dan menguji kesabaran ( lagi2 bila dibungkus dalam sterile gown + face mask ) baby dalam perut dah mula tendang2 dah. Sabar sayang, sian adik ni, dia sakit. kita tolong ya... Start kul 11 am abis dalam lebih kurang 1.15pm. Nasib baik dapat bertahan lagi dengan kepanasan dalam bilik tu.

ABis je ET, kami terus buat strict intensive photo pada baby tu. Sian kat dia, yelah, if tak buat ET sure dapat kernicterus ( cacat kekal sebab kuning / bilirubin tu dah stained otak dia).Kuning ni bukan setakat boleh stain sclera mata je tapi boleh juga stain otak.